Pages

Saturday, December 05, 2009

Aktiviti Korban

Gambar : Ihsan yaticy-flickr

Subhanallah Walhamdulillah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Nafsu menulis di sini masih terus membuak2, lantaran terlalu banyak yang menyemak di minda yang rasanya harus dikongsi tanpa selindung. Minggu lepas, dari 26 nov – 1 dec aku menghabiskan masa bersama keluarga di kampung. Menyambut aidiladha dgn penuh kesyukuran dan keberkahan. Alhamdulillah, kampung ku bertambah riuh menunaikan ibadah korban di surau tengah. Mak awal2 lagi dah masak utk santapan kami sekeluarga kerana mahu keluar membantu ibu-ibu yang lain menyediakan juadah dan hidangan bagi mereka2 yang turut serta dlm aktiviti melapah pakcik moo. Seronok betul bila semua berkumpul, mcm2 karenah dan cerita yang keluar.

Aku bercerita, macamla aku juga turut hadir ke program ‘motong’ tu. Tak, aku tak pergi pun. Aku ni masih lagi kategori kera sumbang yang mendatangkan perasan je diperhatikan orang. Huhu, sikap yang paling mak aku jaki. Dari kecil sampailah dah dewasa ni, aku dan adik beradik yang lain sering dikritik tentang pergaulan. Kami ni semua home-type person. Tak betah berlama-lama dengan org lain selain keluarga. Berlainan sekali dgn mak yang ramah-tamah dan pantang saja ada aktiviti luar, mesti dia join. Tapi satu je dia pantang, orang mengumpat dan membebel…

Selepas habis aktiviti ‘motong’, mak dpt sepeket daging sbg barakah ibadah korban. Sambil2 menyediakan sup di rumah, busu pula balik membawa bahagiannya dan diserahkan kepada kami utk masak. Busu org bujang, dia mmg tak memasak di rumah. Jadi kalau ada bahan mentah seperti ikan(busu nelayan, boleh dikatakan hari2 busu bawa balik ikan hasil tangkapan lautnya), sayur kebun atau daging korban begini, mmg busu serahkan kepada kami utk dimasak. Nanti kami makan bersama2.

Karangan di atas sebagai menyingkap kembali sejarah awal penulisan ku semasa di zaman sekolah rendah. Walaupun tahap bahasa yang berbeza tapi menulis cerita di atas membuatkan kenangan lalu terimbau kembali. Zaman di dalam kelas 2 hijau, 3 hijau, 4 hijau, 5 hijau dan 6 biru. Indahnya ketika itu. Dan aku tak sangka bahawa zaman persekolahanku merupakan zaman terakhir utk aku melihat kami sekeluarga lengkap bersama. Maksud aku sebuah keluarga yang lengkap dengan adanya abah, mak dan semua anak2.

Nota kaki :
Sejak kebelakangan ini ingatan aku terhadap arwah abah terlalu kuat. Kenapa ya?

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya