Pages

Tuesday, February 17, 2009

Buat Duit Kat Intenet???

Haha
Mcm advertisement plak tajuk kali ni. Ermm.. sejak akhir2 ni aku bagai hilang selera nak surfing tentang hal selain dari cara mencari pendapatan di internet. Apa sudah jadi? yeee.. ni penyakit baru yang harus aku redha tentang diri aku.. aku ni manusia yang mudah addicted terhadap sesuatu yang aku dah SUKE.. al-maklumlah.. aku seorang wanita.. wanita kan punya 9 nafsu dan 1 akal.. berbanding lelaki yang punya 9 akal dan 1 nafsu. Tetapi aku rasa 9 akal yang ada pada lelaki telah membuat lelaki menjadi lembab dlm membuat apa jua keputusan.. dan membuatkan lelaki kelihatan sungguh MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dan TAK BERHATI PERUT. Nasib la lelaki.. jgn marah sbb ni la hakikatnya.
Sejak aku mula menjinak2 kan diri dlm business internet ni.. ada gak aku share2 info setakat yang aku tahu kepada seseorang. Nampaknya info aku tu ada gunanya juga sbb terbuka gak hati org2 yang berkenaan utk menceburkan diri dlm bidang ni. Yela, ni lebih baik dari buat perkara yang dah buat bertahun2 tapi tak mendatangkan hasil. BETUL TAK??
Di sini aku nak sentuh salah satu cara nak buat duit kat internet iaitu melalu Google Adsense.
Apa perkara2 asas yang perlu ada bila nak menjana wang dari Google Adsense ni?
Ia adalah seperti berikut:
  1. Pengetahuan asas tentang internet
  2. Blog/laman web sendiri
  3. Akaun google adsense
Seperti soalan yang aku dapat melalui seorg insan yang aku sayang dan benci.. mungkin ada masalah nak letakkan iklan di blog krn kurang mahir dalam coding html. Atau masalah tak jumpa kat mana nak cari code html.. kat sini aku tunjukkan serba sedikit. Kalau tak faham.. sila sms kpd saya atau mana2 org yang tahu.. jgn main bedal je..

ni ialah page pertama yang kita akan nampak apabila kita log in ke akaun Google Adsense

Untuk dapatkan code html utk iklan yang akan kita letak dlm blog/website kita, klik pada tab Adsense Setup. Tab adalah senarai menu yang diletakkan secara memanjang di sebelah atas laman Google Adsense


di Adsense Setup.. disenaraikan 3 jenis iklan yang boleh dipilih untuk dipaparkan di blog. So, skrg pilih mana yang sesuai.
Untuk percubaan pertama ni, jom kita try
Adsense for Content. Kat sini pun kita kene pilih cara iklan yang kita nak. Di sebelah kanan tu ditunjukkan bagaimana rupa iklan yang akan dipaparkan. Sila pilih lagi. Pilih... jangan tak pilih... Pastu klik butang continue..

Di page ni, kena pilih warna yang hendak digunakan untuk iklan. Boleh la pilih warna yang bersesuaian. Selalunya warna yang sesuai ialah warna yang sedondon dgn warna blog kita. Jgn pilih warna terlalu sama.. kang org tak nampak plak mana iklan.. bila dah ok.. klik continue lagi
Kat sini, dikehendaki untuk memilih kata kunci atau keyword yang berkaitan dgn konsep atau latar kisah yang akan dimuatkan dlm blog ni. Kat atas tu aku masukkan beberapa contoh. Apa gunanya kata kunci ni?
Ia bertujuan sekiranya pengguna mencari maklumat, sekiranya kata kunci yang dimasukkan melalui search engine sama dgn kata kunci blog kita.. maka blog kita akan tersenarai dlm listing carian mereka. Faham ke? kalau tak faham.. sila call... apa pulak search engine tu? ia sama macam belalang tanduk yang suke menyondol dlm tahi ayam.. eh.. lain ae? haha..
search engine tu ialah kotak yang berada di kepala laman seperti yahoo, google dan sbgnya.. yang digunakan untuk mencari maklumat. Skrg.. ia amat berguna kpd pengguna internet sbb kuasa carian yang amat pantas dan meluas sehingga satu dunia punya info pun ble dpt. FuyooHHH!!!!
Klik continue lagi
K.. kat sini just untuk menamakan kotak iklan kita tu. Bg la nama intan ke.. payung ke.. comot ke.. wateva.. tp lain kali nak buh nama pun ble.. takde hal pnye.

Dan saat yang dinanti2 kan telah tiba.. sila klik butang
submit and get code
Dan page kat atas tu akan dipaparkan. Sila highlight kat coding tu dan copy. Kalau takut ilang.. paste kat mane2 dulu k..

CAMNER NAK BUBUH CODING KAT BLOG??

  1. Sekarang login ke akaun blogger anda
  2. Klik Layout
  3. Akan terpapar page berkenaan
  4. Klik pada Add a Gadget
  5. Pilih HTML
  6. Paste kan coding dari Google Adsense tadi
  7. Klik Save
  8. Klik Save sekali lagi pada laman Layout tadi. (Butang save di sebelah kanan atas page tersebut)
  9. Skrg klik publish blog
  10. Dan sepatutnya dah boleh nampak iklan di blog korang
Amacam?? Ok ke?? Kalau tak ok.. sila sms atau call. Nyampah... akhir kata JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

1 comment:

Kakmim said...

x penah pn nk add adsense nih... takut tertipu

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya