Pages

Thursday, May 19, 2005

kau ku sayang (.....)

bismillahirrahmannirrahimmm....mlm ni syahdu sket. unggas bagai bisu utk menyanyi, cicak bagai nyenyak di pembaringan. katak2 seolah sudah bosan menyiulkan hawa malam.... tinggal aku sendirian. mencari cinta yg tak bernyawa. cuma ada degupnya. kisah ini ku coret kan lagi, dalam hati yg tak punya bahasa utk berbicara. Im dah jauh dari ku. tinggal disana, sejak dia di buang kerja. "dia pemalas, selalu ponteng".... kata abg ku seminggu lalu. aku tunduk, segan... abg ku bkn sembarangan org di syarikat itu. sikap buruk im turut mencemar nama baiknya. sebab die yg rekomen kemasukan mamat tu. maafkan aku ateh... aku mcm menangis dlm hati. aku menjauhkan diri... aku kecil hti. bkn senang nak pujuk abg ku utk mengambil die. biarla... biakan dia. aku tak mahu die merosakkan hubungan antara aku dan keluarga. jauhnya aku dari im bermakna aku jauh kan sekali lagi diriku dari cinta. begitu juga kamal... die juga telah jauh aku tinggalkan. biarpun berkali dier menangis menagih aku. aku bukan penjahat atau penzalim dlm cinta. tapi kerna aku la mangsa cinta2 mereka... maka beginila jadinya aku....sebulan... cinta bagai hilang mukimnya dihati ini. tapi siapa sangka... yang lain muncul melamar hati.dia A. lelaki 10 tahun lebih tua dariku. adik angkat kakak iparku. dr kakak ipar aku kenal die. mulanya mcm formal, aku bosan. yela.... ckp dgn org tua.... :)aku sekadar mjaga perhubungan dgn A. cuma tak mahu kakak ipar ku kecik hati kalau aku cuba menjauh. tapi lelaki tetap lelaki. siapa sangka aku yg hidung penyek ni terus dilamar. ermmm... mungkin aku ni menyenangkan A. saban malam aku dan die bertaut di telefon. mulanya borak cerita biasa... lama2... masing2 mula bicara soal hati. kata A, dlm hatinya sudah ada cinta. sbb itu dier melamar. aku kata nnt dulu. bia kenal hati masing2. aku biasa saja, mungkin sbb dh berkali di kecewakan. sehingga la tika dan saat ini muncul...........pagi tadi die balik kampung. di johol... tak ada coverage. so katanya mmg tak ada cara nak berhubung. kata A takkan nak guna telefon rumah emaknya. tak manis... aku kata ok. tak jadi hal.... itu kata ku semalam. tidak hari ini... sbb kini aku rasa lainnya. aku rasa kosong tanpa msg darinya. kenapa? aku jatuh lagi ke? jatuh cinta lagi... ? sakitnya...tak keruan.... menunggu hari esok bagai menanti bulan mencukupkan sifatnya.... gelisah nya aku. balik la A..... runtun hati ku.... aduh... tak sanggup rasanya bile jadi begini... aku nyatakan pada ibu... kata ibu ubatnya senang saja.... suruh A masuk minang secepatnya... dan aku terkedu....

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya