Tiba2 terlintas di minda ku tentang hak manusia kepada diri sendiri. Bukan hak semasa hidup yang aku ingin ketengahkan di sini tetapi hak selepas mati. Ketika alam roh ditembusi dan hanya tingal jasad tanpa nyawa utk diuruskan oleh mereka2 yang tinggal. Naik bulu tengkuk tika teringatkan saat itu. Aku berkali-kali mendengar cerita tentang roh akan bangkit semula melihat bagaimana jasadnya diuruskan dari dimandikan sehinggalah ke liang lahad. Persoalan ketika di dalam kubur apatah lagi. Tetapi itu tanggung jawab sendiri yang kita harus ingat sejak sekarang lagi. Sekali lagi rasa takut menyelinap di sekelian sendi , banyak lagi yang belum aku lengkapkan.Pakbik (suami makcik aku yang juga aku panggil bibik – bukan maid ye), sering pesan kepada kami anak2 buah, bila dia meninggal nanti jgn dirikan batu nisan dan letak batu2 besar di atas kuburnya. Aku kira sejak aku kenal pakbik, mungkin ade seratus kali die ingatkan kami perkara ni. Menurut cerita yang boleh dipercayai, batu nisan yang besar2 dan berat tu akan menghimpit jasad di bawah. Ia langsung tidak memberi sebarang kebaikan kepada si mati. Malah hanya membebankan mereka. Aku rasa perkara ni semua orang telah maklum. Tambahan lagi dengan kemudahan komunikasi yang pelbagai dan serba canggih kini. Internet, hp, ceramah yang acapkali diadakan di mana-mana... tv dan radio..buku.. huh..apalagi yang belum aku nyatakan di sini.. rasanya berkali2 perkara berkenaan keperluan nisan dan pagar keliling kubur/pusara ini telah dinyatakan. Namun masih ramai yang mengendahkan. Aku sekadar rs kasihan, beristighfar dan yang paling perit… aku rasa takut kalau aku mati nanti, bagaimana kubur aku akan diperlakukan?
Aku kata kat mak, “kan senang macam abah, meninggal di Mekkah, takyah risau psl nisan besar ke tak ke..”, mak senyap. Seketika mulutnya tak mengeluarkan sebarang komen. “Tu la, masa ada umur ni..kenalah saling pesan memesan”, mak menjawab juga akhirnya. Aku pula diam, berfikir2 siapa yang harus aku pesankan hal ni. Selain mak, aku rasa yang lain mcm takleh harap. Ingatkah mereka..
Berhari2 aku menungkan hal nisan dan kubur ni. Naik pening pun ade. Risau bila sampai masa aku nnt.. hilang hak utk tidak dihimpit nisan dan batu2 besar itu. Aku berserah pada Allah, dan dalam pada tu juga aku berdoa agar nyawaku diambil seperti mana Allah mengambil abah. Indahnya sekiranya matiku di Tanah Suci Mekkah. Pasti tiada lagi isu nisan dan sebagainya. Paling bertuah kiranya meninggal ketika sedang beribadah di sana.
“Asyik fikir je nnt, badan yang sihat boleh jadi sakit..tak pasal2 mati awal sbb risaukan hal yang hanya Allah Yang Tahu”, kata mak lagi menyambung bicara. Kami tergelak kecil. Betul kata mak, apa nak risau perkara yang belum ada. Hanya doa dan hajat dipanjatkan ke hadrat Illahi mudah-mudahan nasib kita bukan seperti mereka2 yang tak berapa baik.

No comments:
Post a Comment