Pengamatan Hidup .. Cinta .. Persahabatan?
Hidup ini kadang kala bila difikirkan adalah mengerikan. Walaupun mengerikan, ia terpaksa kita lalui sehingga tiba ke terminal terakhir kehidupan. Justeru, sepanjang kehidupan itu kita terpaksa belajar mengenal erti kehidupan dan di antaranya ialah erti persahabatan. Saya beranggapan tidak semua persahabatan itu meninggalkan kenangan yang indah. Siapa sangka, kadang kala orang yang kita anggap sahabat... orang itulah dalam masa yang sama bertindak sebagai musuh. Istilah " gunting dalam lipatan" "duri dalam daging" saya kira tepat untuk golongan yang seperti "talam dua muka " ini. Saya secara jujur, tidak tahu pentakrifan sebenar persahabatan. Tetapi apa yang saya fahami sudah cukup untuk meletakkan betapa persahabatan adalah merupakan suatu keperluan manusia menelusuri kehidupan.
Ada pelbagai istilah yang saya temui selama menghadapi hidup ini. Ada yang mengertikan hubungan yang terjalin sesama insan sebagai rakan, kawan, sahabat dan teman serta lain-lain. Dari apa yang saya tahu... rakan mungkin boleh dilabelkan kepada orang yang kita dan dia saling mengenali tetapi tiada hubungan yang rapat. Kawan pula lebih sedikit berbanding rakan... pada masa ini kita telah menjalin hubungan yang agak baik sehingga boleh menghulur bantuan dan dia juga sanggup membantu kita. Berbanding sahabat... saya kira hubungan sahabat jauh lebih baik. Begitulah halnya istimewa teman sehingga kadang kala teman itu lebih mirip kepada teman hidup di dalam merasai perkongsian kemanisan dan kepahitan menempuh kehidupan. Saya sendiri mengakui belum betul-betul mampu mengenali siapa sahabat sejati yang selama ini saya jalinkan hubungan persahabatan dengan mereka.
Kita diajar supaya mengenali. Di dalam al-Quran Allah SWT menyarankan hal tersebut menerusi ayat 12: Al-Hujurat. Apabila telah mengenali maka kita diajar supaya berlapang dada sehingga mewujudkan ukhwah dan kesetiaan. Kejujuran dan keikhlasan amat penting bagi menyemai ukhwah. Mungkin yang dikatakan sahabat itu mereka yang waktu kita ketawa mereka ketawa bersama dan apabila kita berduka kita tidak sendirian. Mereka tetap bersama kita. Sukar bukan untuk menemui mereka yang seperti ini. Usia persahabatan bukanlah penentu kepada jalinan hubungan ukhwah yang baik. Kadang kala kita tidak perlukan masa yang lama untuk saling memahami di antara kita dengan si dia. Ini boleh jadi di antara kita dengannya ada persamaan, ada saling menyeimbangi, ada hubungan hati dalam persahabatan. Kita sebagai manusia biasa tentu akan merasa sedih bila kita mengetahui ada orang yang kita anggap sahabat... tempat kita berkongsi cerita, menyimpan rahsia dan mengikat mesra mengkhianati kita. Jika hanya mengkhianati kita dengan membongkar cerita dan rahsia yang pernah kita kongsi dengannya mungkin boleh dimaafkan kerana kita sebenarnya yang telah tersalah memilih siapa yang betul-betul layak mendengar rahsia kita... ini diburukkan pula syakhsiah kita kepada orang lain yang sudah tentu persepsi orang lain itu akan berubah terhadap diri kita lantaran mendengar adu domba insan yang kita anggap sahabat itu.
Siapa tidak sedih?

Kadang-kadang kita terpaksa mengakui pada diri kita sendiri, mengadu pada Ilahi... Mengapakah kita diuji dengan sebegitu? Kita telah berusaha membina ikatan persahabat dengan sebaiknya. Ya... barangkali kita juga pernah melakukan kesilapan pada masa lalu... tetapi setelah kita berubah mengapa kini kita terpaksa diuji. Kalaulah ini ujian... kita wajar meredhainya. Muhasabah dan koreksi diri adalah jalan terbaik. Mungkin Allah menjadikan sahabat yang mengkhianati kita itu sebagai wasilah muhasabah buat diri kita. Sepatutnya tidak semua rahsia diri kita kita bongkarkan kepada sahabat-sahabat kita... meskipun kita amat mempercayainya kerana kita tidak boleh meyakinkan diri sendiri dia akan setia menjaga rahsia itu.
Berbalik kepada soal persahabatan, kita sepatutnya telah mempelajari dari masa lalu. Sebab itu... kita tak perlu merasa gundah. Kita akan tetap dikirimkan oleh Allah sahabat yang kita impikan itu. Jika sahabat yang kita percayai telah mengkhianati kita... jangan kita terus tinggalkan dia. Berwaspada dan perbetulkan dia. Kita akan tetap dihormati jika kita bersedia untuk menghormati. Apa kita nak risau... sahabat datang dan pergi. Kita akan tetap ada Ilahi. Jika kita menjalin hubungan denganNya tidak sesekali Dia meninggalkan kita. Tetapi perlu kita ingat Dia menguji kita agar kita sering mengingatinya. Apakah kita telah bersyukur dan mengingatiNya?
P.S Semuanya cinta, manusia boleh hidup ke tanpa cinta? Sudah tu kenapa memuhusuhi cinta? Ada apa dengan cinta? Kalian pernah jatuh cinta?
Kata-kata Pujangga: " Kita tidak rugi menyayangi insan lain kerana Allah pasti kita juga akan disayangi makhluk."

1 comment:
curik dr blog nagacute.. hehe :D
Apa mauku apa maumu
Selalu saja menjadi
Satu masalah yang tak kunjung henti
Bukan maksudku bukan maksudmu
Untuk selalu
Meributkan hal yang itu-itu saja
reff:
Mengapa kita saling membenci
Awalnya kita selalu memberi
Apakah mungkin hati yang murni
Sudah cukup berarti
Ataukah kita belum mencoba
Memberi waktu pada logika
Jangan seperti selama ini
Hidup bagaikan air dan api
~by Naif
klik sini utk download Air dan Api
Post a Comment