Pages

Sunday, June 08, 2008

Hua Hua

Huarkkk.. dah lama sangat blog ni tido.. it's time to get up shimahz.. haha...
lama dah tak menaip di sini.. Nak kata sibuk, tak gak.. cuma aku masih dlm mood holiday lagi. Tapi still active menjengah ke blog kawan2.. Best jadi pembaca dari menulis.. tapi bila sesekali mood menulis datang.. tak cukup keyboard rs nya nak menaip :p

Alhamdulillah aku dan mak selamat pergi and selamat pulang ke tanah air setelah menunaikan ibadah umrah dari 15may-28may yang lalu. Cuma aku 'tersakit' selama dua hari masa kat Mekkah. Tapi pastu sihat semula. Alhamdulillah sekali lagi krn Allah memberi kenangan yang teramat2 indah sepanjang aku kat sana. Buat masa skrg aku stil in progress menyiapkan jurnal aku sepanjang berada di sana. Insya Allah, jika terbuka pintu ati ni akan aku attach kat sini utk tatapan teman2. Kot2 pasni ada yang dah plan nak gi, so bleh buat panduan.

Sincerely, sampai skrg aku mcm org angau. Rindu kan kota Madinah dan Mekkah. Indahnya perasaan ni.. ishk.. aku takle nak ungkap dgn kata2. Aku kerap mimpi seolah2 aku masih di sana. Erm.. aku hrp Allah beri aku peluang lagi untuk bertandang ke rumah Nya.

aku dan mak dlm Masjidil Haram
ni gh tgu waktu Isyak, biasanya lepas Maghrib kami tak blk semula ka apartment.
Kami(aku, mak and dua org makcik sebilik) dok situ sampai Isyak

Gambar ni aku ambil selepas solat sunat tawaf dan dhuha
Bila Kaabah dpn mata, rasa terkunci mulut ni. Rasa malu pun ada.
Setiap kali sujud dan berdoa, hati sebak dan aku akan menangis tersedu2.
Ya Allah, sesungguhnya aku ini takut sgt pada Mu.

Mak kata kat aku, dulu Kaabah jauh.. skrg dah dekat. Dah dpn mata pun, so tgkla puas2. Talbiah banyak2. Mak banyak mengajar aku sepanjang kat sana. Mengingatkan aku yang salu je terlupa dan terleka. Alhamdulillah g dgn mak, dan sepanjang masa kat sana.. mak sentiasa bersama aku. Kalau balik kpg pun mak tak salu dekat dgn aku mcm kat sana. Yela, bila kat kpg mak syik sibuk je.

Kat sana, mmg la xle nak solat seselesa mcm kat Malaysia ni. Sbb org ramai dan sume berpusu2 mengejar yang terbaik. Biasanya kita tgk org berebut2 nak naik lrt atau bas.. kat sana kita tgk org berebut2 nak dpt rahmat dan ganjaran paling besar dr Allah. Kalau solat saf pertama tu, kalau dtg lg sejam nak masuk waktu.. mimpi je la nak dok saf dpn.

Yang paling menyentuh hati, ketika di Raudhah-Makam Rasulullah.. Subhanallah.. tu la pertama kali aku solat dlm sesak2 org ramai. Cuba bayangkan korang tgh bersesak2 nak naik bas pastu korang solat. Emm.. msti korang rs pelik dgn apa yang aku ckp ni tp tu la hakikatnya. Susah nak bayangkan situasi sbnr. Sume sanggup bersesak semata2 nak dpt ganjaran bersolat sunat di Raudhah. Aku sikit pun tak marah jika ada yang pijak kepala aku masa aku sujud.. terduduk atas aku ms aku duduk tahyat.. hati ni redha sgt2 sbb aku tau mereka sume mencari pahala. Subhanallah. Tapi bagi org lelaki lebih bertuah krn ruang yang dibuka utk mereka lebih luas dan mereka tak perlu bersesak2.

Kalau ikut law, sbnrnya xle bw camera dlm masjid. Tapi aku tgk ramai yg bw kamera. Ada yang bawa Video Cam lagi. Dasat makcik2 arab tu. Lagipun pemeriksaan masa masuk pintu masjid tak la seketat kat Madinah. Dan sebab tu aku berpeluang bw handphone masuk masjid. Mula2 takut gak, tapi pas tgk pakcik2 arab tu siap posing maut lagi.. so aku pun berani la sket. Tp aku amik gambo2 yang aku rs penting utk kenangan aku je. Selebihnya, aku rakam dalam minda.. mudah2an jadi pemangkin utk aku dtg buat kali kedua nnt.

Cuaca kat sana toksah cite la.. mmg panas.. lagipun skrg mmg musim panas, suhu 43darjah celcius. Panas smpai terasa dlm idung. Tp even panas, hati happy je. Itula antara kelebihan sepanjang berada di sana.
Dpn Masjid Nabawi, Madinah Munawwarah
~mak, cik mah & tok~

4 comments:

MC said...

alhamdulillah...shim dh pn selamat menunaikan umrah... best... jeles jer ngk...

RaFFLeSiA MeRaH said...

alahai...baru akak bukak sini, tgk2 ader gambar shimahz kat mekah, alhamdulillah...semuanya baik2 yer, rindu pulak kat shimahz...apepun ikhlas akak ckp, akak baca cerita shimahz spnjg berada kat sane...air mata akak bergenang...rasa mcm teringin sgt nk menjejak ke sane...insyallah, doakan akak pulak nanti yerr...

Purpleheart said...

Alhamdulillah, selesai sudah kamu mengerjakan umrah. Akak ni bile la rasanya pula.. insya Allah kalau diizinkan Dia, pasti akak akan jejak jua ke tanah suci sana kan..

shimahz said...

Alhamdulillah.. insya Allah sume akan berpeluang ke sana. Ni yg dah ke sana pun stil menyimpan niat nak gi lagi.. sonok sgt2.. kalo nak bercuti n tenangkan fikiran.. dekat dgn Allah la percutian yg paling tepat

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya