Pages

Monday, September 11, 2006

Kenapa?

Hari Isnin, biasa je hari ni. Tak ada yang luar biasa. Cuaca cerah, tiada suram mendung sang langit. Aku? Kenapa dengan aku? aku macam dah tak wujud di alam fana ini. Sejak imal hantar msg ..."..takde masa nak pujuk awk" ehehh.. taknak pujuk? takde masa? macam la sebelum ni die pernah pujuk aku. Loya pula tekak membaca msg die. Kenapa dengan aku? ade satu rasa pelik dalam hati ni. Aku semacam mual dengan sikap imal. Benci? Yela.. ada sedikit rasa benci. Kenapa ae? Kenapa dengan aku? Selalunya aku yang akan beriya2 nak pujuk die (mmg pun, selalunya aku yang buat salah. so, relevan la nak mintak maaf kan?)

Kali ni? aku salah aek? salah kot. Haha, quite sarcastic bunyinya. Kenapa dengan aku? Apa yang aku nak? Kenapa aku jadi mcm ni? DIa salah hantar sms.. sms utk pompuan lain lak tu. Patut ke die carik org lain sedangkan dia tau aku senantiasa available utk die? tak patut. Kalau mengikut logik akal, sememangnya tindakan aku ni melampau. Aku sedar sumer tu tapi bila aku renung balik, hal ni bole dilihat dari banyak perspektif. Mungkin dia saja buat2 salah antar, mungkin die mmg nak antar sms kat pompuan nama 'Nor' tu atau die nak aku alert ngan die, jgn abaikan die.. Huh (*rolling eye*)

Kejadian salah-anta-sms ni mengingatkan aku kepada seseorang. Sblm aku rapat ngan imal, aku berkawan ngan seorang lelaki bernama Kamal. Di mata aku, dia ikhlas dengan hubungan kami. Satu hari, aku terima sms dr die dan yang jelas.. sms tu sbnrnya ditujukan kepada org lain. Pantas die cover blk, die kata sms tu tersalah hantar. Sms tu dihantar untuk seorang perempuan. Aku cam biasalah, tanya sapa pompuan tu. Awat selama ni aku tak tau pun kewujudan pompuan tu. Dia pun kata, pompuan tu adik angkat dia. Parent die pun kenal. So, aku ngan tak byk soal. Terima je la penjelasan dia tu. Dan dipendekkan cerita, sbnrnya Kamal tipu aku. Pompuan tu sbnrnya awek die. Ishk.. pedih hati ni bila teringat. Cerita yang pernah aku lalui dulu saling tak tumpah dengan apa yang aku lalui ngan imal skrg. Masa imal kata sms tu sbnrnya utk adik angkat die, aku rasa mcm nak meraung je. Serta merta muke Kamal melintas depan mata aku. Frankly, masa tgh bertekak ngan imal aritu.. aku banyak dipengaruhi pengalaman lalu. Aku hanya nampak muka Kamal masa baca sms imal. Sampai aku kata "Awak ngan Kamal, sama je". Serikla.. aku serik dengan apa yg aku pernah lalui dulu.

Dan hingga hari ini, aku terus berperang dalam diri sendiri

"P la minta maaf"

"Takmo"

"Nape?"

"Org kata takmo.. takmo la.. takmo"

"Kang die tinggalkan ko, bru ko tau"

"Biarla.. org carik lain"

"Ko sanggup?"

(Aku takmo jawab soklan ni)

Apa yang patut aku buat ye? Dan hingga saat ini, aku macam dah tawar hati ngan Imal.

1 comment:

me3n said...

mungkin ader hikmahnyer..mengajar shimahz erti kesabaran..:)

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya