last week aku balik kampung lagi. "anak mak btol la ko ni" kata rizal masa nak balik tadi. aku senyum je. hehe, memang aku ni anak mak aku. kalo tak, sapa lagi. takkan anak buloh betong kan? mak, tu la permata hati aku dari dulu sampai skrg. jgn la amik mak dari aku.. bole mati aku jadinya. tu nyawa aku tu..
okla, ape aktiviti aku last weekend... sabtu 1st july, aku g muar. wedding sedara aku. ni kira sepupu sepapat aku la. aku tak kenal sgt, lagipon kami pernah jumpa adela tak sampai 10x.. pathetic kan.. tapi tu la hakikat. balik dr muar, kami singgah pantai klebang beli durian. nyum.. lepas la gian nak makan durian. pagi ahad mak buat pengat, sedap oi.. ngam. tapi takle makan byk... manis. mak sibuk masak kat dapur.. aku lak sibuk mengemas bilik. dah bersawang. yelah.. aku pon jarang nak jengah almari buku aku tu. dlm dok mengemas ni la aku terjumpa koleksi diari2 aku.. byk... dah naik berabuk sumer.. satu persatu aku selak. yang paling menarik perhatian aku ialah diary tahun 1999 dan 2002... time tu byk kenangan manis. 1999, pertama kali aku mengenal cinta. 'DIA' tua 6 tahun dari aku. time tu aku mmg la teramat manja. dia jaga aku macam tuan puteri. masa baca setiap helaian diari tu, tanpa sedar air mata aku mengalir. rindu lagi ke aku kat 'dia'? ntah... cerita aku ngan 1st love aku tu dah lama terkubur. dia mmg baik.. tu yg buat aku takleh lupakan dia. cuma hati aku mmg tak boleh menerima dia lagi. jauh beza antara kami.. kenapa berpisah? mungkin cukup kalo aku kata.. takde jodoh. dia baik... masa decide nak clash tu pon aku dan dia sama2 mngalir air mata.. kenapa? soalan yg tak kan ade jawapan sampai bila2...
diari tahun 2002, byk catitan ttg kerja. tak menarik sgt tapi aku syg sgt sume coretan dlm tu. byk kisah masa aku mula2 dpt keje dulu. diari yg mencoretkan kisah pensyarah muda yang terpaksa melayan mcm2 karenah anak2 murid yang tak jauh beza umur darinya. seronok, itu yang boleh aku gambarkan ttg perasaan aku masa menulis diari time tu. yelah, masa org lain tgh sibuk cari keje, aku dah bergelar pensyarah dengan tanpa bersusah payah. Alhamdulillah.. cuma aku tak tahan dgn dugaan. aku berhenti.. bukan kerana aku lemah.. tapi aku mahu keredhaan dari Nya. tak sanggup melihat anak2 petani teraniaya dan menjadi mangsa mereka2 yang mahukan keuntungan duniawi.
No comments:
Post a Comment