lampu ni, aku pesan rubi belikan. hari Jumaat aritu aku bawa balik umah. harga rm48 je. dah lama aku mengidam nak lampu ni. sbb dari sumber2 email yang member2 aku bagi, lampu ni bagus untuk kesihatan. boleh menyahkan ion -ve sekaligus memberi kesegaran pada badan. dlm 3 hari ni, aku blom nampak kesannya pada kesihatan aku. yang pasti aku tetap malas nak bangun pagi. hehehe...
cuma satu yang aku perasan, bila bangun pagi, aku tak bersin2 macam dulu. aku ni ade resdung n resdung aku ni kira kritikal gak. Alhamdulillah.. menurut rubi, nyonya yang jual lampu ni kata lampu ni mampu menyerap habuk dan bakteria. bole gak menghalau nyamuk. erm.. ye kot. malam tadi aku tak sembur ridsect n tido aku tak tganggu ngan gigitan nyamuk. ke aku tido mati? Allah Je Yang Maha Tahu.
yang pasti aku suka ade lampu ni dlm bilik aku. puas hati rasanya dapt beli.. anyway. thanx rubi sbb tolong belikan.


2 comments:
lampu garam nie nak maintenance dia camner..mentol samer ngan yg biasa2 tu ker..dia punya aura berapa lamer leh tahan..berminat gak nak beli satu..
ntah ler, saya baru pakai seminggu. Alhamdulillah, bile bangun tido badan rasa segar. try la, tapi masa nak beli tu hati2, sbb kebanyakan tempat harganya boleh mencapai RM100++
Post a Comment