aku tertarik dgn posting ust hariri daud yang bertajuk "GEMBIRAKAN MEREKA, JGN KASARI MEREKA" yang ingin aku kongsikan di blog kerdil ku ini.
Firman Allah yang bermaksud : “ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125).
Mari kita lihat betapa hebatkan akhlaknya Nabi Muhammad S.A.W. :
Seorang pengemis yahudi yang duduk di pasar madinah berkata "Jangan kamu dekatinya, dia ahli sihir, dia pembohong, dia orang gila". Begitulah ungkapan herdik pengemis yahudi setiap pagi kepada Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka yang lalu di pasar madinah.
Namun, Rasulullah setiap pagi datang tanpa sepatah kata menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu walaupun pengemis itu mengherdik baginda. Rasulullah lakukan ini setiap pagi sehingga Rasulullah wafat. Lantas, Saidina Abu Bakar pula yang menggantikan tugas Nabi menyuapkan makanan ke mulut pengemis yahudi itu.
Hari pertama Abu Bakar ingin menyuapkan makanan ke mulut pengemis yahudi itu, beliau menolak dan mengherdik "Siapa kamu?". Jawab Abu Bakar "Aku orang seperti biasa". "Tidak. Kau bukan orang biasa yang datang kepadaku." bantah pengemis itu. "Bila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang. Tidak susah mulut ini mengunyah. Dia menyuapku, tetapi lebih dulu dihaluskan makanan, baru diberi."jawab Pengermis Yahudi itu.
Abu Bakar akhirnya mengalah dengan menyatakan bahawa beliau adalah sahabat kepada si penyuap itu dan orang yang setiap hari menyuapkan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W.
Terkejut si pengemis buta Yahudi itu kerana beliau tidak menyedari bahawa orang yang selalu dihina, dicerca, diherdik olehnya setiap pagi adalah orang yang sama menyuapkan makanan kepadanya setiap pagi. Lantas, si pengemis buta yahudi itu terus mengucap dua kalimah syahadah kerana terpesona dengan hikmah akhlak Nabi Muhammad S.A.W. (Selawat ke atas baginda).
Allahu Akbar. Bagaimana pula dengan cara kita berdakwah? tepuk dada, tanya iman.
Rasulullah berkata dalam sebuah hadith "Gembirkan Mad'uu (orang yang hendak didakwah), dan jangan membuatkan mereka lari daripada kita".

No comments:
Post a Comment