Pages

Tuesday, August 22, 2006

semalam 2

Petang Ahad, aku dan family akak bertolak balik ke KL. Sebelum tu, kami singgah di Rembau melawat adik Abg Is (abg iparku). Lawatan yang tak aku jangka, melihat Ani yang makin sihat selepas pembedahan di perut. Dia nampak ceria macam selalu, cuma badannya makin berisi. Ada orang kedua kot. Hehehe..
Agak lama kami di Rembau, menjamu masakan Ani sambil menonton Astro. Cuma menjelang maghrib, kami dikejutkan dengan jeritan Ani dari dapur. Amanina yang terpaku hanya ternganga di dalam dakapan Ani. "Ular" kata Ani ketakutan. Ada ular masuk dapur, berdiri bulu roma ku. Eee.. aku mmg trauma dgn ular. Bila sebut pasal ular, kenangan masa menetap di Mindeff segera terimbau di minda. Aku dibesarkan di situ, sungguhpun kawasan kem tentera itu jauh dari dunia luar namun banyak yang aku belajar ketika menetap di sana. Yang pasti kawasan bukit dan sedikit berhutan itu banyak kali menggemparkan aku dan keluarga dengan kehadiran ular hitam. Itu yang buat aku trauma, dan itu juga yang buat aku jadi kurang gemar untuk menetap di rumah teres. Jika ada rezeki nak beli rumah sendiri, aku nak rumah pangsa. Tinggi, potensi nak jumpa ular pun tipis. Melainkan ada orang bela ular kat rumah setinggi itu. Hehe.. ceteknya minda ku. (tepuk kepala.. ^pap!^)
Pukul 9.20, abg iparku ajak pulang. "Dah tak jem kot time ni" katanya. Akak dan anak2nya mula bangun, menghulur salam pada tuan rumah. Aku turut serta. Ceria aku lihat keluarga itu. Lapang dada melihat senyuman mereka.
Dalam kereta, Iwani sudah mula bawa khayalnya sendiri. Amanina sibuk dengan keletahnya, nakal. Tak mahu duduk diam. Berkali aku cium pipinya, dan setiap kali itu dia jeling padaku. Aku senyum. Amanina mmg garang. Makin dia garang, makin kuat aku mahu mengusiknya. Hehe.. geram!
Sejam berlalu, Nina mula diam di pangkuan akak. Mungkin dah penat. Wani dah jauh dalam mimpi. Tidur lena di riba ku. Aku sesekali terlelap. Gerak kereta menghalang aku untuk terus tidur.
Tiba di Serdang, kenderaan mula bergerak perlahan. Akhirnya kami tersangkut juga dalam kesesakan. Nina sesekali memandang aku di belakang. Gadis cilik itu senyum pada ku. Saja mahu mengumpan aku untuk melayan dia.
Sesak berterusan hingga ke tol Sg Besi. Hampir setengah jam kami di situ. Bila kereta akak makin hampir dengan plaza tol, kereta makin sesak. Masing2 saling tak berjauhan. Hanya beberapa meter jauh di antara satu sama lain. Bila ada ruang, abg Is bawa kenderaan bergerak ke depan. Perlahan dan teratur. Tiba di simpang menghampiri pintu tol, kereta wira dihentikan. Keadaan senyap seketika. Tiada suara bual akak dan abg Is. Tiada suara Amanina menutur kata pelatnya yang tak langsung kami faham.
Sesaat kami dikejutkan dengan bunyi yang agak ganjil, kereta bergegar tiba2. Aku pandang ke kanan, lori putih sudah kejap menyentuh bontot kereta akak. "Alamak" desah abg Is. Entah kenapa lori putih itu bergerak ke depan sedangkan ruang yang ada tak cukup untuk memuatkan sebuah lori di tepi kami. Abg Is turun dr kereta, menghampiri pemandu lori yang bermuka toya. "Lepas tol, awk berhenti tepi. Kita bincang" tegas abg Is dan dia masuk semula ke kereta.
Selesai bayar tol, kereta digerakkan terus ke tepi jalan. Abg Is terus merungut. Aku tahu dia bengang sangat, aku pun. Sebab aku rasa, tak ada sebab utk jadi macam tu kalau pemandu tu berhati2. Lagipun kenderaan kami berhenti, kalau bergerak mungkin jugalah dia tak sengaja nak terlanggar. Sekarang, keadaan nampak sgt pemandu tu sengaja nak geselkan kereta wira kesayangan akak.
Tiba masa, kelihatan lori putih tu keluar darti plaza tol. Laju, yang pasti dia tak berhenti di tepi. Abg Is yang panas, makin naik angin. Enjin kereta dihidupkan. Kereta wira terus memecut laju. Aku sangka Abg Is akan terus bawa kami balik, mungkin malas nak bertengkar. Lagipun abg iparku ni bukan jenis yang panas baran. Paling teruk pun, dia akan membebel. Selain dari tu, aku tak pernah tahu. Akak sendiri pernah ckp, suaminya bukan seorang yang pemarah.
Tapi hari itu, pertama kali aku lihat amarah Abg Is yang paling maksima. Dia terus memecut mengejar lori putih. KW 1807, tu la nombor plat lori tu. Masih jelas di minda. Kejar mengejar terus berlangsung. Tanganku kuat memeluk Wani yang masih lena. Akak mula menenangkan Abg Is. Pujuk akak tak langsung menyentuh hati Abg Is. DIa mula menghimpit lori yang cuba melarikan diri. Masing-masing memecut. Bila ada peluang, Abg Is putar stereng ke depan muka lori. Nasib lori sempat break, beberapa kali kami nyaris berlanggar. Panas hati Abg Is makin membara bila pemandu lori berbangsa Melayu itu terus mara membawa badan lori utk lari dari kami. Hon terus dibunyikan, kenderaan lain turut terganggu. Akak yang tadi berlembut makin keras minta Abg Is hentikan perbuatannya. Dalam hati, sudah terdetik kata maut. Sudah terlintas di minda, mungkin di sini akhirnya riwayat aku sebagai aku. Tak mustahil kereta kami terbalik jika kenderaan lain tak betah dikawal pemandunya lalu melanggar kami. Kereta yang dipandu laju dan sangat merbahaya. Abg Is tenggelam dalam rasa marahnya. Aku dan akak terus menjerit minta Abg Is mengucap, minta dia fikirkan nyawa2 kecil yang masih belum faham erti hidup.
Hampir 3 minit berlalu, akhirnya sebuah truck tunda menghimpit kiri kereta. Tak mahu Abg Is meneruskan adegan gilanya. Lori putih yang terus mahu lari kini tiada pilihan. Dia angkat tangan, tanda mahu berhenti. Abg Is masih menjerit, bunyi hon terus mendesing telinga kami.
Bila kereta berhenti, Abg Is terus meluru ke arah pemandu lori. Seorang penunggang motosikal dan pemandu truck tunda tadi turut berhenti. Amuk Abg Is makin menjadi. Dua insan prihatin tadi terus meleraikan pergaduhan yang makin memuncak. Akhirnya aku nampak pemandu lori memeluk bahu Abg Is, suara Abg Is yang tadinya ‘berapi’ kian mundur. Marahnya sudah reda.
“Saya marah sbb abg tipu saya” kata Abg Is sedikit menekan. Dan itulah punca kemarahan dia tadi. Aku dan akak saling berpandangan, badan kami masih menggigil. Tekak pun terasa kering yang amat. Yang pastinya kami berdua mmg teramat takut. Bukan mati yang kami risaukan, cuma kami membayangkan bagaimana jika kereta yang kami naiki dilanggar dan berpusing. Mungkin juga terbalik.. takpun menghentam pembahagi jalan. Macam2 yang kami bayangkan. Alhamdulillah semuanya berakhir juga. Setelah berbincang, Abg Is naik ke kereta. Tiada suara dari mulutnya. Dan kenderaan bergerak semula. Yang pastinya aku nampak Abg Is menahan sakit di tangan kirinya.
“Dia kepit tangan saya dengan pintu kereta, tangan kanan dia dah ready nak pukul abg. Nasib ada dua org tadi yang redakan keadaan” kata Abg Is bila akak mula bersuara.
Huh.. apa yang nak di bawa api dendam ketika memandu. Jika pemandu lori tadi bersabar, pasti semua ni tak terjadi. Panas, malam tu aku tidur awal. Badan terasa lesu.. ishk, kalau dikenang semula apa yang terjadi. Tak sanggup rasanya nak lalui lagi. Nauzzubillah hi min zaliik’

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya