sedari pagi aku diam. cuma jemari yang asyik pantas mengetuk keyboard petah mencurahkan segala yang terlintas di pemikiran ku. penat, mata yang asyik memandang skrin komputer terasa pedih bila dikelipkan. sebentar aku mendongak memandang siling. gambar burung biru teralun-alun menghiasi pandangan mata.pagi tadi seperti biasa seawal pukul 5.30 mataku sudah celik. aku malas-malas berkalih ke kiri, memandang warna lemak ketam yang mewarna dinding bilik. perlahan-lahan ku letak tangan kanan, kuusap perlahan. hasil kerja aku dan min, kawan baik ku dari sekolah menengah. seminggu lalu bilik ini masih riuh dgn suara nyaring min. tapi tidak hari ini. sejak bertemu abg polis trafik aku terpinggir sedikit. min pun dah lama tak mengecap cinta seorang lelaki, aku pun tak ambil hati.10 minit berlalu, aku dikejutkan dengan dentingan jam loceng. segera aku bangun. menekan punat, aku tak mahu tidur rakan-rakan serumah ku terganggu. terus aku bingkas lantas melangkah keluar. ruang tamu sunyi, cuma bunyi deras kipas yang galak berputar jelas di pendengaran ku. sejasad tubuh nana kelihatan samar-samar dlm cahaya yang berbalam-balam, terbaring lesu di atas kerusi rotan di ruang tamu. lampu dapur mmg dibiarkan menyala. sekurang-kurangnya rumah yang dihuni 5 anak dara sunti itu tak tenggelam dek gelap malam. menyentuh kepala pili dan aku putar perlahan. niatku, aku mahu menunaikan solat spt mlm2 sebelumnya. membasuh diri dr dosa lalu. dosa... tak sanggup utk aku kenang. terlalu banyak.selesai solat aku duduk bersimpuh menghadap sederet buku yang tersusun rapi di tepi tv. byk, teringat zaman persekolahan dulu. buku dan aku macam dua nyawa yang tak boleh dipisahkan. apabila bekerja aku makin leka, buku yang selama ini menjadi teman aku persiakan. hari demi hari sehingga aku ketemu seorang insan yang banyak menggalak aku utk membaca kembali. seperti dulu... :) aku hargai semangatnya dan kini dia betul-betul menjadi sumber inspirasi diriku.sebuah buku karya norhayati berahim aku capai, aku rebah semula atas tilam. entah kenapa tiba-tiba wajah Im muncul. dimana dia sekarang? hati ku mcm tersentuh bila teringatkan dia. tertanya-tanya kemana dia. apa yang dia buat sekarang? aku mengeluh perlahan, sambil menahan dingin subuh yang serasa nyaman menyelubungi tubuh ku yang hanya berbaju tidur nipis. gebar ku tarik ke paras pinggang. niat untuk membaca buku terus terbantut. fikiran ku terus melayang memikirkan im.kali terakhir dia menghubungi ku hari raya aidilfitri yang lalu. itu pun melalui telefon. dia minta maaf. kunyatakan hasrat ingin bertemu dia, bersemuka.bukan untuk marah tapi aku mahu tahu apa masalah sebenar dia. tapi dia menolak, suaranya macam merajuk. aku ingin jumpa dia, yang pasti masih ada persoalan yang aku mahu tahu. "Saya ada satu perkara nak bagi tahu. kita perlu jumpa, saya tak mampu menyimpan hasrat ni lama-lama", kata im satu ketika dulu."Bg tau kat sini pun takpe""Tak bole, saya mesti jumpa awak. Kita mesti bersemuka"aku merengus. mengenang saat itu aku berdebar. apa yang cuba dia sampaikan. aku tak mahu bermain dengan perasaan. TAK SANGGUP.terus terang, aku pernah jatuh hati dgn im. namanya pernah sebentar singgah bermukim di daerah sepi hati ku. tapi kerana keadaan, dia dan aku tewas untuk mempertahan kan hasrat hati masing-masing. aku sibuk dgn dunia ku... sibuk dengan kenangan ku yang membuatkan aku teramat serik untuk bercinta lagi dan dia sibuk untuk mengukuh kan hidup nya yang pernah roboh, jatuh dan berkecai. dan sebabnya juga krn cinta. biarpun die tak pernah beritahu apa perkara sbnr, tapi aku tahu die juga suka padaku. cukupla msg dan kad-kad yang im kirimkan. manusia bodoh saja yang tak mampu faham akan kata2 spt itu. mungkin sakit hati dgn sikap endah tak endah ku im menjauhkan diri. mungkin bagi dia mendiamkan diri adalah perkara terbaik buat kami.aku terima jika ini kehendak im cuma aku pasti tak akan lupakan dia sbg seorg manusia yng pernah menyedarkan aku bahawa bukan kamal shj lelaki yg mampu memberikan kasih sayang dan cinta yang terbaik buat ku. ada insan lain yang lebih baik, im mungkin juga salah seorng diantaranya... cuma hadirnya disaat keadaan aku terlalu genting. apa daya ku. satu yang aku harap, kalau aku di berikan peluang utk bertemu im, aku mahu minta maaf dan berterima kasih atas segalanya. biarpun jasa im tak seberapa tapi dia juga amat bermakna dalam hidupku...
Antara Cinta dan Kasih
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa
Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa
Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku
No comments:
Post a Comment