Salam
Alhamdulillah..masih lg bernafas sehingga hari ini :)
Aku masih lagi meneruskan hidup sbg insan biasa, penuh kekurangan serta kesilapan. Dunia yang penuh dugaan ini sering berencahkan kepincangan perhubungan sesama manusia yang senantiasa rasa diri sendiri betul dan hanya nampak silap dan salah org lain. Aku pun sama, kadang2 menjadi manusia yg hanya menjaga kepentingan sendiri bagai satu kepuasan yang tak terbatas. Dalam tak sedar kita lupa betapa pentingnya menjaga hubungan sesama manusia. Tidak kiralah dalam bersahabat dan berjiran.. dengan keluarga sendiri apatah lagi. Sabar sering menjadi kayu pengukur apabila kita hilang pertimbangan dalam melayani karenah org lain. Dalam dunia seorang manusia yang punya masalah lain yang mengiring, kadang2 sikap seorang manusia pun kita tak ter'handle'. Betapa lemahnya manusia ini. Ada yang kata para wanita sering hilang pertimbangan bila kurang sabar dgn sikap individu lain..tak kira lelaki atau perempuan tp ada ada yang meng'specially' kan kepada sesama perempuan juga. Mungkin kerana lain jantina mengakibatkan tarikan dan sekaligus wujud rasa 'cover' meng'cover' atau 'respect'. Pakar mengatakan sama jantina mewujudkan satu situasi 'menendang' atau rasa tercabar. Kita ambil contoh magnet yang saling bercantum bagi medan yang berbeza tetapi saling menolak sesama medan yang sama.
Tetapi dalam bersahabat jarang benar ada yang kawan lelaki dan perempuan yang rapat hanya dgn tujuan 'bersahabat'. Melainkan adanya perasaan lain di antara mereka. Aku bukan menolak persahabatan antara jantina yg berbeza ttp ia jarang2 berlaku. Seperti kata mak, kalau lelaki dan perempuan, tiada lagi niat sekadar bersahabat. Erm...
Berbalik kepada sabar dlm persahabatan. Sering wujud perkara tidak adil antara mereka. Antaranya, dalam berjanji. Kita ambil contoh dua individu yg lebih senang aku nama A dan B. Dalam minggu pertama, A berjanji nak melaksanakan satu tugasan dgn B. Dan kerana itu B batalkan semua program yang telah dirancang sebelum itu. Apabila tiba masa, A dgn rasa tidak bersalah mengatakan dia pulang ke kediaman keluarga. Terkapai2 B keseorangan, biarpun geram...B tak marah2 dekat A. Tiba minggu kedua, sekali lagi mereka berjanji utk bertemu melaksanakan tugasan yang tak siap2 tu. Bila tiba masa, A senyap lagi, mengambil iktibar peristiwa minggu sebelumnya, B mengorak langkah melaksanakan programnya. Dengan alasan menghormati urusan serta peribadi sahabat, B tidak menghubungi A, dia hanya sekadar memahami, mungkin A penat atau mahu berseorangan atau A pulang lagi ke rumah keluarga. Dua jam kemudian baru la A menghubungi B. Ditakdirkan Illahi, B tak dgr hp menjerit di dalam beg... hampir 2 jam baru B menyedarinya. Dan apabila menghubungi semula A, A menjerit2 marahkan B. B Masih bersabar, walaupun rasa sedikit serik dgn A. Situasi yg ringkas tetapi agak tidak adil. Jika B tidak sabar, pastinya persahabatan yg terjalin akan putus di tengah jln. Tuduhan2 yg diterima B, sepatutnya boleh memberi lampu isyarat hijau utk nya marah semula. Tetapi itu bukan yang dituntut Allah dan Rasul. Mengambil tauladan kisah Nabi Muhammad saw, ketika Rasulullah saw solat, pernah didatangi orang-orang musyrik dan diletakkan najis di bahu baginda. Dan Rasulullah saw masih sabar dan terus berdakwah. Sedang Nabi pun bersabar, apatah lagi kita manusia biasa. Sabar itu separuh dari iman, kita sering sebut ayat ini tetapi sedarkah kita bahawa sabar itu sukar. Sabar hanya senang disebut dengan lidah tetapi bukan mudah membenarkan dalam hati dan melaksanakan dengan perbuatan.
Sebagai manusia yang sering buat silap, aku harap posting ni dapat menyedarkan aku dan juga para sahabat. Memang susah nak melahirkan rasa sabar, sukar menahan perbuatan dan kata2 apabila hati sudah panas. Tetapi ingatlah menjaga hati seorang yang lain itu sebenarnya lebih susah dari menjaga lembu sekandang. Hanya kerana beberapa patah kata-kata, terasa hatinya dan hilang sudah manis dalam bersahabat. Astaghfirullah...
Dan para malaikat mengaminkan doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain : Ayat menunjukkan betapa mulianya erti persahabatan sehingga mendapat pengiktirafan Illahi dan para malaikat. Moga Allah merahmati persahabatan yang terjalin dan biarlah ia kekal hingga akhir hayat hendaknya. Amiinnn...
nota kaki : sukar mencari sahabat sepertimu

2 comments:
salam
Tetapi dalam bersahabat jarang benar ada yang kawan lelaki dan perempuan yang rapat hanya dgn tujuan 'bersahabat'. Melainkan adanya perasaan lain di antara mereka. <--aku setuju..sama ada si lelaki atau si Perempuan pasti akan terdetik walaupun sekuman perasaan..biasalah syaitan kan ada dimana-mana...
kerana itu adanya batasan dalam pergaulan yang digariskan dalam islam..indahnya islamkan..
sebenarnya tak abis baca lagi nie hehe..anyway i'm so impress with your writing ..day by day..
ya islam itu indah
lebih2 lg kalau iman di tahap superb..subhanallah
alhamdulillah..hrp2 can do better nxt time..amiin
Post a Comment