Pages

Tuesday, June 10, 2008

Wanita Berpurdah

Semlm cik mah call, tanya khabar aku yang jauh di KL ni. Ahad hari tu tok call, pun sbb nak tanya khabar aku and nak bg no phone dia. Terharu rasanya. Cik Mah dgn Tok dok sebilik dgn aku & mak masa kat Tanah suci tempoh hari. Alhamdulillah, even diorg tu pangkat nenek dan makcik kat aku.. tapi sekepala. Bila teringat diorg, teringat lagi cerita2 masa kat sana. Hari yang berlalu rasa nak diundur, rasa takmo jauh dari tarikh kenangan tu.

Dlm entry sblm ni aku ada mention, aku jatuh sakit selama 2 hari semasa kat Mekah kan? Sebenarnya di sebalik tu ada cite lain yang aku pun tak tau nak kategorikan mcm mana. Yang pasti ia amat-amat terkesan kat hati kecil aku ni.

Masa hari pertama sakit, aku sebenarnya masih dalam ihram. Aku bukan sakit berat sgt pun, cuma CB (cirit birit.. huhu). Sakit biasa je tapi korang tau la CB ni bila dah menyerang, badan jadi lembik dan tak larat sgt2. Ditambah dengan muntah2 yang tak leh berenti, boleh dikatakan perut aku macam diperah2. Sampai satu tahap, 'rasa'nya masih ada tapi dah takde isi yang nak dikeluarkan. Sakit takleh ckpla. Solat pun terpaksa duduk sbb nak pitam. So, satu hari aku solat kat umah je. Mak pun terpaksa temankan aku sebab risau tinggalkan aku sorang2. Tu bermakna, mak pun terpaksa berada dlm ihram krn tak gi masjid utk sempurnakan rukun umrah. (semasa mengerjakan umrah, kita akan berada dlm ihram setelah berniat di tempat2 yang telah ditetapkan. Dan selagi berada dlm ihram, kita tak boleh melanggar pantang larang (sila refer nota di bawah). Kita akan lps dr pantang larang ihram bila dah sempurna rukun umrah*)

Hari kedua sakit tu, aku tekad nak gi gak solat kat masjid. Yela, sesekali dpt dtg rugi kalau syik dok dlm bilik. Aku bgtau mak, aku nak solat Subuh kat masjid. Mak plak berkali2 tanya, aku larat ke tak. Aku kata, aku cuba la.

Masa solat Subuh, rakaat pertama aku rasa kepala ni mcm berpusing2. Mual toksah ckplah, rasa mcm nak rebah kat situ gak. Alhamdulillah, Allah bg kekuatan utk aku. Masa rakaat kedua, aku teruskan solat secara duduk. Habis je solat mak terus tanya aku, dia nampak risau sangat. Kesian mak, dah besar camni pun aku syik susahkan hati dia. Cuma aku kata, aku tak larat nak sempurnakan niat umrah aku. Aku niat nak batalkan. Alhamdulillah, masa niat umrah tu aku dah niat bersyarat. Niat bersyarat ni maksudnya aku niat berihram dan sekiranya jadi apa2 kat aku cth jatuh sakit, aku akan keluar dr ihram tanpa perlu bayar dam. Sbnrnya aku saja nak praktikkan apa yg ustaz abdul jalal dah ajar(ustaz ni sbnrnya mutawwif-mcm pemandu pelancong) , rupa2nya niat aku tu sbnrnya petunjuk dr Allah. Alhamdulillah.

Aku kata aku akan tunggu mak dekat dlm masjid sementara mak sempurnakan umrahnya. Sebenarnya berat hati aku nak biarkan mak tawaf dan saie sorang2. Tapi apakan daya, aku betul2 tak larat.

Masa baring dlm masjid tu, aku pun tertido.. punyalah masyuk tido sampai tak sedar aku dah terlena hampir 3 jam. Terbuka je kelopak mata, ada sepasang mata sedang merenung aku. Seorang wanita berpurdah asyik memandang muka aku tanpa berkelip. Cepat2 aku bangun, kot air liur aku meleleh ke masa tido tu.. malu gak. Hehe... Masa tu, sekeliling dah tak ramai org. Cuma ada 2-3 makcik Arab tgh dok baring2.

Bila aku dah dok bersila, pompuan tu pun slow2 bangun and dtg kat aku, dia hulurkan senaskhah buku kecil kat aku.. aku yang tgh blur+tak larat ni cuma pandang mata dia yang cantik tu. Dia hulur lagi sekali, mcm menegaskan yang dia betul2 nak bg buku tu kat aku. Perlahan2 aku geleng dan dia pun tanpa byk soal terus gi dari situ.

Tak lama pastu mak dtg, lepas rehat sambil minum air zam zam.. mak ajak blk. Sekali lagi di tanya.. "Larat tak?" aku kata "insya Allah". Dan lepas tu penyakit aku beransur2 pulih. Sampai kat bilik, rasa mcm dah boleh berlari. Padahal tak makan apapun lagi. Mmg hebat betul kuasa Allah.

Aku cite kat mak psl wanita berpurdah & bermata cantik td, mak kata rugi tak ambil buku yang dia bagi tu.. dlm rumah Allah.. perkara kecil pun kita kene ambil kira. Sumenya dikira berkat dan rahmat. Sampai skrg aku rasa ralat tak amik buku tu. Apa sbnrnya isi dia? Dan siapa pula wanita berpurdah tu? Wallahu'alam.. Allah saja Yang Maha Tahu.

Tu la antara cite aku kat sana. Kalau nak cerita setiap detik masa kat sana, rasanya tak tertaip jemari ni. Cukup la aku cite yang penting2 je buat tauladan dan ingatan bersama. Moga sume yang sempat aku cite ni mendatangkan kebaikan buat semua dan bertambah berkat blog ni. Amiin

Nota tambahan

Rukun umrah* ialah :
  1. Niat di miqat (tempat niat spt Masjid Bir Ali, Ja'rana, Tan'im - jemaah boleh pilih mana2 mengikut kemampuan atau yang paling dekat)
  2. Tawaf keliling Kaabah
  3. Saie
  4. Bercukur atau gunting sekurang2nya 3 helai anak rambut
  5. Tertib
Pantang larang semasa ihram itu adalah seperti berikut :
  1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memaikai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah naungan pokok atau payung.
  2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.
  3. Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita
  4. Memakai sarung tangan
  5. Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.
  6. Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
  7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan,
  8. Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,
  9. Mengerat, memebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
  10. Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,
  11. Bersetubuh atau berjima'
  12. Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat
  13. Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

2 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

aĆ” laa...awat x amik jerrr, bukan pompuan nak berjual pun kan, hehehe...tapi benda dah lepas kan, takperlaa...ader hikmah semua tu berlaku....

shimahz said...

a'ah.. pmpuan tu dtg mcm dlm cahaya.. xde rzki la tu

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya