Pages

Thursday, September 13, 2018

Hari Pertama di Perth : Airport

3 September 2018

Yes... dah sampai Perth!


Oleh kerana kami dok di Quiet Zone, maka kami turun dulu dari flight. Cemas juga sebab dah di momok kan dengan pelbagai cerita berkenaan imigresen Australia. Beberapa kali aku check declaration list dalam. Macam nak tercabut rasanya jantung ni. Doa tak putus. Rabbi Yassir Wala Tu Assir... 

CHECK PASSPORT - PASS

Lega satu kes. Kami turun ke tingkat bawah untuk ambil luggage. Kepala syik kalih ke belakang tengok my friend and family dah ada ke belum. Serius...kami di depan. Aku dan mak berdua je. Naya je kalau apa-apa hal dekat kastam ni kang.

Masa beratur kami nampak beberapa orang di minta untuk bahagian pemeriksaan beg. Beg dibuka, dtengok satu per satu item yang di bawa. Yang dalam kotak kastam akan toreh. Allahu... pucat kot muka aku masa tu. Macam nak berdepan dengan sakaratul maut je. Yela kita dah dimaklumkan macam-macam. Agen siap bagitau, kalau jawab tergagap-gagap... pihak kastam tak bagi masuk Australia...dia suruh balik je. Mau tak takut kalau camtu... 

Kastam perempuan pula tu yang periksa passport dan declaration card. Pada pandangan aku, perempuan lagi teliti dan cerewet. Sampai giliran aku dan mak, rasa nak rebah. Lady tu tanya, only both of u? Aku jawab YES dan dia terus kata Welcome to Perth! Pergh...macam nak buat nasi kunyit pun ada...hahahaha....

So guys, jangan lah takut ye. Diorang tak lah seteruk seperti yang dimomokkan. Tapi bagus juga kita dimaklumkan awal so boleh bersedia just in case kastam tu tengah datang bulan ke ape kan...hahaha... Alhamdulillah, dipermudahkan perjalanan kami masuk ke Perth. 

Keluar dari balai ketibaan, kami berjumpa dengan agen Ayden Averrose di ruang menunggu. Namanya Syahir siap berbaju merah uols... dia terus tunjuk lokasi surau dan kami menunaikan solat subuh sementara menunggu bas datang ambil kami.


Kita dah sampai Perth!

Lambang apetu? Kangaroo?



No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya