Aku perlahan2 semakin pulih dr kesakitan tgn yg teramat. Tak sangka rentetan dr kurangnya sabar dan tawakal membawa dr aku ke bahana yg tak tertanggung sendiri. Kadang2 aku kata padan muka kpd diri sendiri, kadang2 aku kesian kat diri aku ni. Sabar la ye...dugaan Allah tu bersebab. Aku harap aku dpt kuatkan iman dan menyerah kpd Allah 100%. Selalunya bila iman di tahap superb, segalanya di dunia ni langsung tak menarik hati dan perhatian aku. Tetapi bila mata mula lebih tertarik kepada duniawi, mula lah aku serba salah... ralat nak tinggalkan itu..ralat nak buat ini..heee... dunia yang tak sempurna ini can easily distract my attention. Betapa lemah la diri aku ni. Ya Allah, kuatkanlah iman aku ini. Aku hanya ingin hidup dan mati keranaMu Ya Allah.
Menyentuh soal duniawi yg tak berpenghujung, aku sebenarnya tertarik lagi dgn hobi yang mmg dari dulu dah sebati dlm diri. Aku suka menjahit. Di rumah ini, aku punya mesin jahit comel yang menemankan aku sejak 5 tahun lepas. Tapi lately ni mmg dah jarang guna sbb agak leceh nak me~maintenance kan si kecil tu. Jadi, hobi terpendam aku ni semakin terperap la. Kain yang aku beli bulan lepas(konon nak jahit set bilik tidur baru) masih tersenyum dlm beg plastik. Sungguh kesian..
Sejak 2 mlm lepas, aku sibuk melayan keinginan di forum wanita melayu. Berkira2 nak cari mesin jahit high tech utk kegunaan sendiri. Dah jumpa yang berkenan tetapi harganya mmg secanggiih fungsi dan kelengkapan. Erm..astaghfirullah..kalau ikut nafsu mmg dah transfer duit ke acct penjual tu, tetapi memandangkan aku tak mahu lari dr prinsip diri dan pegangan dan janji ku kpd Illahi, so nak tunggu selesai tuntutan wanita ku ini dan aku berniat nak istikharah terlebih dahulu. Harap dipermudahkan dan ditunjukkan mana yang terbaik. Amiin
nota kaki : berangan nak hasilkan tudung labuh jahitan sendiri. Mudah2an...insya Allah

3 comments:
salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.
wslm
ilmu sedikit dikongsi bersama...harap kita dpt saling ingat mengingatkan
nice topic, wasallam
Post a Comment