sendiri aku termenung, merenung nasib diri. baru sebentar tadi aku dibasahi kasih ku pada Illahi. seperti malam2 sebelumnya aku, tepat pukul 3 pagi aku bangun. pada usia selanjut 24 thn ini aku tak mahu jadi manusia alpa. ku sujud pada Nya, solat taubat. jatuh lagi air mata ini. mengenang betapa aku sering leka, leka dgn kecantikan dunia hingga lupa akan betapa makin hampir usia ku ini pada titik akhir usia. seperti biasa aku solat tahajjud, disusuli solat hajat. ku minta agar Dia terus memberi petunjuk buat aku yg mudah lalai. lalai pada tanggungjawab ku pada Agama malah pada diriku sendiri. dan ku pinta petunjuk pada perhubungan yang pernah terputus satu ketika dulu. perpisahan yang hampir membunuh aku. Alhamdulillah aku sedar sebelum sebarang tindakan yg tidak wajar aku ambil. kamal, lelaki yg pernah aku rintihkan namanya di ruangan ini. lelaki itu walau pernah menyakiti, tapi masih di hati. sukar utk aku terima perpisahan lalu, biarpun hingga kini. kerna kasih ku bukan mainan. ia tulus datang dari hati.petang itu aku di bus top, tunggu bas utk ke tempat kerja. sendirian aku termenung jauh. memerhati jalan yang bercahaya dismbah mentari tengahari. dr jauh ku dengar bunyi enjin motosikal, aku terus termenung melayan perasaan. tanpa aku sedar motor itu telah berhenti dan pemiliknya melangkh ke arah ku. "apa n buat kat sini?"aku tersentak, bukan kerana terkejut tapi suara itu. aku segera menoleh. kamal berdiri, keningnya berkerut. aku termangu.rindu, itu bisik hatiku. kata pertama yang terpacul disebalik ego ku. aku terus diam biarpun satu persatu persoalan melompat dari bibr kamal.puas bertanya dia mula duduk, penat agaknya. matanya tak sudah menyapu wajah ku. dia seakan gembira tapi aku masih begitu. gembira tapi aku...dia mengeluarkan sekeping kertas. sekejap tangan nya mencoret sesuatu diatasnya dan diselitkan di tepi bag ku.bas datang... aku segera bangun dan tanpa kata aku terus berlalu. meninggalkan kamal yang disitu. dan dari saat itu cerita aku dan kamal muncul lagi. sejarah apakah yang mahu kamal suratkan kali ini...?
No comments:
Post a Comment