Pages

Thursday, September 13, 2018

Panduan ke Perth : Hari Bertolak

2 September 2018

Aku dah standby di rumah akak di Bangi. Kalau nak direct dari Melaka, bimbang aral melintang. Kebetulan Jumaat cuti sempena sambutan Hari Merdeka. Bimbang jem.

Flight kami 12.05 pagi bersamaan dengan 3 September 2018. Jadi perlu ada di KLIA 2 jam 8.30 malam untuk sesi penerangan agen dan check-in luggage. Aku beli luggage 20kg. Share dengan mak. Tapi tak cukup  :p
Beg muatan makanan sahaja dah 16kg. Punye lah gabra masa tu. Memang cuak sangat. Alhamdulillah agen deal dengan pihak AirAsia. Mereka check kan mana-mana ahli kumpulan yang ada 'lebih luggage. Mula-mula aku dah give up, rasa nak je tinggalkan semua makanan. Tapi bila agen beriya membantu, aku redho je. Padahal dah malu sangat2... hahaha!

Baru sampai KLIA 2... ni sebelum kejadian kg tak cukup... kemain sengih :p

Lepas check in luggage semua... hilang sedikit manis di wajah... spoil betul mood bercuti... aduyaiii.
Tula orang kata, happy tu jangan lebih-lebih. Berpada-pada kata orang tua-tua. Bila diuji sikit, terus sentap jiwa raga... hehe. Di mana pun kita berada, mesti ada je dugaan. Apepun redho dan tawakal. Positif dan open minded. Alhamdulillah... perjalanan diteruskan... niat bermusafir jangan dilupa. Niatkan juga nak tengok ciptaan Allah yang Maha Kaya dan nak tambah lagi ilmu di dada.

Moral of the story... beli la lebih kgs... jangan pening2 k :)))

Selepas pemeriksaan beg pertama oleh pihak kastam, kebetulan sebuah buggy lalu dan ajak kami naik. Alhamdulillah. Rezeki kami tak perlu berjalan jauh. Jauh juga nak berjalan untuk ke poin pemeriksaan beg kedua.

Free je...

Di ruang menunggu sebelum masuk ke dalam perut kapal terbang. 
Mak... i love U!
Hehe

Kami dah siap-siap order meals... so terus dapat makanan... 
My favourite lasagna... eh u know what. Aku tak pernah jumpa lasagna sedap macam lasagna Air Asia ni. Serius ok. Tak caya nanti korang cuba. Secret Recipe ke Pizza Hut ke tak boleh beat la rasa lasagna Air Asia ni... nak recipe plsss

Kejap je dah separuh

Mak punya, Nasi Kung Pao

Ni la meal yang disediakan dalam flight Air Asia. Tapi tak semua destinasi sama. Ni meal untuk Perth dan Korea kalau tak silap. Kalau kita order awal, cuma RM15. Kalau beli dalam flight RM21.

Selepas makan... apa lagi.. tidurlah. Flight KL-Perth mengambil masa 5jam 30 minit.





No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya