sekejap tadi, terhambur juga air mata setelah sekian lama aku tahan. entah kenapa dengan aku. ledakan pms semakin mengganas agaknye. dengan emosi yang tak menentu dan imal yang terus mahu mempertahankan ego lelakinya, buat aku kecundang pada perasaan. menangis, tangisan itu senjata wanita. lelaki memandang air mata wanita hanya sebagai alat. tapi bukan semua wanita menggunakan air mata dengan sewenang-wenangnya. imal memandang rendah pada cinta, aku yang jadi mangsa. dia mahu juga aku faham kehendaknya. dia tak mahu meletak biar setitik harapan pada hubungan kami. dia mahu segalanya ditentukan takdir. kalau tanpa usaha mana mungkin takdir menjadi pelaksana. jika ini sikap dia, aku juga mula hilang pengharapan. sedikit demi sedikit aku menyesali kata2 dia satu ketika dulu. bila aku sedar bahwa semua itu palsu, jiwa ku makin pilu. kenapa aku yang imal pilih? apa dosa aku?
dalam diam, hati aku mula memilih. kata putus telah ku ambil. betul atau tidak tindakan aku ni, aku sendiri tak pasti. yang aku sedar, semua ini aku ambil atas tindakan luar kewarasan. maafkan aku imal...
**teman, mungkin takkan ada lagi nama imal di sini
No comments:
Post a Comment