Pages

Sunday, August 10, 2008

Tidak Takut Tuhan

Pagi semalam aku hanya melepak kat umah sambil layan kepala (alamak.. mcm 13may plak ye.. huhu) Pagi.. tengahari and awal ptg aku syik hentam makan sandwich tuna dgn tomato. Malas nak masak benda2 yang heavy. Sambil2 tu tgk tv and mengemas rumah, Pc pun aku tak on, bkn pe.. saje nak kurangkan radiasi.. hehe.
Dalam dok mengemas aku ternampak la receipt cuci gamba aritu, rupanya aku dpt cuci sekeping gambar 8R free dan due date 10/08/08! alamak.. lagi sehari. Apalagi, lps solat Asar aku terus bersiap2 and keluar rumah. Alhamdulillah rumah ni dekat dgn lrt, jln kaki je. Maka mudahlah perjalanan aku. Naik di stesen.. aku terus duduk di kerusi yang ada. Org pun dah tak ramai. Yela, ptg2 biasanya org dah nak balik umah.. cuma aku yang baru nak keluar rumah.
Dalam dok menunggu train, ada sorg adik ni dtg sambil jln melenggang menuju ke arah aku. Hampir semua tubuh badannya terdedah. Dia duduk di sebelah aku, yang pasti.. sekali pandang terus aku tundukkan kepala. Dari raut wajah, confirm adik tu melayu. Cara berpakaian mmg ranggi n ikut trend. Cuma aku kesal sbb dia melayu, dah melayu mestilah Islam kan? ermm... Nak je rasanya tegur, tapi keadaan sekarang buat aku berpikir byk kali. Train pun dtg dan dia terus bangun.. dia naik ke gerabak lain dan aku gerabak lain. Huh, aku rasa sikit terkilan.. kenapa jadi macam tu anak2 skrg? (mcm la aku ni anak zaman dulu2). Cara dan pilihan kebanyakan remaja seolah takde sikit pun ajaran agama yang terpahat di hati mereka. Macam mana di akhirat nanti ya? Siapa yang harus disalahkan? Tak takut pada Tuhan ke mereka ni? Innalillah wa innalillah hi rajiuun..
Sedih, aku pun ada saham sama tu. Sebab aku tak berani menegur. Kesian kat diri aku yang kacau bilau krn melihat perkara sedemikian rupa.
Yang hampir tak berpakaian tu lain cerita, paling terkilan bila tgk rambut ditutup rapi tapi yang lain habis tertonjol. Berlengan pendek.. tak kurang berpakaian sendat.. apa yang seronok bila memperlihatkan bentuk diri pada mereka yang tidak berhak. Aku pernah terbaca.. wanita apabila keluar rumah lebih terdedah kepada fitnah dan dosa berbanding lelaki. Secara logiknya betullah ini terjadi, ini krn wanita itu sendiri tak pandai menjaga diri.
Bertudung, biar sempurna.. ingatlah Allah sentiada memerhatikan kita. Labuhkan hingga menutup dada. Kerana kita tak tau apa yang terdetik dalam hati mereka2 yang melihat. Kasihan lah pada diri sendiri kerana hidup didunia sgt2 la sementara. Hanya akhirat yang kekal. Jgn krn kesilapan di dunia sementara ni kita rugi bertahun2 di akhirat kelak.
Aku hanya mampu berdoa.. moga Allah merahmati dan memberkati kita semua.. Amiin

Tidak Takut Tuhan Punca Segala Masaalah
ikhsan : http://wahabamri.blogspot.com/

Orang menilai "masaalah" berbeza beza.Kadang kadang masaalah di katakan bukan masaalah dan bukan masaalah di katakan masaalah.Masaalah yang paling besar sebenarnya ialah masaalah tidak takut Tuhan.Tetapi malangnya zaman ini tidak ada orang menyebut masaalah tidak takutkan Tuhan ini satu masaalah.Bila orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan, yang bukan masaalah menjadi masaalah.Contohnya menjadi pandai bukan masaalah.Tidak ada siapa akan berkata pandai ini satu masaalah.Tetapi hari ini pandai itu sudah jadi masaalah.Ia menjadi masaalah kerana orang pandai itu tidak takut tuhan.Bila pandai tetapi tidak takut Tuhan, datang lah sifat sombong hingga menjadi masaalah.Datang rasa ego hingga menjadi masaalah.Menipu dan memutar belit hingga menjadi masaalah.Menjadi pemimpin bukan masaalah.Semua orang suka adanya pemimpin.Samada rakyat suka pemimpin, yang punya diri pun suka jadi pemimpin.Jadi pemimpin bukan masaalah.Tetapi pemimpin yang tidak takut Tuhan, itu masaalah.Bila dia ada kuasa mula lah sombong, ada kepenting diri,rasuah,menjadi zalim, menindas,untuk mempertahankan kedudukan nya dia mencantas musuhnya dengan umpatan,fitnah dan ada yang sanggup membunuh..

Takut Tuhan
Manusia menilaikan masaalah yang remeh temeh dikatakan masaalah besar.Contohnya kemiskinan.Bagi Tuhan miskin itu bukan masaalah. Tuhan tidak kata miskin tiu berdosa dan masok neraka.Manusia bertungkus lumus hendak mencapai kemiskinan sifar. Mana ada kemiskinan sifar dalam Islam.Allah jadikan semua berpasang pasang. Jadi kalau ada kaya tentu ada miskin.Jadi tidak boleh ada miskin sifar. itu karut.Dan begitu juga tidak boleh ada semua orang kaya dalam masyarakat 100%.Orang miskin yang redha dengan Allah dan masyarakat yang menjalankan tanggung jawab terhadap orang miskin tidak jadi masaalah.Kerosakan sosial akibat orang miskin hanya kecil sahaja. Tetapi kerosakan yang di buat orang cerdik pandai (termasok ulama) dan pemimpin mengakibatkan negara menjadi huru hara, dan lingkup.itu masaalah.

Jadi macam macam masaalah yang sedang berlaku sekarang saperti krisis politik, krisis antara pemimpin pemimpin,krisis ekonomi,krisis pendidikan, krisis sosial dan berbagai bagai krisis yang melanda negara kita ada lah kerana masaalah yang paling besar yang tidak di pandang langsung untuk di tangani ia itu masaalah tidak takut Tuhan.

Siapa kah sepatutnya yang bertanggung jawab menangani masaalah tidak takut Tuhan ini yang sudah jadi tsunami besar yang melanda manusia sejagat?



Tidak takut Tuhan sudah ibarat Tsunami

2 comments:

Kakmim said...

kalo pempuan seksi, pempuan pn leh tgk 2-3x, apatah lg lelaki... hehehehe

shimahz said...

btol2.. akhirat nnt dpt la balasannya..

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya