Pages

Monday, October 15, 2018

Perth : City Tour

Hari terakhir tour kami ialah aktiviti mengelilingi Bandar Perth menaiki bas awam. Untuk makluman, di sini ada disediakan bas percuma. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Transperth CAT bus.

Click follow link for more information :
Perth Free Bus



Tepi jalan penuh bunga-bunga segar berwarna-warni. Sebab cuaca sejuk, bunga-bunga ni senang hidup. Bunga liar tepi jalan pun cantik-cantik. 


Tak tau diorang panggil apa papan ni, macam information board la rasanya

Sambil tunggu bus kita posing2 dulu

Opss... ada orang buat2 tak nampak McD hehe

Di setiap stesen bus ade infromation board yang bukan sahaja memaparkan peta dan lokasi perhentian bas... juga menunjukkan kadar masa bas akan sampai ke stesen tempat kita menunggu. Masa yang ditunjukkan sangat tepat tau, memang bas sampai on time!

Sebenarnya aku risau bila fikirkan mak perlu berjalan-jalan dengan kami dengan menaiki bas. Semestinya kami perlu banyak berjalan di dalam cuaca sejuk. Mak sebenarnya bukanlah seorang yang cepat penat sebab dia seorang yang aktif. Tetapi aku tetap risau sebab dia dah tua kan. Tetapi bak kata orang putih... age is just a number :p

Mak ok sepanjang perjalanan. Malah dia jalan paling depan dalam kumpulan. Sebab sejenis yang jalan laju kan... hehe.. mak is happy and my mission accomplished!

My lovely teammate

Datin round Perth hehe


Bell Tower : Our big group... ramai surirumah hokey... surirumah ble dtg shopping kat Perth... apalagi kita yg bekerja makan gaji.... eh yeke? buatnya laki depa kaya raya aek...

Lepas bergambar, kami diberi 1 jam untuk walk around the area.




Elizaberth Quay


Mak request nak bergambar dengan statue burung ni... tak nampak menarik di mata aku tapi sgt menarik minat mak... kenapa tak minat? sebab burung ni tak comel kot.. :P

mmmcakkkk!

I love U Mak :X :X


Exploring new thing for kids and adult too...


Kemudian kami berjalan kaki ke London Court. Time to shopping!

On the way... masa ni masing-masing dah start lapar. Sebab banyak berjalan dan cuaca sejuk agaknya. Menyanyi2 cacing dalam perut

Singgah di Restoran Insan for lunch

Mee goreng mamak style - AUD9

Teh tarik for me - AUD4 
Mak minum milo tapi tak snap... sama je rupa gelasnya... hehe

Nasi berlauk - AUD9

Semua sedap2 di sini. Harga pun ok lah. Malay taste in Perth, boleh la buat lepas rindu masakan Malaysia

More info boleh klik di sini : Insan's Cafe

Boleh sambung shopping souvenir di Perth Glo. Harga tak berapa murah berbanding Freo. Cuma pilihan di sini lebih banyak dan kedai lebih luas dan selesa. 

Depan Perth GLO. Tengok tu...diorg siap letak pantung Melayu di pintu masuk

Nampak Chemist kat belakang tu? Situlah syurga perfume, vitamin, make-up murah2... dia lebih kurang Watson tapi bezanya harga barang2 nya lebih jimat dan banyak discount... buy 2 free 1 la... buy 4 get 10% discount la... cuma premis agak kecil dan sempit... org ramai dlm tu... paling tak best... kena beratur lama time nak bayar...



Selesai meronda London Court, kami rest kat sini sekejap sementara tunggu tour leader sampai. Berkenalan pula dengan Brenda dan George. Mereka ni xcited nampak kitorang sebab diorang skrg sedang hadiri kelas Bahasa Indo-Malay. Nak praktiskan apa yang mereka dah belajar. Bagus diorang ni, umur dah 78 tahun masih sudi menghadiri kelas untuk menambah ilmu. Brenda merupakan pesara nurse manakala George dulu bawa ambulan. Mesra sangat diorng ni. 

Shahir killing the time borak2 dengan George... George sambil2 campak fries dekat burung merpati. Tu yang banyak menunggu kat kaki dia tu



Mak bersantai sungguh. Masa ni angin agak kuat dan sejuk sangat. Masing-masing dah menggigil.



No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya