Pages

Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Saturday, November 03, 2012

Wednesday, July 27, 2011

Terganggu


Tadi aku melayan rancangan di Tv Al-Hijrah. Mind mcm dah set...setiap selasa during prime time mesti ada filem indo yg best di ch 114 ni. Dan mlm ni pun filem yg ditygkan alhamdulillah... tak mengecewakan. Meaningful but i feel disturbed. Irritated when they try to show Islam as kuno and native. Ape la... cuba la buat filem mcm "Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2" <<< no 1 in my list. They show the real way of Islam life. Redha... sabar... Bukan Islam yg hanya menghambakan perempuan sbg org yg sering ditindas atas alasan beragama. Mcm Ana yg dipersembahkan dlm KCB... seorg yg berilmu langsung beragama malah sgt tinggi budi pekerti, selari sbg muslimah. Di hinggap pelbagai musibah namun masih juga sabar. Kan indah bila cara hidup Islam digambarkan dlm filem. Aku yakin dgn cara ni, insya Allah dpt mencapai matlamat berdakwah melalui filem. Insya Allah...

Kisah pukul 7.30 ptg

Masa ni aku baru blk dr keje... aku tgh mkn manggis yg aku beli ms on d way blk td. Hp aku menyanyi minta perhatian. Dan bila aku jwb, suara di hujung sana memperkenalkan dr sbg ister one of my opismet. Menangis2 menyatakan suami ada hub dgn pmpuan lain. Siap mengaku lagi. Tambah perit bila dia kata dia dipukul smpai lebam2. Ishk.... aku hormat sgt lelaki itu ttp bila dtg bab pukul2 bini ni, aku ada rs kesal. Ok...bg aku itu hal mereka. Yes...akak sabar ok, die panas baran, akak cool n jgn tambah panas die... hrp dgn sabar dia takdela naik tgn lagi. Saya doakan...tu jela yg mampu aku kata. Aku pun bukan isteri org...takde experience berumahtangga dan apa layak nye aku utk menasihat. Cuma aku hrp kata2 aku tu bole menenangkan ati akak tu. Yg buat aku panas..bila akak tu kata pmpuan tu ganggu dia. Waduh... dah kaco rumahtangga org...dok hina lak wife org tu. Ishk... benda haram, mmg membawa kpd yg tak baik je. Sampai tak sedar yg dihina tu ialah isteri sah si lelaki yg di damba. Nauzzubillah hi miin zaliiq...

notakaki : moga rumahtangga mereka berkekalan bahagia hendaknya...terbalikkan niat hati si gf tu utk redha Allah dengan berumahtangga dgn lelaki yg selayaknya... kalau boleh, yg bukan milik mana2 wanita lg... amiinn..


post signature

Wednesday, December 22, 2010

Pakaian Muslimah


Terdetik hati ni nak berbicara soal pakaian. Aku yg semakin hari semakin hebat diduga Allah ini makin kuat pula menggasak hati utk teruskan perjuangan. Namun sejauh mana pakaian muslimah aku ni diperjuangkan? letih bila nak pikir sbb sampai satu tahap akan terlepas juga perkara yg tak manis dipersembahkan. Maka pakaian hanya menjadi kulit atau sarung tontonan. Apakah? huh.. dan muslimah juga yg kalah di mata manusia2 sekelilingnya...

Aku menjawab komen ida, dlm satu entry yg terdahulu. Dan aku termalu sendiri sbb aku 'tersebut' akan pakaian doktor yg mencuba utk menipu bil perubatan dan sekaligus men faul kan martabat muslimah dlm bidang perubatan. Sedih aek, tp apakan daya...dia manusia biasa yg cuba berjuang dlm hidup dan dalam ketika itu(yg sedihnya...ketika itu ialah ketika dia bersama aku sbg patient) tersasar dia dari landasan iman yg dipegang sejajar dgn tekadnya utk berpakaian sedemikian. Kadang2 aku terpikir, tak malu ka dia mencadangkan penipuan itu di hadapan aku? yang mana aku persembahkan diri aku sbg muslimah yg pastinya dia yakin aku mempunyai pegangan serta kehambaan yg sama spt dia? Ya Allah...Kau menduga lagi dan Alhamdulillah Kau buka lagi mata hati ini... tapi jauh di sudut hati..aku kesal.. kenapa dan di mana silapnya... atau mungkin pada matanya..aku kelihatan sgt miskin, dan tak mampu membeli alatan yg di syorkan sehingga aku juga perlu berniat utk menipu majikan? mungkin... terlalu byk kebarangkalian yg bermain di benak.. moga Allah menguatkan keyakinan dan keimanan ku ini...utk terus berdiri di muka bumi, sebelum aku mati di jemput Illahi...amiiinn...

Sunday, December 13, 2009

Muhasabah Cinta



“Cinta”. Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan. Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.
Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak. Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga. Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu. Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair. Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta. Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.
Itulah cinta. Ia fitrah. Dan ia juga boleh menjadi fitnah. Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia. Dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.
Sudah lama kita menjalani kehidupan ini. Dan sudah banyak kali perkataan ‘cinta’ kita ungkapkan dan luahkan. Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah. Muhasabah tentang cinta. Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? Di tempat yang sepatutnyakah? Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?

1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا
يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah....” (Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165)

2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ
كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ
اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24)
Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah. Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya. Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu. Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya. Ia mesti dibuktikan!
ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ
اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31)
Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama.
Muslimin-muslimat sekalian,
Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan.
Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.
Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60)
Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta kepadaNYA. Mudah-mudahn kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama, amin…
WAllahu A’lam.
ihsan : shahmuzir

Friday, February 08, 2008

Hijab With Tight Clothing

When you wear the hijab you feel good
Because you know its right
But when you put on your tight fitting clothes
The angels take flight
And stop singing your praises

You’re caught up in the middle
Being Muslim and western
Your mind knows that its Allah you should obey and follow
But you’re confused
About which pill to swallow
And you try and follow the middle path
Even though u know their aint no such thing
But you just can’t resist not wearing bling

You’re young and vulnerable
In a society that’s just corruptible
Taking advantage of your naivety
Models with size 6 and 8 clothing
On the billboards and magazines
Brainwashing you

It’s hard to resist
And they persist
Pictures everywhere
Nowhere is safe
So you gotta buy those clothes
And go on a starvation diet to make sure they fit

Doesn’t always go with the hijab
But you try and make it all blend in
Coz you’re a victim of fashion
Which in every nation
Is like a God
Dictating and manipulating
Young minds
Filled with false images of beauty
Trying to conform

I know coz it affects me to

People comment and talk about you
Behind your back they stab you
With words
Cut like a razor
Are you aware?
Does it not faze ya?
Upset ya
Make you feel that you’re letting down your deen

What’s the point
Wearing a hijab
With tight clothing
Gaining reward
And losing it
When you put on your tight jeans and top
Should you not stop and think?

You cry modesty in self defence
Make the non-Muslim woman the basis
And say Islam urges modesty and moderation
Quote modernist scholars
Those who sell out Islam for just a few dollars

You say women in the west are oppressed
And slaves to man and society
Have no respect or dignity
Used and abused like products

But what about you
Who are you a slave to?
Allah or fashion?

You always justify
And compare and contrast
With those who wear less than you
My words may be harsh
But you know it’s true

I’m only saying
What others are thinking
And saying behind your back
Giving you advice
Because your actions are harming us

It’s easy to judge
And harder to change and budge
From following kufr
At least you make an effort
But Islam we take completely
Coz halfway Islam don’t mean nothing on the last day
When we will all stand in front of Allah naked

Author: Showkat Ali
www.turntoislam.com

p/s : teguran buat diri sndiri yg sering buat silap..

Saturday, January 12, 2008

Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:


"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:


"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:


"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:


"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:


"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:


"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.


"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya