Pages

Monday, September 01, 2008

Terawih Pertama

Alhamdulillah.. kita semua dah memasukki bulan baru, bulan yang penuh keberkatan dan hikmah yakni bulan Ramadhan. Terhapus sudah kerinduan yang sekian lama terpendam. Budaya menunggu pengumuman masuknya bulan Ramadhan tak pernah aku tinggalkan, tu perkara biasa yang kalau ditinggalkan rasanya macam tak sempurna. Atuk bersongkok senget, duduk di atas kusi empuk.. penuh tenang mengumumkan tarikh bermulanya puasa. Tenang je muka atuk tu, cuma yang nampak ketara ialah wajahnya yang makin dimamah usia. Moga Allah memberkati usianya.
Cuma semalam aku dilanda konflik dalam diri yang maha hebat. Sebenarnya bukan apa sangat, cuma konflik samada nak gi terawih ke tak. Bila difikirkan semula, ntah apa2 la aku ni. Semalam, sambil aku siapkan menformat PC aku ni, dalam kepala ni asyik berfikir yang bukan2. Kot2 aku sorang je yang gi terawih, kot terawih kat surau apartment ni tak menjadi.. macam2 la. Sampai naik pening. Tetapi akhirnya aku gagahkan juga untuk pergi, mungkin sbb syaitan dah dirantai.. tu yang tak byk hasutan jahat di minda ni. PADAN MUKA KO SETAN!! Aku cuma bertudung biasa, bw telekung dlm paper bag, kot kalau takde terawih kat bawah ni pun.. ble je naik balik. Kalau dah siap2 pakai telekung, kalau tak ada terawih.. sure la malu..

Alhamdulillah.. lepas azan isyak di masjid berhampiran, aku tgk berpusu2 manusia turun dari rumah masing2. Ada yang berkopiah, ada bersongkok.. gadis2 manis hanya berbaju tidur dan bertelekung.. sempoi.. macam suasana di Mekkah plak.. dalam hati ni rasa lega sangat sebab apa yang aku dok terpikir tadi nyata meleset. Yeeehuuu.. aku pun masuk dalam surau (sbnrnya dewan, tetapi digunakan sementara untuk solat terawih sepanjang Ramadhan).

Lepas solat Isyak, ada tazkirah. Tak ingat plak aku nama ustaz yang dijemput khas oleh AJK surau kami. Ustaz tu menekankan tentang pentingnya Qualiti dari kuantiti.

TAZKIRAH RAMADHAN
Menurut ustaz tersebut, terawih antara ibadah khas yang hanya boleh dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Maka kita semua digalakkan utk melapangkan waktu untuk melaksanakannya. Kita sume pun tau kan, terawih boleh dilaksanakan 8 rakaat, 20 rakaat atau lebih. Kalau lagi banyak , lagi baik. Tetapi kita kena pastikan, yang banyak itu mestilah terjaga kualitinya. Jangan krn nak kejar pahala yang banyak, kita langsung mendapat dosa kerana kelalaian dalam bacaan dan sebagainya.

Menurut ustaz lagi, hinggakan jemaah boleh mengenal pasti beza solat terawih dgn solat fardhu melalui cara bacaan imam. Katanya, bila solat fardhu.. imam baca al-Fatihah dan surah, berlagu panjang mendayu2.. tetapi bila solat terawih. bacaannya laju macam lrt. Yela, nak kejar 20 rakaat la katakan. Nak mendayu2, silap2 kul doblas baru siap solat. Hehehe.. tergelak aku. Namun dalam hati ni sedikit mengiyakan kata2 ustaz tu.

Teringat aku pada pengalaman sendiri, berjemaah solat terawih di sebuah surau yang tak perlu la aku maklumkan lokasinya. Imam bukan sahaja membaca surah dengan laju.. pergerakan dalam solat pun bukan main pantas lagi. Sampai ada sorang makcik tu surrender, takmo dah gi terawih sbb tak larat nak kejar imam. Padahal rumah dia betul2 tepi surau. Mak aku kata, ni macam maxi rider (alat senaman yang dijual kat SmartShop). Rukuk dan sujud pun mcm tak sempurna. Tokmaninah ke mana, bacaan ke mana. 9.30 dah siap solat. Hehe.. macam2 ae

p/s : skrg dah nak tengahari, kepala ni masih dok terpikir nak masak apa utk berbuka ptg ni

3 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

sonok kan pi terawih ramai2 masa bujang2 ni...tingat dulu2 nyer memori, skrg ni dah x dak lagi dah, 2 mlm terawih kali ni suami akak yg jadi imam, terawih kat rumah jerrr...

13may said...

selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ni yang lebih baik dari tahun2 yang sudah meninggalkan kita.

CuTeMiUt78 said...

emm...seronok kan g terawih ni.. masa zaman bujang2 dulu g gak terawih.. skarang ni bila dah kawin..dah payah skit..lebih2 lagi sejak ada mirul ni..

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya