Pages

Saturday, November 21, 2009

Rasa Marah Membara


Subhanallah

Sesungguhnya dgn apa saja yang jadi di atas muka bumi ini, hanya Allah yang layak dipuji dan diserahkan segalanya..

Mungkin aku dipengaruhi lagi kitaran hormon yang berubah lantaran memenuhi kehendak alam yang mana ia mmg sesuai dan telah ditakdirkan buat wanita. Alhamdulillah..sesungguhnya kesakitan ini yang memaniskan lagi diri seorang wanita. Ketika ini ia mudah sedih, mudah naik radang, sensitif dgn kata2 dan mudah saja berpatah arang...dan apabila ia kembali kepada kitaran asal....maka perlakuan wanita tidak lagi diluar pertimbangan. Apapun iman juga yang harus dikuatkan agar dijadikan benteng agar tidak terlanjur kata2 dan perbuatan sehingga terpengaruh dgn bisikan syaitan yang direjam. Nauzzubillah..

Aku tibatiba rasa marah hari ini... bukan krn disakiti tetapi tiba2 teringat kisah lama dan beberapa perkara yg belum lunas. Hanya dgn bayangan minda, nafas aku jd sesak kerana terlalu marah. Astaghfirullah.. bisikku berkali2. Hilang sekejap ketenangan berhari minggu hanya kerana lintasan fikiran kecil ini. Sungguh besar kuasa imaginasi. Berkali2 aku beristigfar, cuba menenangkan diri. Seolah sedang bertekak dan berperang mulut gayanya. Aku seperti mahu keluar dr bayangan yang menyelubungi diri dan tanpa sedar aku menumbuk dinding sekuat hati.

Dush...cuma sekali. Tanganku rasa mcm besar sgt.. dan aku mula sedar dari khayalan bodohku. Aku beristighfar lagi, mungkin bagus juga aku menyakiti diri, kerana dgn itu baru aku dpt membawa diri keluar dari amarah yg ntah apa2. Aku masih tak berani melihat tangan sendiri, sedikit demi sedikit jemariku serasa perit2 kebas. Terasa cadar ku basah dgn cecair panas, aku menoleh sedikit dan aku lihat darah. Banyak juga. Astaghfirullah..sejauh ini kahyalan membawa aku. Dan selepas itu baru aku berani melihat tangan. Tiga jariku lebam, jari telunjukku pecah..hujung2 kuku ku juga lebam biru. Mungkin sebab hentakan kuat membawa kesan kepada urat2 yang berdekatan. erm...tak pasal2 sakit sendiri. Cadar yang baru tukar pun kena basuh lagi sekali. Astagfirullah hal aziimm

Marah, aku dikuasai marah. Apabila manusia itu marah maka dgn mudah syaitan menyucuk jarum, menyalai api dendam yang tak berkesudahan. Alhamdulillah aku bersendirian, kalau tak ... malu dgn org sekeliling (jgn risau, aku takkan begini jika ada org lain, mungkin krn terlalu terbawa2 dgn rs yg terpendam dan khayalan sendirian).

Merenungi kembali ayat2 Al-Qur'an dan hadith berkenaan marah, aku rasa menyesal sendiri. Tiada apa yang aku dapat melainkan kerugian dan kekacauan minda. Tambah lagi rasa sakit yang menyengat2.

Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya: “Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..” (Riwayat Bukhari)

Dan aku rasa sebaiknya aku print dan tampal besar2 di bilik, buat ingatan kepada diri aku yg sering lupa.

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya