3 September 2018
Lokasi lawatan pertama kami di Perth ialah Araluen Botanical Garden, Roleystone. Perjalanan dari airport lebih kurang 45 minit.
Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita nak tengok tulips depan mata.
Taman tulips ni sangat lah luas, 53 hektar dan sebenarnya satu hari tak mencukupi untuk kita lawat semua kawasan dalam park ni. Kawasan ini asalnya dimiliki oleh Jack Simons dan kemudiannya dibeli oleh kerajaan Australia untuk dibangunkan. Dibangunkan disini bukanlah bermaksud untuk dibina bangunan-bangunan dan sebagainya. Mereka mahu membesarkan lagi kawasan tanaman tulip dan menjadi salah satu tarikan di Perth.
Kaunter beli tiket untuk masuk ke taman. Yang berbaju merah tu Syahir, tour guide kami
Dalam park ni ada chalet yang kita boleh sewa dan bermalam di sini.
Chalet Healy Cafe : Damai nya tengok binaan chalet ni...
Landscape yang cantik
Suhu yang dingin
Semua orang kat sini peramah dan mesra
Lupa masalah dunia sekejap
Semua muka happy :)
Opss ada orang tu tengah update instagram :p
Ampunkan muka tak mandi
Kami datang hari ke-3 selepas musim bunga bermula... terharu tetiba... hahaha!
Sebenarnya ada kisah di sebalik binaan kayu ni. Tapi masa Mr Train bercerita aku ralit tengok sana sini... makanya aku tak dapat nak ceritakan kat sini... huhu
Memorial untuk tentera-tentera yang terkorban semasa perang.
Kalau tak silap perang tahun 1945 dan ke atas.
Kami dah tak larat nak naik bukit so lepak di sini dulu
Mak jumpa buah ni... buah apa ni ye? Macam2 pokok pelik yang tak ada di Malaysia kami jumpa di sini...
Di Tulip park ni, tepi tandas pun cantik...
Ada train kat sini boleh naik AUD6 kalau tak silap. Dapat lah pergi ke kawasan jauh sikit dengan train ni. Nak jalan sendiri memang tak larat
Sebenarnya banyak sangat gambar di sini. Dah alang-alang sampai kan jadi kami taknak lepaskan peluang bergambar pelbagai pose. Tapi setakat ni jela aku tempel kat sini. Nak bagi feel kat korang camne cantiknya taman tulips ni. Kalau nak tengok tulips... kena datang musim bunga tau. Tulips ni bertahan sebulan je. So dah boleh plan nak beli tiket flight bila.
Selesai di Araluen Botanical Garden kami di bawa ke Belmont pula untuk shopping. Kat sini ada macam-macam supermarket antaranya Woolworth, Coles dan macam-macam. Sebab dah penat sangat jadi nafsu membeli tu tak berapa nak hado. Kepala asyik teringat bantal je.. Tapi....
Murah! Amik 2 :p
Ni yang diidam... kat Malaysia mahal sungguh
Murah kan?
Kunun taknak beli apa2 kan... memborong juga akhirnya... hehe
Menurut Tour Guide kami, Perth ni city of pensioner. Maksudnya ramai orang yang dah pencen dok sini. Sebab tempatnya tenang dan damai agaknya. So ramailah orang tua-tua. Dan kebanyakan mereka masuk mall dengan menaiki electric wheelchair. Walaupun tak larat berjalan, mereka masih boleh independent dengan adanya wheelchair ni.
Macam kereta kontrol kan?
Besar mana pun mall tak menjadi masalah bagi mereka yang tak larat nak berjalan.
Nak pergi taman ambil angin pun senang. Jadi tak terperap saja di rumah.
Mereka mengamalkan hidup sihat walaupun telah berusia.
Respect sangat!















No comments:
Post a Comment