Berseri2 wajahku tika masuk ke pejabat hari ni. Hati berbunga2 sejak semalam. Biarpun semalam punya cerita cemas, aku masih mampu tersenyum. Kenapa ya? Apa lagi jika bukan kerana 'dia'. Dia bukan lagi nama rahsia di sini (ni bukan rancangan Tiada Rahsia ye.. hehe) Selama ni aku rasa dia dah makin jauh dari ku, tiada manis lagi dalam hubungan yang terjalin. Kian hambar dan pudar. Cuma semalam, ada cerita yang tak terancang. Bukan aku yang merangka rencana, yang pastinya Allah telah menokhtahkan kejadian itu untuk menjadi salah satu takdir dalam hidup kami.
Jumaat yang lalu, seawal 5 pagi mata ku dah celik. Badanku segar, mudah aku bangkit tanpa rasa malas. Cerita bersama imal malam tadi seolah membuai aku. Sebentar aku kepingaan dalam detak hati yang kian rancak. Segera aku berlalu ke bilik mandi, aku cuba menolak angan yang semakin menguasai minda. Sesudah solat, aku bersiap ala kadar. Beg besar ku termuat dua pasang kain yang telah ku beli khas untuk menyambut lebaran tahun ni. Pukul tujuh aku bertolak. Buat sekian kalinya aku meninggalkan bilik kecil tempat ku berteduh selama merantau seorang diri di kota metropolitan ini.
Hati rasa berat, seolah ada yang tertinggal, rasa tak lengkap. Aku keraskan kata hati, enggan berpatah balik biarpun naluri terasa ralat. Dan bila langkah sudah kemas di opis, baru aku sedar aku tertinggal handphone. Jeng.. jeng.. jeng... dan kisah itu pun bermula...
Tiba je di Melaka, mak dah bebelkan aku. Menyesali cara hidup yang tak tentu. Bukan apa, aku terlalu boros. Simpanan yang ada sedikit saja menginjak. Aku tetap selesa dengan keadaan sekarang sedangkan mak mahu aku maju setapak lagi. Huh.. pening, tapi biarlah dia membebel. Itulah suara indah. Jarang aku dapat dengar sejak kami berjauhan lewat masa ini. Cakaplah mak, marah la aku. Sungguh telinga terasa perit, aku bisa tahan kerana kau la mak ku. Permata cinta ku yang tak pernah jauh dari menyokong aku biarpun sudah beberapa kali aku tersungkur.
Cuma aku pening, malam tu aku tidur awal. Lupa pada Imal. biasanya bila selamat sampai, aku akan maklumkan padanya. Tetapi malam itu sebaliknya.
Pagi Sabtu, sesudah solat Subuh aku menghadap mak di dapur. Memandang tangan kecilnya pantas mengatur tugas. Seni menjadi suri rumah tangganya amat aku kagumi. Dalam sesingkat masa semuanya siap. Teratur tanpa sebarang cela. Dan pagi itu sarapan kami diselang tawa dan cerita2 yang kami lalui tanpa masing2 di sisi. Mak senyum memandang aku. Aku tahu, sebenarnya dia puas memandang aku di depan mata. Puas menghabiskan masa bersama.
Sepanjang hari aku luangkan bersama mak. Masak tengahari bersama, bercerita.. menonton vcd korea sama2. Dalam tak sedar, hari Sabtu itu akhirnya menginjak senja. Petang tadi akak dan suami bersama dua permata hati kami sekeluarga sampai ke halaman rumah mak. Riuh lagi suasana rumah. Dan aku yang terleka, hilang lagi dalam riuh suara Amanina dan Iwani. Dan buat sekian kalinya.. aku terlupa untuk mengubungi dia.. "Esokla.." dan malam itu sekali lagi aku tidur tanpa mendengar suara Imal seperti selalunya.
Pagi Ahad, aku lewat bangun. Hampir pukul tujuh baru mataku celik. Aku berpisat bangun, meluru ke bilik air. Selesai mengambil wudhuk, aku tunaikan solat Subuh. Erm.. Subuh gajah ye.. perli mak yang sudah sedia di ruang tamu, tempat aku dan Wani melepaskan lelah semalam. Aku sengih je. Tiba2 mak offer aku untuk jahit baju. Bukan mak yang jahit, tapi aku. Seronoknya, mmg aku ni suka menjahit. Bukan tu je, selain menjahit aku juga suka memasak dan mengemas rumah. Cuma skill yang aku ada tak sehebat mana, semua kegemaran ku lepaskan pada rumah mak dan bilik kecilku. Aku hias secantik mungkin. Ada juga aku cipta masakan ntah apa2, tapi sedap juga. Hehe.. kurnian Allah... Alhamdulillah.
Dari pagi sampai petang, aku leka menjahit baju.Lupa lagi pada Imal. Oleh kerana terlalu leka, dan h/p pun takde.. aku jadi lupa pada dia. Aku ralit dengan tugas di depan mata. Dan dia, (yang aku tahu sesudah menghubunginya), amat risau dan tak boleh berhenti memikirkan aku.
Masa makan jagung rebus petang tu, tiba2 aku teringatkan Imal.. teringat cerita dia dan kebun kacangnya. Cerita ikan kaloi dan juga kucing2 nya. Aku termenung sebentar. Kuat naluri memanggil nama Imal. Dan tanpa lengah aku hubungi dia. Guna telefon rumah mak...
"Haaa.. pegi mana" aku dengar resah di hujung suara Imal.
"Tertinggal h/p la" aku menjawab lembut. Saje je buat suara minta simpati.. harap sgt dia tak marah.
"Aduh, imal risaula.. ingat apa dah jadi" sekali lagi dia mengeluh. Suaranya risau sangat. Hehe.. sonoknye..
Aku hanya mampu ketawa. Hatiku berbunga2.. "Salji di seluruh dunia gugur.. Meraikan cinta kita berdua" tiba2, kata2 dari novel Ahadiat Akashah yang pernah aku baca dulu bermain di minda ku.
'Terima kasih ye awak" kataku lagi.
"Terima kasih apa? org risau tau" dia gelak manja. Huhu..
"Jaga diri tau, dah sampai KL awk cal ye" pesan dia lagi bila aku mohon berhenti hingga di situ. Haha.. Thanx Allah, kerana Mu aku peroleh semua ini. Kerana Mu jua aku yakin kembali dengan hubungan jarak jauh ni.
Thanx juga pada Imal, kerana sbnrnya awk tak pernah lupa kat kita. Thanx.. thanx.. and than lagiii...
No comments:
Post a Comment