Pages

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, November 03, 2012

Jangan Tinggal Solat

Plsssssssss
Jangan sesekali...no no no!
Solat tu wajib



post signature

Apa Yg Menyenangkan Hati

esok cuti...yeahhh!!!
td aku dah terlelap dpn tv
bila beralih tido ke dlm blk...mata dah xle nak lelap lg
syik kuar masuk bilik...
 sambung tgk cite kat tv...jap tu tgk cite kat tenet plak
abeh da sume cite ditengok sampai dah tak tau nk tgk ape lg
mate still xle tido
kejap2 g tgk puteh dgn abu
masing2 tido tpt feveret
abu dlm cage
puteh atas kusyen
ari sejuk...ujan...dua2 tido mengerekot
sib bulu lebat
dpt cover kesejukan
alhamdulillah...rs hepi bl time bosan2 cmni ade benda yg nak dibuat
anak2 bulus 2 ekor tu really fill up my emptiness
bersyukur... sungguh pun hati ni sedang terluka
terguris dek incik imal yg really egois
tp puteh dan abu yg ade tu dpt mengubat luka lara
alhamdulillah...
tak lupa pada mak yg dr dulu sampai la skrg... jd my the best cure
ubat semulajadi utk aku internally dan externally
Allah bg sume balance...yg sorg bg sakit...and the other part jd ubat
that's fact of life
hepi...apa yg ade dgn aku biarpun sakit, luka, cinta, gembira, susah, senang
aku terima dgn tangan terbuka
krn aku sgt hepi dgn sume ni
Allah itu sgt penyayang... u can feel it with iman in ur heart
i believe on that
close ur eyes and feel it

zzzzzzzzzz~~~~
hehe..

post signature

Saturday, March 17, 2012

Munajat Seorang Hamba



Di kala malam sunyi sepi,

Bani insan tenggelam dalam mimpi,
Musafir yang malang ini,
Pergi membasuh diri untuk mengadap mu oh tuhan.........

Lemah lutut ku berdiri,
Dihadapanmu tangisan ku keharuan........,
Hamba yang lemah serta hina,
Engkau terima jua mendekati,
Bersimpuh di bawah Duli Kebesaran Mu.....,

Tuhan hamba belum pasti,
Bagaimana penerimaan mu,
Di kala mendengar pengaduan ku,

Ku yakin kau tak mungkiri,
Dalam wahyu yang kau nuzulkan,
Kau berjanji menerima pengaduan ku,
Dan kau berjanji,
Sudi mengampunkan ku,
Dari segala dosa yang ku lakukan…..,

Ampunan mu tuhan,
Lebih besar dari kesalahan insan….,
Hamba yakin pada keampunan mu tuhan,
Bukan tidak redha dengan ujian,
Cuma hendak mengadu padamu….

Tempat hamba kembali nanti di sana,
Terimalah Ya Allah……..

Saturday, August 13, 2011

Uwais Al Qarni : Terkenal Di Langit Tak Terkenal di Bumi

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, bahunya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya selalu di dada melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, kuat membaca Al Quran dan menangis, pakaiannya hanya ada dua helai kusut

yang satu untuk menutup badan dan yang satunya untuk kain pelikat. Tiada siapa yang menghiraukannya, tak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Jika dia berdoa kepada Allah, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafaat, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafaat sejumlah qabilah Rabi’ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan syurga, tak ada yang ketinggalan. Dia adalah “Uwais al Qarni”. Dia tidak terkenal dan juga miskin, banyak orang suka mentertawakannya, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai peminta, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha negeri Kuffah ingin duduk dengannya lalu memberinya hadiah dua helai pakaian tapi tidak berhasil, kerana hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku bimbang, nanti sebahagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari meminta pasti dari mencuri”.

Pemuda dari Yaman ini sudah lama menjadi anak yatim, tak punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Untuk menampung kehidupannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang bersama ibunya. Jila ada rezeki yang lebih, ia digunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Kesibukannya sebagai penggembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mengurangkan kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika penduduk negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW yang mana telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagiNya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, dia segera memeluknya kerana selama ini hati Uwais selalu rindukan kebenaran. Banyak jirannya yang telah memeluk Islam pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung.

Sekembalinya mereka di Yaman, mereka menukar rumahtangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran-jirannya yang baru balik dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedangkan dia sendiri belum berkesempatan berbuat sedemikian. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untukbertemu dengan baginda. Tetapi apakan daya, dia tidak mempunyai belanja yang mencukupi untuk ke Madinah dan perkara yang lebih merisaukan ialah tiada siapa yang akan menjaga dan merawat ibunya jika dia pergi.

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana dilemparkan dengan batu oleh musuh-musuhnya. Berita ini akhirnya didengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada baginda SAW sekalipun dia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu dan kerinduan yang tidak dapat dibendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah dia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat? Tapi, bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak dapat ditingalkan sendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya sambil mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais dan berkata “Pergilah wahai anakku ! jumpalah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira dia pun berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jirannya agar dapat menemani ibunya semasa dia pergi.

Sesudah memeluk sambil mencium ibunya, berangkatlah Uwais menuju ke Madinah yang jaraknya kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tanpa memperduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi berjumpa dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina Aisyah r.a, sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais bertanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan uzur itu, agar dia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Dia akhirnya dengan terpaksa mohon izin kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan sedih.

Sepulangnya baginda dari medan perang, Nabi SAW terus bertanya tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Dia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun.

Menurut sayyidatina Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan uzur sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kamu sekalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu baginda SAW, memandang kepada sayyidina Ali r.a dan sayyidina Umar r.a. lalu bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun demi tahun terus silih berganti dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat sehinggalah kekhalifahan sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. telah dipegang oleh Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW tentang Uwais al-Qarni, si penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali r.a untuk mencarinya bersama-sama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu bertanyakan tentang Uwais al-Qarni, adakah dia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi hinggakan dia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni menyertai rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali r.a mendatangi mereka dan bertanyakan adakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa dia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali r.a memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais sebagaimana yang pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tetamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawapan itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, dia dapat turut bersama rombongan kafilah dagang pada ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali r.a memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta doa kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitulmal kepada Uwais untuk menampung hidupnya. Uwais terus menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam hingga langsung tidak mendengar berita tentangnya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. Ketika itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang. Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang lelaki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami naiki lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai waliullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ditiup angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kamu kepada Allah ! “katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagikannya kepada orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air lalu kami menaikinya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada golongan fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita tentang Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafankan, di sana sudah ada sesetengah orang yang menunggu untuk mengkafankannya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari menghantarkan jenazahnya lalu aku bermaksud untuk kembali ke kuburnya tanda memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tidak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah individu yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi perkara yang amat menakjubkan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenali datang untuk menguruskan jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak dia dimandikan sehinggalah jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal hanya seorang fakir yang tak memiliki apa-apa yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala keldai dan unta ? Tapi ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qarni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.


notakaki : aku nak jadi org cmni...

Saturday, July 16, 2011

malam nisfu syaaban

syok je aku tgk kuceng aku ni dok lap2 muka. siap tutup2 mata lagi. td panggil lambat baru dtg... smpai serak sore aku panggil taw. meh cni temankan aku, mak g surau... meraikan malam nisfu syaaban. sepatutnya aku join skali...dah plan baik punyee..tp sekali xle lak...keadaan tak mengizinkan . td balik dr strait meridien, aku g beli roti sardin. aku sedekah roti sardin je la utk jemaah yg hadir. tu je ibadah yg termampu. selain nye...aku cuma ber astaghfar byk2 di rumah ni sambil memangku kuceng gomok ni. Alhamdulillah...

meh layan gamba lama ni : ni ms g bandung thn lps...cantek kan view kat belakang tu... ni kat tengkuban perahu... sblh bwh tu kawah gunung berapi... strawberi n beri yg beli kat sini sume manis2 sgt... aku ske sgt.. tp best mcm mana pun negeri org...aku tetap kata mesia gak best.. cuma mesia xle lawan kota Makkah & Madinah la...



post signature

Monday, April 04, 2011

Saat Anda

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa biasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. ............

Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"



~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan……

nota kaki aku : aku ske emel ni..short but meaningful... hulaaaa
post signature

Wednesday, December 22, 2010

Pakaian Muslimah


Terdetik hati ni nak berbicara soal pakaian. Aku yg semakin hari semakin hebat diduga Allah ini makin kuat pula menggasak hati utk teruskan perjuangan. Namun sejauh mana pakaian muslimah aku ni diperjuangkan? letih bila nak pikir sbb sampai satu tahap akan terlepas juga perkara yg tak manis dipersembahkan. Maka pakaian hanya menjadi kulit atau sarung tontonan. Apakah? huh.. dan muslimah juga yg kalah di mata manusia2 sekelilingnya...

Aku menjawab komen ida, dlm satu entry yg terdahulu. Dan aku termalu sendiri sbb aku 'tersebut' akan pakaian doktor yg mencuba utk menipu bil perubatan dan sekaligus men faul kan martabat muslimah dlm bidang perubatan. Sedih aek, tp apakan daya...dia manusia biasa yg cuba berjuang dlm hidup dan dalam ketika itu(yg sedihnya...ketika itu ialah ketika dia bersama aku sbg patient) tersasar dia dari landasan iman yg dipegang sejajar dgn tekadnya utk berpakaian sedemikian. Kadang2 aku terpikir, tak malu ka dia mencadangkan penipuan itu di hadapan aku? yang mana aku persembahkan diri aku sbg muslimah yg pastinya dia yakin aku mempunyai pegangan serta kehambaan yg sama spt dia? Ya Allah...Kau menduga lagi dan Alhamdulillah Kau buka lagi mata hati ini... tapi jauh di sudut hati..aku kesal.. kenapa dan di mana silapnya... atau mungkin pada matanya..aku kelihatan sgt miskin, dan tak mampu membeli alatan yg di syorkan sehingga aku juga perlu berniat utk menipu majikan? mungkin... terlalu byk kebarangkalian yg bermain di benak.. moga Allah menguatkan keyakinan dan keimanan ku ini...utk terus berdiri di muka bumi, sebelum aku mati di jemput Illahi...amiiinn...

Sunday, December 19, 2010

Tanda Hati Kita Mati


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

  • Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
  • Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
  • Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil iktibar darinya
Pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."
Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya...

Sunday, December 05, 2010

PINTU HATI BERNAMA LISAN



“Tidak akan istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya. Dan tidak akan istiqamah hati seseorang sehingga istiqamah lisannya” HR Ahmad
Oleh saudaraku Syed Roslan Jaafar
Saudaraku, seringkali lisan ini tergelincir mengucapkan kata-kata kotor, mencela orang lain, membicarakan hal orang lain padahal diri sendiri tidak suka untuk dijadikan bahan gossip. Bahkan seringkali lisan ini mengucapkan kata-kata yang mengandung kesyirikan dan kekufuran. Harusnya setiap muslim memperbaiki diri dalam setiap tingkah lakunya, apalagi dalam perkara lisan yang begitu mudah mengucapkan sesuatu kerana keluar dari lidah yang tidak bertulang.
Ingatlah saudaraku, setiap yang kita ucapkan, termasuk perkataan yang baik, buruk juga yang sia-sia akan selalu dicatat oleh malaikat yang setiap saat mengawasi kita. Seharusnya kita selalu merenungi ayat berikut agar tidak mudah mengeluarkan kata-kata dari lisan ini. Allah berfirman, ”Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS 50:18). Ucapan dalam ayat ini bersifat umum. Oleh kerana itu, bukan perkataan yang baik dan buruk saja yang akan dicatat oleh malaikat, tetapi termasuk juga kata-kata yang tidak bermanfaat atau sia-sia.
Kita dapat melihat contoh ulama yang selalu menjaga lisannya bahkan sampai dalam keadaan sakit. Imam Ahmad pernah didatangi oleh seseorang dan tetamu itu dalam keadaan sakit. Kemudian beliau merintih kerana sakit yang dideritanya. Lalu tetamu itu ditegur, “Sesungguhnya rintihan sakit juga dicatat oleh malaikat.” Setelah mendengar nasihat itu, tetamu tersebut terus diam, tidak merintih. Beliau takut jika merintih sakit, rintihannya tersebut akan dicatat oleh malaikat.
Lihatlah saudaraku, bentuk rintihan seperti ini saja dicatat oleh malaikat, apalagi ketergelinciran lisan yang lebih dari itu.
Ibnu Mas'ud mengatakan, "Tidak ada yang lebih layak dipenjara dalam waktu yang lama melainkan lisanku ini."
Di Antara Kegelinciran Lisan
1. Mencela Makhluk yang Tidak Dapat Berbuat Apa-apa
Misalnya dengan mengatakan, ‘Aduh!! hujan lagi, hujan lagi’. Lidah ini begitu mudah mengucapkan perkataan seperti ini. Padahal makhluk yang kita cela tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kecuali atas kehendak Allah. Mencaci waktu, angin, dan hujan, pada dasarnya telah mencaci, mengganggu dan menyakiti yang telah menciptakan dan mengatur mereka iaitu Allah swt.
Rasulullah saw dilaporkan bersabda, “Allah Ta'ala berfirman, ‘Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa. Aku-lah yang mengatur malam dan siang menjadi silih berganti’.” (HR. Bukhari dan Muslim). Rasulullah saw juga bersabda, ”Janganlah kamu mencaci maki angin.” (HR. Tirmidzi, beliau mengatakan hasan shahih)
2. Seringnya Berdusta
Hal ini juga sering dilakukan oleh kita, terutama dalam urusan jual beli. Seorang peniaga rela berdusta pada pelanggan demi mengaut untung. Begitu juga dalam mendidik anak, seringkali juga muncul perkataan dusta. Ketika seorang anak merengek dan menangis terus-menerus. Untuk mendiamkannya, si Ibu spontan mengatakan, “Nanti ibu belikan coklat di warung. Sekarang jangan nangis lagi.” Setelah si anak diam, ibunya malah tidak memberikan dia apa-apa. Kelakuan ibu ini juga secara tidak langsung telah mengajar anaknya untuk berdusta. Jadi jangan salahkan anak jika dewasa nanti, anaknya juga sering membohongi orang tuanya.
Saudaraku, bentuk pertama dan kedua ini sama-sama berkata dusta. Ingatlah bahawa perbuatan semacam ini termasuk ciri-ciri kemunafikan. Rasulullah saw bersabda, “Tanda orang munafik itu ada tiga : jika berkata, ia dusta; jika berjanji, ia mungkiri; dan jika diberi amanat, ia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Inilah di antara dua bentuk ketergelinciran lisan dan masih banyak sekali bentuk yang lainnya.
3. Berfikirlah Sebelum Berkata-kata
Hendaklah seseorang berfikir dulu sebelum berbicara. Siapa tahu, mungkin kerana lisannya, dia akan dilempar ke neraka. Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya ada seorang hamba yang berbicara dengan suatu perkataan yang tidak difikirkan bahayanya terlebih dahulu, sehingga membuatnya dilempar ke neraka dengan jarak yang lebih jauh dari pada jarak antara timur dan barat.” (HR. Muslim)
Ulama besar Syafi’iyyah, An Nawawi rahimahullah menjelaskan ”Hadis ini merupakan dalil yang mendorong setiap orang agar selalu menjaga lisannya sebagaimana Rasulullah saw juga bersabda, ‘Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik dan jika tidak maka diamlah.’ (HR. Bukhari dan Muslim). Oleh itu, selayaknya setiap orang yang berbicara dengan suatu perkataan atau kalimah, hendaknya merenungkan dalam dirinya sebelum berkata. Jika memang ada manfaatnya, maka dia baru berbicara. Namun jika tidak, hendaklah dia menahan lisannya.”
Itulah manusia, dia menganggap perkataannya itu tidak apa-apa, namun di sisi Allah ia bukanlah suatu perkara yang di ambil ringan. Allah berfirman, “Kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.” (QS 24:15)
Dalam Tafsir Al Jalalain dikatakan bahwa orang-orang biasa menganggap perkara ini ringan. Namun, di sisi Allah perkara ini dosanya amatlah besar.
4. Dengan Lisan, Seseorang Mungkin Ditinggikan Darjatnya.
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya ada seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikirkan lalu Allah mengangkat darjatnya disebabkan perkataannya itu.” (HR. Bukhari)
Ketinggian darjat di sini diperolehi jika lisan selalu diarahkan pada perkara kebaikan, di antaranya dengan berdoa, membaca Al Quran, berdakwah di jalan Allah, mengajarkan orang lain di majlis ilmu dan sebagainya. Atau dengan kata lain, ketinggian darjat tersebut diperolehi dengan mengarahkan lisan pada perkara-perkara yang Allah redhai.
Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk menjaga lisan ini dan mengarahkannya kepada hal-hal yang diredhai oleh Allah. Amin.
Moga bermanfaat…
Tinta hati saya : Sedih bila ada yg bersangka buruk. Kusangka diam adalah cara terbaik utk menyatakan pendamaian...tp rupanya pencetus ledakan...moga Allah terus memberi petunjuk. & mengampunkan dosaku yg sering buat silap ini. Amiin...

Sunday, December 13, 2009

Muhasabah Cinta



“Cinta”. Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan. Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.
Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak. Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga. Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu. Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair. Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta. Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.
Itulah cinta. Ia fitrah. Dan ia juga boleh menjadi fitnah. Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia. Dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.
Sudah lama kita menjalani kehidupan ini. Dan sudah banyak kali perkataan ‘cinta’ kita ungkapkan dan luahkan. Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah. Muhasabah tentang cinta. Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? Di tempat yang sepatutnyakah? Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?

1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا
يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah....” (Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165)

2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ
كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ
اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24)
Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah. Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya. Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu. Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya. Ia mesti dibuktikan!
ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ
اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31)
Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama.
Muslimin-muslimat sekalian,
Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan.
Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.
Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60)
Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta kepadaNYA. Mudah-mudahn kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama, amin…
WAllahu A’lam.
ihsan : shahmuzir

Thursday, December 10, 2009

Makna Hak

Tiba2 terlintas di minda ku tentang hak manusia kepada diri sendiri. Bukan hak semasa hidup yang aku ingin ketengahkan di sini tetapi hak selepas mati. Ketika alam roh ditembusi dan hanya tingal jasad tanpa nyawa utk diuruskan oleh mereka2 yang tinggal. Naik bulu tengkuk tika teringatkan saat itu. Aku berkali-kali mendengar cerita tentang roh akan bangkit semula melihat bagaimana jasadnya diuruskan dari dimandikan sehinggalah ke liang lahad. Persoalan ketika di dalam kubur apatah lagi. Tetapi itu tanggung jawab sendiri yang kita harus ingat sejak sekarang lagi. Sekali lagi rasa takut menyelinap di sekelian sendi , banyak lagi yang belum aku lengkapkan.

Pakbik (suami makcik aku yang juga aku panggil bibik – bukan maid ye), sering pesan kepada kami anak2 buah, bila dia meninggal nanti jgn dirikan batu nisan dan letak batu2 besar di atas kuburnya. Aku kira sejak aku kenal pakbik, mungkin ade seratus kali die ingatkan kami perkara ni. Menurut cerita yang boleh dipercayai, batu nisan yang besar2 dan berat tu akan menghimpit jasad di bawah. Ia langsung tidak memberi sebarang kebaikan kepada si mati. Malah hanya membebankan mereka. Aku rasa perkara ni semua orang telah maklum. Tambahan lagi dengan kemudahan komunikasi yang pelbagai dan serba canggih kini. Internet, hp, ceramah yang acapkali diadakan di mana-mana... tv dan radio..buku.. huh..apalagi yang belum aku nyatakan di sini.. rasanya berkali2 perkara berkenaan keperluan nisan dan pagar keliling kubur/pusara ini telah dinyatakan. Namun masih ramai yang mengendahkan. Aku sekadar rs kasihan, beristighfar dan yang paling perit… aku rasa takut kalau aku mati nanti, bagaimana kubur aku akan diperlakukan?

Aku kata kat mak, “kan senang macam abah, meninggal di Mekkah, takyah risau psl nisan besar ke tak ke..”, mak senyap. Seketika mulutnya tak mengeluarkan sebarang komen. “Tu la, masa ada umur ni..kenalah saling pesan memesan”, mak menjawab juga akhirnya. Aku pula diam, berfikir2 siapa yang harus aku pesankan hal ni. Selain mak, aku rasa yang lain mcm takleh harap. Ingatkah mereka..

Perkuburan Maala di Mekkah : Tempat jasad abah disemadikan

Berhari2 aku menungkan hal nisan dan kubur ni. Naik pening pun ade. Risau bila sampai masa aku nnt.. hilang hak utk tidak dihimpit nisan dan batu2 besar itu. Aku berserah pada Allah, dan dalam pada tu juga aku berdoa agar nyawaku diambil seperti mana Allah mengambil abah. Indahnya sekiranya matiku di Tanah Suci Mekkah. Pasti tiada lagi isu nisan dan sebagainya. Paling bertuah kiranya meninggal ketika sedang beribadah di sana.

“Asyik fikir je nnt, badan yang sihat boleh jadi sakit..tak pasal2 mati awal sbb risaukan hal yang hanya Allah Yang Tahu”, kata mak lagi menyambung bicara. Kami tergelak kecil. Betul kata mak, apa nak risau perkara yang belum ada. Hanya doa dan hajat dipanjatkan ke hadrat Illahi mudah-mudahan nasib kita bukan seperti mereka2 yang tak berapa baik.

Saturday, December 05, 2009

Aktiviti Korban

Gambar : Ihsan yaticy-flickr

Subhanallah Walhamdulillah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Nafsu menulis di sini masih terus membuak2, lantaran terlalu banyak yang menyemak di minda yang rasanya harus dikongsi tanpa selindung. Minggu lepas, dari 26 nov – 1 dec aku menghabiskan masa bersama keluarga di kampung. Menyambut aidiladha dgn penuh kesyukuran dan keberkahan. Alhamdulillah, kampung ku bertambah riuh menunaikan ibadah korban di surau tengah. Mak awal2 lagi dah masak utk santapan kami sekeluarga kerana mahu keluar membantu ibu-ibu yang lain menyediakan juadah dan hidangan bagi mereka2 yang turut serta dlm aktiviti melapah pakcik moo. Seronok betul bila semua berkumpul, mcm2 karenah dan cerita yang keluar.

Aku bercerita, macamla aku juga turut hadir ke program ‘motong’ tu. Tak, aku tak pergi pun. Aku ni masih lagi kategori kera sumbang yang mendatangkan perasan je diperhatikan orang. Huhu, sikap yang paling mak aku jaki. Dari kecil sampailah dah dewasa ni, aku dan adik beradik yang lain sering dikritik tentang pergaulan. Kami ni semua home-type person. Tak betah berlama-lama dengan org lain selain keluarga. Berlainan sekali dgn mak yang ramah-tamah dan pantang saja ada aktiviti luar, mesti dia join. Tapi satu je dia pantang, orang mengumpat dan membebel…

Selepas habis aktiviti ‘motong’, mak dpt sepeket daging sbg barakah ibadah korban. Sambil2 menyediakan sup di rumah, busu pula balik membawa bahagiannya dan diserahkan kepada kami utk masak. Busu org bujang, dia mmg tak memasak di rumah. Jadi kalau ada bahan mentah seperti ikan(busu nelayan, boleh dikatakan hari2 busu bawa balik ikan hasil tangkapan lautnya), sayur kebun atau daging korban begini, mmg busu serahkan kepada kami utk dimasak. Nanti kami makan bersama2.

Karangan di atas sebagai menyingkap kembali sejarah awal penulisan ku semasa di zaman sekolah rendah. Walaupun tahap bahasa yang berbeza tapi menulis cerita di atas membuatkan kenangan lalu terimbau kembali. Zaman di dalam kelas 2 hijau, 3 hijau, 4 hijau, 5 hijau dan 6 biru. Indahnya ketika itu. Dan aku tak sangka bahawa zaman persekolahanku merupakan zaman terakhir utk aku melihat kami sekeluarga lengkap bersama. Maksud aku sebuah keluarga yang lengkap dengan adanya abah, mak dan semua anak2.

Nota kaki :
Sejak kebelakangan ini ingatan aku terhadap arwah abah terlalu kuat. Kenapa ya?

Saturday, November 21, 2009

Rasa Marah Membara


Subhanallah

Sesungguhnya dgn apa saja yang jadi di atas muka bumi ini, hanya Allah yang layak dipuji dan diserahkan segalanya..

Mungkin aku dipengaruhi lagi kitaran hormon yang berubah lantaran memenuhi kehendak alam yang mana ia mmg sesuai dan telah ditakdirkan buat wanita. Alhamdulillah..sesungguhnya kesakitan ini yang memaniskan lagi diri seorang wanita. Ketika ini ia mudah sedih, mudah naik radang, sensitif dgn kata2 dan mudah saja berpatah arang...dan apabila ia kembali kepada kitaran asal....maka perlakuan wanita tidak lagi diluar pertimbangan. Apapun iman juga yang harus dikuatkan agar dijadikan benteng agar tidak terlanjur kata2 dan perbuatan sehingga terpengaruh dgn bisikan syaitan yang direjam. Nauzzubillah..

Aku tibatiba rasa marah hari ini... bukan krn disakiti tetapi tiba2 teringat kisah lama dan beberapa perkara yg belum lunas. Hanya dgn bayangan minda, nafas aku jd sesak kerana terlalu marah. Astaghfirullah.. bisikku berkali2. Hilang sekejap ketenangan berhari minggu hanya kerana lintasan fikiran kecil ini. Sungguh besar kuasa imaginasi. Berkali2 aku beristigfar, cuba menenangkan diri. Seolah sedang bertekak dan berperang mulut gayanya. Aku seperti mahu keluar dr bayangan yang menyelubungi diri dan tanpa sedar aku menumbuk dinding sekuat hati.

Dush...cuma sekali. Tanganku rasa mcm besar sgt.. dan aku mula sedar dari khayalan bodohku. Aku beristighfar lagi, mungkin bagus juga aku menyakiti diri, kerana dgn itu baru aku dpt membawa diri keluar dari amarah yg ntah apa2. Aku masih tak berani melihat tangan sendiri, sedikit demi sedikit jemariku serasa perit2 kebas. Terasa cadar ku basah dgn cecair panas, aku menoleh sedikit dan aku lihat darah. Banyak juga. Astaghfirullah..sejauh ini kahyalan membawa aku. Dan selepas itu baru aku berani melihat tangan. Tiga jariku lebam, jari telunjukku pecah..hujung2 kuku ku juga lebam biru. Mungkin sebab hentakan kuat membawa kesan kepada urat2 yang berdekatan. erm...tak pasal2 sakit sendiri. Cadar yang baru tukar pun kena basuh lagi sekali. Astagfirullah hal aziimm

Marah, aku dikuasai marah. Apabila manusia itu marah maka dgn mudah syaitan menyucuk jarum, menyalai api dendam yang tak berkesudahan. Alhamdulillah aku bersendirian, kalau tak ... malu dgn org sekeliling (jgn risau, aku takkan begini jika ada org lain, mungkin krn terlalu terbawa2 dgn rs yg terpendam dan khayalan sendirian).

Merenungi kembali ayat2 Al-Qur'an dan hadith berkenaan marah, aku rasa menyesal sendiri. Tiada apa yang aku dapat melainkan kerugian dan kekacauan minda. Tambah lagi rasa sakit yang menyengat2.

Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: “Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..” (Riwayat Bukhari)

Dan aku rasa sebaiknya aku print dan tampal besar2 di bilik, buat ingatan kepada diri aku yg sering lupa.

Friday, November 20, 2009

Usah Buka Aib Sesama Muslim - Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."


Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padangpasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa. .."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen

Thursday, November 19, 2009

Jaga 7 Sunnah Rasulullah saw

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Perjalanan Yg Berpenghujung


Salam buat semua, moga rahmat Allah sentiasa bersama kita..

Sedikit tersentuh dgn beberapa post teman2 di fb dan beberapa email yang diterima. Hati keras aku ni sebenarnya sgt rapuh dgn cerita2 sedih ni. Mungkin itu antara sebab kenapa aku jadi kurang minat membaca, kurang teliti dalam memandang dan kurang peka dgn apa yang mendatang kepada aku. Mungkin dahulu aku telah puas disogokkan dengan luka cerita lama, kisah perpisahan dan kesedihan sehingga aku telah belajar menjadi manusia batu. Kurang sensitif dan buat ikut suka. Lancang berbahasa dan tak mahu mengerti hati org lain. Atau ada yang kata aku dilahirkan sebagai anak bongsu, manja.. selfish..mungkin... atau aku juga dah muak menjadi bahan gesaan dan desakan. Emm..bila dikenang balik bagaimana aku di waktu ini, betapa aku fragile dgn kenangan sehingga aku tak menjadi seorang yg ideal utk hari ini. Ntahlah...

Seorang teman terpaksa menghadapi pemergian seorang teman, menurutnya sgt baik..sukar dilupa. Dan sesungguhnya Allah telah menetapkan cukup umurnya di dunia ini dan apabila tiba masa, maka dia akan pergi meninggalkan kita. Kepastian buat die sudah pasti..confirm! Aku dan kita semua juga akan pergi tetapi bila? bagaimana? masih lagi menjadi persoalan. Sungguh, ketika aku menulis titipan ini, aku rasa sgt kalut, semak dalam fikiran..aku risau seolah bagai esok atau tak lama saja lagi giliran akan tiba. Ya Allah...sesungguhnya hambaMu ini masih goyah, tak cukup lagi bekalan ku utk mengadapMu.

Aku teringat satu perbualan antara mak, pak besau (@paklong-dlm keluarga aku kami gelar pak besar/besau<-kemelakaan :P), mak besau dan makcik patma ketika kami berkunjung ke rumah pak besau di keramat pada Hari Raya Aidilfitri yg lalu. Mereka membicarakan perihal saudara dekat kami yg membiarkan anak remaja perempuannya tidak bertudung dan bersolat seperti sewaktu kecil2 dulu. Aku hanya ingin mengambil sedikit kata2 pak besau yg aku rasa sgt mendalam maknanya, "orang muda pun akan mati, jadi apa sebab kita nak biar die buka aurat?. Kalau mati esok lusa, bukan die saja terheret ke neraka, kita dan mak bapak die sekali pun sama". Sangat sinis pak besau membahas. Aku yg mendengar dari jauh rasa terkesan dengan kata2nya. Dan apabila menghadapi pemergian sahabat kepada sahabat ini (yg dimaklumkan bari berusia 20 tahun), agama tidak mengkhaskan utk org yang telah berusia sahaja utk melaksanakan suruhan dan perintah Allah, but it's apply to all. Ya Allah, betambah getar jiwa kacau ku ini..
Dan Allah telah menyatakan di dalam Al-Qur’an, bhw setiap orang akan bertanggungjawab atas semua perbuatannya di dunia. Setiap orang akan melihat apa yang diperbuatnya, dan tak seorangpun boleh menolong orang lain.
Orang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya meminta tolong untuk dipikulkan dosanya, tak ada seorangpun akan memikulkan untuknya meskipun itu kaum kerabatnya... (Surat Al-Fatir: 18)
Sesungguhnya mengingati mati itu mendekatkan kita dengan Illahi. Moga aku dan semua mendapat rahmah dan semakin dekat dgnNya.


Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya. Dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya. Aku bertanya: Wahai baginda, bagaimana dengan kebencian terhadap kematian karena semua kita membenci kematian? Beliau menjawab: Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila diberi kabar gembira dengan rahmat Allah, keridaan dan surga-Nya, maka dia akan senang bertemu dengan Allah dan Allah akan senang bertemu dengannya. Dan sesungguhnya orang kafir apabila diberitahukan tentang siksaan serta kemurkaan Allah, maka dia akan membenci pertemuan dengan Allah sehingga Allah pun akan membenci pertemuan dengannya.

Kitab Sahih Muslim : 4845

Bulan Haji


Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lg Maha Penyayang
Selamat Menyambut Bulan Zulhijjah
Berikut ialah artikel menarik zari Ustaz Zaharuddin buat titipan bersama. Enjoy!!
Zulhijjah & Idiladha - Beberapa Isu & Hukum
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :
"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :
"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]
Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.
Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.
TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.
Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]
Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.
Firman Allah :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)
KONGSI LEMBU
Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]
Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.
Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :
احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها
Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"
BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN
Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.
Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.
PEMBAHAGIAN DAGING
Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,
1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.
Ia berdasarkan firman Allah SWT :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ
Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)
Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]
Bagaimanapun DILARANG untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.
TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.
Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]
DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.
MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]
Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.
BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG
Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.
Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.
Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.
Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.
Ia amat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.
Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.
KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?
Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?
Jawab ringkas saya:
"tidak boleh !"
Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.
Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.
Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.
APAKAH HAJI AKBAR ?
Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).
Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:
"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)
Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.
Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".
Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).
Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam
dipetik dari uzar

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya