semlm, selesai tugas perpindahanku. kini aku mula bermukim di daerah ini, biarpun puas aku menolak namun TAKDIR tetap mahu aku ke sini. pilu, hatiku digigit kenangan lalu. setiap selekoh yang ku lalui dihiasi kenangan aku dan dia. kml, lelaki itu dipandangan org lain cukup kaku. manusia yang tidak sempurna kerana wajahnya. aku pun mulanya canggung melihat parasnya. bukan dia cacat atau tercela tapi dia boleh di kategorikan sbg lelaki yang tidak ada paras yang menarik. siapapun yang memandang dia buat pertama kali akan rasa ingin menjauhkan diri. kulitnya gelap, tingginya cuma empat kaki tujuh. kurus melengkung, berambut panjang, matanya.. hidungnya... bukan lelaki idaman perempuan. aku bukan mahu menghina tapi itula hakikat yang cuba aku sampaikan. tapi siapa yang dpt menduga, perdu kasih ku akhirnya terpaut di tangkai hatinya. mulanya bukan kerna cinta, tapi aku termakan budi. pengorbanan kml membuatkan aku makin rapat dgn dirinya. lagipun aku hidup sendiri di kota, ibuku jauh. aku benar2 sendiri dan kala itu dia la insan yg paling dekat dgn ku. masa benar2 mendugaku ketika itu, saban hari dia menghulur kata cinta. kadang2 aku rasa bagai dipaksa dan akhirnya cinta yang luhur ku hulurkan buat kml. dan tika itu semuanya bermula.manis.... kisah cinta mana yang tak ada manisnya. aku mmg manja. perhatian kml membuatkan aku yakin dgn cinta kami. berkali dia melamarku... biarpun kata putus tidak ku ungkapkan dia memaktub janji agar perhubungan kami diijab setahun lepas perkenalan.kemelut bermula tika ibu membantah keras perhubungan kami. dia tidak percayakan kml, kata ibu wajahnya saja sudah bole mnggambarkan sikapnya. aku diam. termangu, antara angan2 dan kata2 ibu. dlm hati berdetik sendiri, mungkin ada benarnya kata ibu. tapi aku rasa aku tak mampu hidup tanpa kml. cinta benar2 mengikat aku dan dia. dia pun tidak mahu berenggang dgn ku. jauhnya kami hanya bila aku ke tempat kerja. selainnya kml selalu di sisi aku. sehingga bila aku balik ke rumah dia akan tidur dlm kereta, semata2 tak mahu jauh dari ku. bulan ke enam, perhubungan yang terjalin cukup dgn pelbagai dugaan. aku menerima panggilan. seorg gadis, suaranya cukup lunak. mendakwa kml menggunakan duit pinjaman pelajarannya. aku termangu, tambah menyulitkan... dia mendakwa kml itu tmn lelakinya sejak 2 tahun yg lalu. aku diam, nafas ku terhenti seketika. aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. yang aku mampu cuma... menangisgadis itu menghina ku, dituduhnya aku merampas kekasihnya. aku terus diam, apa yang patut aku katakan. tika itu kurasakan betapa teruknya aku. bagai selama ini aku yang mendamba kasih kml. bagai aku yang terhegeh2 mengharap agar dia mencintai aku. keputusan ku ambil, kml ku tinggalkan. setelah pujuk rayunya aku tolak sekeras2nya. kml berubah. dia mula menyakiti aku dgn kata2 kesatnya, dia mahu aku kembali. tapi aku terus menyepi, ku bawa diri. pindah jauh dr tempat tinggalku tika itu. aku benar2 bawa diri, num telefon pun aku tukar. tapi hari ini aku kembali ke daerah ini. aku terpaksa. pejabat ku ditukarkan ke sana. mana mungkin aku boleh menghadapi perjalanan yang jauh sedangkan ibu kota ini terlalu menyesak dgn lalu lintas. cuma satu yang aku lakukan, ku pujuk lara hati. sesekali terlihat tpt makan kegemaran kml hatiku tersayat. tapi aku redakan... aku tak paksi, sudah lama aku meninggalkan waktu2 indah aku bersama kml tapi ingatanku terlalu kuat padanya. entah dimana akhirnya.. ntah dimana kesudahannya....
No comments:
Post a Comment