Pages

Tuesday, June 17, 2008

Serba Salah

Balik kampung Sabtu lepas, tak banyak masa yang dapat dihabiskan dengan bersantai seperti selalu. Sebab aktiviti agak padat dan masa di kampung tak panjang macam selalu. Rasa tak berapa puas balik kampung kali ni. Kampung ku mcm biasa lah, tak banyak yang berbeza.. cuma buah mangga makin melebat buahnya. Sayangnya aku bukan penggemar mangga, so aku pandang je la mangga2 yang semakin banyak tu. Sampai ranting pokok pun terpaksa baring atas pasir sebab dah berat sangat.
Yang paling ketara berubah ialah tv mak. Bukan fizikal tv yang berubah tapi siaran yang hanya tinggal satu je yang boleh tengok. Arial tv- patah rupanya. Hanya boleh tgk tv3. Saluran lain langsung berpasir. Tv3 yang dpt tgk tu pun siaran tak berapa jelas. Pendek kata, baik jgn tgk sebab bila tgk sakit mata and sakit hati.
Sebenarnya tergerak dalam hati ni nak pasangkan astro untuk mak. Tujuannya supaya siaran yang dapat tu cantikla dari guna arial biasa. Sebab selalunya bila guna arial biasa siaran kadang2 berpasir gak. Kalau along ada kat kampung, dia la jadi mangsa panjat atas bumbung semata2 nak betulkan arial. Leceh aek.. baik pasang astro.. clear sket gambar dia.

Tetapi aku serba salah antara kemudahan mak (termasuk aku gak) dan juga ketak-berkenan-an aku dgn astro dan kuncu2nya. Tetapi skrg aku hanya nampak astro tu je solution terbaik. Mak pun ada gak kata, tgk tv ni tak selalu tapi sesekali nak gak tgk. Tapi camni plak tv ni.. erm.. tv gak yang disalahkan, padahal arial yang tak betol.
Camne la ni, aku selalu terperangkap even nak buat keputusan sekecil ni.

3 comments:

Purpleheart said...

Kak su pulak penggemar mangga, baca kisah pasal mangga pun kecur air liur, huhuhuhuhu...

Anonymous said...

salam singgah..

bagi kite la... emm mengenangkan arial tu da nazak... mmg patot la awak pasangkan astro aje utk mak awak... kot takmo ganti aje arial yang baru... settle... demi mak dan seangkatan ngan nye...

shimahz said...

kak sue : meh la dtg mlk.. ble mkn mangga sampai kenyang :)
manje : a'ah kan.. rs nya tu yg terbaik kot

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya