Pages

Monday, August 04, 2008

Nasib kita...

Sepanjang hidup aku ni, aku dpt rasakan yang aku ni sering berada di kategori ‘bernasib baik’. Alhamdulillah, sbnrnya perkataan nasib baik tu paling tak sesuai digunakan terutama bagi kita yang beragama Islam krn baik atau buruknya nasib seseorg manusia itu hanya Allah Yang Maha Tahu. Alhamdulillah, dari pemerhatian aku sepanjang aku hidup di muka bumi ni, aku sering mendapat petunjuk yang akhirnya meletakkan aku di situasi yang paling beruntung. Segala pujian bagi Allah sekali lagi, Dia la Yang Maha Bijaksana menentukan yang terbaik buat aku. Bertuahnya rasa diri ni.

Tadi aku berbual2 dengan rakan sekerja, saja berbual kosong sambil mengenang kisah zaman kanak2. Dari mula sekolah sampailah ke peringkat kolej. Aku cuma senyum sambil mengiyakan kata2 mereka. Semua berlumba menceritakan rasa betapa beruntungnya berada di situasi masing2 yang akhirnya meletakkan kami di kedudukan sekarang. Tika itu aku rasakan betapa bertuahnya kami, Allah itu Maha Pemurah. Alhamdulillah…

Kadang2 apabila terjadi sesuatu perkara, kita akan rasa betapa teruk dan malangnya diri sendiri krn terpaksa menghadapinya. Masa tu la kita hanya nampak orang2 yang lebih beruntung krn tidak perlu bersusah payah seperti kita. Contohnya, ketika aku perlu memilih tpt utk menyambung pengajian selepas keputusan SPM diumumkan. Allah benar2 menguji keimanan aku ketika itu krn seminggu slps result SPM keluar, abah pergi menghadap Illahi. Ketika itu mak dgn abah ada di Tanah Suci. Yang ada bersama aku cuma kakak dan abang2. Aku tinggal bersama kakak di Cheras. Sememangnya kami adik beradik byk bergantung pada mak dan abah kalau nak buat keputusan apa2. Tambah2 aku yang bongsu, manjanya lebih sket dr yang lain. Aku betul2 terpukul dgn keadaan, kesedihan kakak dan abang2, rindu dgn mak dan abah.. hati yang maha berat utk menerima yang abah dah takde.. masa depan yang tak tau nak diunjurkan ke mana. Bila ditanya kpd kakak dan abang2, mereka serah bulat2 padaku untuk memilih. Ya Allah, masa tu betapa aku sedar aku ini buta tentang kehidupan. Itu la jadinya bila terlalu bergantung kpd ibubapa.

Masa tu aku mula menjadi professor kehidupan, mula mengatur hidup mengikut formula yang aku cipta sendiri berdasarkan logik. Memang ntah apa2. Satu yang aku peroleh, kemahiran mengecilkan pecahan agar pilihan yang ada menjadi jumlah paling kecil dan lebih mudah utk aku buat keputusan. Masa tu mmg aku guna teknik matematik sepenuhnya. Semuanya aku cantas mcm buat kira2 ‘persamaan’.

Tawaran pertama yang aku terima dari Uitm Shah Alam, kursus kejuruteraan awam.. mengong.. itu yang pertama aku cantas. Kedua kursus farmasi dari hukm.. itu antara yang aku pertimbangkan dan terakhir Akademi Infotech MARA (AIM – skrg uniKL), kursus IT. Aku tanya adik beradik, macam mana nak mohon loan? Sorang pun tak berapa pasti sbb mereka tu sume pelajar tajaan. Lagipun kalau apa2 hal pun abah yang akan uruskan. Masa tu rasa rindu kat abah mmg tak tau nak kata la. Last2 aku bulatkan hati, pilih AIM sbb tawaran dtg dgn biasiswa. Masa nak submit surat penerimaan tawaran tu, air mata turun sampai basah tudung aku. Hati berat tapi aku rela kan juga. Yelah, masa tu mana penah dgr psl IT. Pegang PC pun xpenah.

Semenjak detik itu aku mula belajar membuat keputusan sendiri. Sebagai anak yang tak pernah independent, pemergian abah memberi kejutan besar buat kehidupan aku. Tu la first time dok hostel, first time kene belajar ramai2.. first time jauh dari mak. Huh.. masa tu aku la manusia paling sensitive gaknya di alam maya ni. Pantang tercuit dek kawan2, aku majuk. Nangis sorang2 atas katil. Aku mudah tension, result teruk masa awal2 semester. Dikejutkan dgn course yang fully conducted in English. Text book sume English berabuk.. sume standard UK. Aduhai, setiap kali buka buku utk belaja.. lima nam kali air mata aku tumpah. Teruk kan aku ni, manja tahap cecipan. Syik nangis je, kalau baby msti org kata aku ni kene sawan tangis. Haha. Tapi pastu aku makin ok, slowly adapt what’s around me.

Pengalaman, bila dikenang rasa mcm tak sanggup nak ulang tapi pahit manisnya buat aku rasa bangga dgn diri sendiri. Bangga dgn iman yang menjadi bekal, bangga menjadi seorang Islam sbb bagi aku tanpa agama dan iman.. tanpa ingatan kpd Allah pasti dah lama aku kecundang.

Dan aku bersyukur kpd Allah krn menggerakkan hati aku utk memilih AIM krn di situ aku mula mahir dgn bahasa asing dan krn petunjuk Allah tu juga aku bebas dari hutang belajar sbb semuanya ditanggung oleh MARA.

Thank you Allah, aku tiada daya tanpa rahmatMu Ya Allah.. semoga berkat dan rahmatMu senantiasa bersama aku dan semua mereka2 yang beriman. Ameen

4 comments:

Kakmim said...

gitu rupanya perjalanan hidup shimah ek.. bersyukur la sbb shimah masih ada famili :)

iEn said...

sob22.. tabahkan hati errk...

Jie said...

pengalaman hdp mematangkan kita

syukur dgn apa yg kita ada

shimahz said...

Alhamdulillah... bila skrg ni kita bersyukur dgn apa yang kita pilih dulu.. sesungguhnya setiap rencana Allah itu punya sebab yang tersendiri. Alhamdulillah

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya