Pages

Saturday, January 05, 2008

Ayat2 Cinta

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih..habis juga aku baca buku ni. Mcm ni la aku, tak mcm org lain.. sehari boleh habis membaca sebuah novel. Aku mmg lambat [atau istilah lebih tepat = lembap] dlm hal2 membaca. Ntah kenapa, pemalas yg bukan main. Itulah aku, dan aku jg besyukur..walau dalam malas2 mcm ni..aku masih lagi berdiri menyelesaikan degree ku. Insya Allah, tahun ni habis la. Moga Allah permudahkan urusan aku yang satu ni. Mungkin akan terus amik Master.. selagi terdaya, aku nak teruskan. Moga Allah perkenankan. Amiin.
Berbalik kepada karya dakwah Habiburrahman El-Shirazy, novel ni mmg indah susunan bahasanya. Ada la sket dipengaruhi Bahasa Indonesia, buku asal pun mmg dikarya menggunakan Bahasa Indonesia. Terus terang aku katakan, kehidupan watak dalam cerita ni memberi kesan yang benar2 mendalam dalam diri ni. Terutama sekali dalam menjaga hati dan tingkah laku,sekaligus iman dan setia terhadap cinta pada Illahi. Subhanallah. Pelbagai ranjau yang ditempuh Fahri (watak utama), namun dia tetap teguh menegakkan suruhan Allah dan Rasulnya. Boleh kah aku jadi sesuci itu? Ishk, aku menangis bila aku cuba compare kan diri aku yang serba kekurangan dgn manusia2 yang tak pernah melupakan Allah dalam setiap detik hidup mereka.
Mmg berkali2 aku menangis masa membaca novel ni. Bukan krn jln cerita yang mengharukan..atau kisah yang menyentuh hati tapi kerana aku kempunan nak melalui hari2 seperti mereka. Manusia yg selalu mendamba kasih Allah.
Harap2, biar ia terus terkesan di hati. Biar aku terus berusaha menjadi hambaNya yag selalu redha di kala suka atau tika dirempuh duka.
Azam yg sering aku ucapkan dulu, akan aku terus pertahankan.. yakni.. Allah sebagai matlamat hidup. Tiada lain selain drNya..

Allahu Akhbar!!!
Allahu Akhbar!!!
Allahu Akhbar!!!

9 comments:

am0i Ida said...

Mudah-mudahan aku akan setia di sisimu sebagai sahabat dan dapat menangis bermuhasabah bersama-sama dengan mu..

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa." (Az-Zukhruf:67)

shimahz said...

alhamdulillah
thanx ida
moga persahabatn ni berkekalan dunia akhirat..amiin

risanur said...

risa pun nak gak la baca novel tu..semua orang kata novel tu best??brp star leh bg dr 10 star...

am0i Ida said...

100 star!!!

shimahz said...

risa & amoi : yup..100 star.. risa, buku ni mmg kategori MESTI BACA.. :))

Jie said...

kakjie nk kena cari buku ni juga la..dah 3 blog buat review ttg Ayat2 Cinta

Purpleheart said...

Ingatkan Fahrin.. dah tak leh nak baca buku novel lagi la, kelas dah mula. Nanti kalo beli bukan nak blaja, asik baca novel je.. Tobat, nak blaja sungguh2 nie.

am0i Ida said...

Tapi novel nie tak rugi baca sebab dapat input utk rajin belajar lagi! Eh, saya pulak yg jawab bagi tuan rumah..er maaf!

shimahz said...

btol ckp amoi tu kak sue.. kalo yg tgh blaja..msti btambah rajin nak blaja :)

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya