Pages

Friday, January 23, 2009

SEBELUM KITA RASA YANG DIRI KITA NI TAK GUNA...


Rasa diri tak berguna.. useless.. menyusahkan.. adalah salah satu konflik yang kerap terjadi dalam diri seseorang individu. Tak kira lelaki atau perempuan. Rasanya semua org pernah mengalami hal ni, kadang2 atau mungkin juga ada yang kerap. Bg org perempuan, bila masa 'waktu bendera merah' tiba.. agak sukar utk mengawal emosi dan perasaan. Oleh krn sindrom konflik emosi ni terlalu sinonim dgn org perempuan, maka bila seorang perempuan marah2 atau hanya mendiamkan diri, dgn cepat org akan kata "Period la tu!". Malah org lelaki yang selalu moody2 juga tak lari dr anggapan ini. Cehh.. especially buat boss2 yang selalu marah2. Ahakss..
Aku, sebagai perempuan pun tak lepas dari konflik emosi ni. Konflik yang berlaku sering saja buat aku tak keruan, tu yang menyebabkan aku jadi malas utk buat apa saja. Salah satu aktiviti yang sering terganggu akibat konflik emosi ni ialah aku jadi malas nak update blog. Kesian blog comel ku ni. Dan yang paling2 tak best bila konflik ni melibatkan hubungan dengan orang2 tersayang. Antaranya mak, adik beradik, kawan2 dan juga imal.
Pernah aku menjadi manusia cemburu buta, hal ni jadi bukan sbb aku nampak org2 tersayang ni bersama atau bermesra dgn org lain tetapi ia dtg sendiri dalam diam. Kalau aku duduk sorang2, ada saja pelbagai persoalan yang melintas di fikiran. Kadang2 aku rasa yang mak aku dah tak sayang aku, adik beradik aku benci kat aku, kawan2 dah takmo kawan ngan aku dan yang paling sakit bila aku spt dpt rasakan yang imal dah ada org lain. Pelik.. aku pelik sangat dgn konflik yang terjadi. Ia bermula hanya dengan bisikan hati, dipanjangkan dengan cerita2 rekaan yang digambarkan oleh otak aku yang kreatif ni.. dan akhirnya aku boleh jadi marah dan sakit hati. Ia hanya mengambil masa dalam beberapa minit. Tanpa kata2, hanya minda berperang dgn cerita2 yang terpapar bagai layar di panggung wayang.
Pernah sekali tu, aku terus call imal dan tuduh die bukan2. Masa mula2 tu dia cool je. Masa jwb call tu suara dia baik gila. Sbb bila berjauhan, bagi dia.. setiap call pertama dalam setiap hari baru penting sbb ia bagaikan pengubat rindu. Tetapi aku mulakan dgn tuduhan2 yang tak berasas. Dengan alasan aku spt dpt rasakan yang dia ada org lain. Tak pasal2 aku kena marah. Huh.. bila jadi macam ni, tu yang aku rasa mcm diri ni tak berguna sangat.Dan imal selalu ingatkan, jangan pikir bukan2.. yela.. susah bila jauh sebab selalu saja pikiran ni diganggu anasir2 halus yang merimaskan.

Apa yang patut kitabuat bila jadi macam ni?

Dari mak dan beberapa org berpengalaman, juga para ilmuan, cendiakawan serta alim ulama.. menasihatkan agar mereka2 yang sering diganggu masalah emosi dan konflik dlm diri ni agar mendekatkan diri dgn Allah. Banyak membaca terutama sekali Al-Qur'an. Sebagai seorang Islam, Al-Qur'an merupakan makanan jiwa yang paling enak dan yang paling lengkap bagi menyembuhkan jiwa. Minda yang tenang dtg dari jiwa yang bahagia. Dan bahagia itu merupakan kurniaan Illahi buat insan2 yang tak pernah melupakanNya. Beramal itu tidak susah asalkan kita istiqomah dan yakin.
Mak selalu ingatkan aku agar mengamalkan membaca surah Yasin selepas subuh dan surah al-Waqiah sebelum tidur. Mula2 mmg berat sbb aku ni ada penyakit malas sekt. Tetapi setelah diamalkan, Alhamdulillah aku dpt rasa perbezaannya. Moga aku terus istiqomah mengamalkannya.

p/s : ilmu sedikit dikongsi bersama...

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya