Pages

Tuesday, July 04, 2006

iman sang semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi AllahSulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi AllahSulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batuyang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi AllahSulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semutapakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki ditangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandusini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemarmakan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebijigandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dandimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuhdalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalambekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplaksemut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamumakan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makansetengah".Jawab semut:
"Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebijigandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itudatangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bilakamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung padakamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengahsahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Sang Semut!!

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya