Pages

Tuesday, September 11, 2018

Panduan ke Perth : Preparation

Preparation ke Perth antara yang agak mencabar aku rasa. Tak tau kenapa. Haha... mungkin sebab pakej yang aku ambil ni tak include meals. Tu yang kelam kabut mencari makanan apa yang ringkas untuk di bawa ke sana. Dan di saat-saat akhir sebelum kami berangkat baru dapat tahu yang Imegresen Australia agak strict berkenaan makanan yang di bawa masuk ke negara mereka. Lagilah kami kalut. Actuallay aku dah survey di blog2 rakan2 yang pernah ke sana. Ada yang kata boleh bawa serunding... ada yang kata tak boleh. Kebetulan rumah kami ni tengah banyak stok daging Qurban. Untuk makluman, tarikh penerbangan kami lebih kurang seminggu selepas Hari Raya Aidiladha 2018 (22/8/2018).

So end up ini lah yang kami bawa :p :
Banyak kannn... hahaha... punyelah takut lapar kat tempat orang

Bawalah apepun yang penting kena declare. Ni contoh declaration form... ada juga yang tulis tangan. Tapi aku rasa better kita taip. Senang sket imigresen nak faham. Tulisan ni kang macam-macam versi, doktor ada akauntan ada... pening mat saleh tu kang :

Ni tour leader punye contoh... i punye jangan tengok, uol pengsan kang sebab banyak sangat.... hihi


Ni pampers dewasa untuk my mom. Dia kerap nak  buang air so kami be prepared dengan pampers ni. Kebetulan ada sales dia Aeon cuma RM10.90 untuk 3 keping. Our tour guide dah ingatkan awal, perjalanan ke Lancelin, Caversham dan Araluen agak jauh dan takde tempat untuk berhenti buang air. Alhamdulillah tour guide banyak bagi info melalui whatsapp group sebelum perjalanan bermula. Bawa orang tua berusia 72 tahun, alhamdulillah masih kuat bertenaga but certain thing ada yang tak boleh kawal seperti buang air dan perlu pengambilan ubat on time, bila dah dimaklumkan awal tentang perjalanan, senang kami nak prepare. Aku pun beli satu pampers ni for myself, just untuk kecemasan. Kita tak tau apa dugaan yang akan kita tempuh kan... hihi...

Macam biasa... ubat-ubatan letak dalam clear plastic. Just in case pihak kastam nak check, senang dia nak tengok dari luar plastik je.

Untuk makluman lanjut, boleh refer website www.agriculture.gov.au/travelling/arriving-in-australia


Ni jadual cuaca di Perth. Aku g time spring sebab nak tengok tulip depan mata. Nak ke Istanbul ntah bila... 

Pakaian pula, Perth ni sejuk dan kerap hujan. Tetapi suhu di siang hari tu bearable lagi untuk kita orang Asia ni. Tak la sejuk sangat. Ke kulit aku tebal... hehe... bergantung pada badan masing-masing. Aku cuma bawa jaket hitam yang tak berapa tebal. Kenapa jaket? sebab kalis air. So bila hujan, tak lah serap air. Dah la sejuk, bayangkan baju pula lencun basah. Mau gegel kita nanti.

Juga sesuai untuk melaram masa bergambar... penting tu :p

Malam pula, suhu memang sejuk. Nak buang air pun bercinta sebab mashaa Allah sejuknya bawah 10C. Alhamdulillah aku bawa juga thermal underwear. Malam aku pakai 3lapis :
Thermal underwear
T-shirt lengan panjang dan seluar tidur 
Sweater 


Hot pad ni beli di Daiso. Jangan biarkan direct kat kulit tau masa guna. Kesian my friend melepuh kulit perut. Aku pun lupa nak bagitau jangan buh direct dgn skin. Hot pad ni pun banyak membantu masa sejuk, Rasa macam letak tangan kat haba unggun api. Kat Malaysia kita tak pandang sme ni kan... hehehe

Pepun berkenaan pakaian ni, bergantung pada fizikal masing2, kalau jenis tak tahan sejuk... aku sarankan bawa je winter jacket tu. Sangat berguna, cuma nanti luggage jadi berat sikit lah.

Kasut pula aku beli boot dan mak beli sneakers kot... haish tak tau la pe nama jenis kasut cam mak pakai tu. 


Beli brand Camel. Tahan lasak. Lagipun ada plan nak ke Korea next year. Takyah beli lagi nanti.
Salesgirl Camel advice untuk beli Water Repellent Spray dan spray di kasut. Bila kena hujan nanti tak basah dan kasut tak kotor. Aku beli spray ni di Bata harga RM20+


Oleh kerana dijangka hujan sepanjang kami di Perth nanti, tour guide cadangkan kami bawa baju hujan atau payung. Leceh pula nak berpayung bagai kan. So kami decide beli baju hujan di Daiso ni... tapi takyah bawa la guys... tak pakai pun. Sib baik murah je hehe


Ni penting juga... penutup mulut@mask. Ni akan digunakan masa aktiviti meluncur pasir (sand boarding) di Lancelin nanti. Pun kami tak pakai mask ni. Sebab masa sampai kat Sand Dune baru lepas hujan... so pasir tak bertebaran bila ditiup angin. Cuma kesian yang dah beriya nak main luncur pasir, tersekat-sekat jadinya sebab pasir jadi padu sebab basah. Aku dan mak yang jadi pemerhati kat bawah pakat dok gelak je :)))

Mask pun beli di Daiso

Ok.. tu je preparation kami. Selebihnya cuma kosongkan minda untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Perth. Sampai ada yang dah plan nak migrate ke Perth tau (aku la tu) hehe... 

Jumpa di next entry... daaa

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya