Kelmarin aku pulang ke kampung, ini kepulangan pertama setelah aku kembali dari Tanah Suci. memang aku rindukan suasana kampung yang jauh dari hiruk pikuk kota. Selain dari itu aku juga berhajat utk menziarahi ibu mertua akak yang dimasukkan ke hospital. Dia juga baru pulang dari Tanah Suci, keadaannya uzur sekali. Di Makkah dia diserang demam panas dan batuk yang tak henti-henti. Dugaan yang agak berat, tambahan lagi dia punya penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung. Mata pun tak berapa nampak kerana penyakit kencing manis yang dah lama dihidapi. Kata akak, kondisi mak dan ayah mertuanya berbeza benar dari kami ketika pulang dari sana. Kami manusia 'eager' yang sedari turun dari kapal terbang, bibir tak sudah bercerita tentang keseronokan kami di sana, sedangkan mak dan ayah mertuanya hanya lesu.. diam tanpa kata. Pulang pun terpaksa naik teksi kerana agensi yang dipertanggungjawabkan gagal menepati tarikh yang dijanjikan. Mereka juga tidak memaklumkan hal ini kepada waris. Lantaran itu, timbul rasa tidak puas hati dan juga amarah yang meluap-luap.Cuma yang sering muncul dalam mindaku ini, siapa yang bersalah dan yang harus dipersalahkan. Akak ku sibuk menyalahkan agensi yang menguruskan urusan umrah, ya.. aku pun nampak kepincangan mereka dalam menguruskan jemaah. Harga je murah tetapi makan minum jemaah terabai dan tidak teratur. Hotel jauh dari masjid. Tiada mutawif yang yg jadi pengajar pada hari pertama melakukan umrah. Erm.. mungkin ini kepincangan biasa bagi agensi baru sebegini.
Namun semua ini berlaku di Tanah Suci Makkah, yang kita biasa dengar bahawa pembalasan di muka bumi ini dibayar 'cash' di sana. Erm.. mari kita fikirkan dan renungkan.
Bukan nak kata aku ni tak ada salah hingga tak diduga seberat itu, aku juga diduga.. memang aku akui di sana memang semua dibayar cash. Doa diberi secara express, tiada sangkut2. Dan seharusnya kah kita mengeluh bila diuji? Layakkah kita?
p/s : dan kenapa ayat formal sangat ni??? eheh...

No comments:
Post a Comment