Pages

Thursday, February 28, 2008

It's life

Pukul 2 pagi

Dah dua ari berturut2 aku berjaga sehingga lewat waktu ini.. ni sume gara2 menyiapkan esaimen yang masih lagi menuntut perhatian aku. Buruan sekeping kertas tak semudah menulis novel. Bukan sekadar susah malah menuntut terlalu banyak perngorbanan. Tambahan tugasan di opis yang tak pernah berkurang. Kalo nak ceta psl rehat, rasanya aku antara orang yang tak pernah rasa puas. Tapi tu la hakikat. Manusia akan jadi lebih puas bila kaki dan tangan bergerak dan minda hampir 80% sehari berfikir. Memang nak tidur senyenyak2nya mcm org lain, tapi rsnya tidur hanya buat aku menyesal. Kerana bila tidur, hanya badan yang dapat berehat tapi minda masih ligat memikir itu dan ini. Mana tidaknya, masa tidur pun aku bermimpi dok buat esaimen atas kusi depan pc ni. Paling tak pun, aku mimpi tgh kemaruk menyemak data customer kat opis. Huh, tido yang tak serupa tido. So, sebaikya jasad ni bangun dan bekerja. Biar dia penat, biar lunyai dari menjadi sihat tapi 'zero'. Hanya sikit waktu saja lagi untuk mencapai apa yang dihajati. Lagipun tak lama lagi akan ada satu lagi tanggungjwab baru untuk memenuhi kehidupan seharian aku. So, masa ni la aku perlu struggle for every second of my life. Lagipun Islam menuntut umatnya senantiasa berusaha untuk jadi yang terbaik. Yes!

Mengundi

Undi.. jerit la mcm mana pun setiap mereka yang tercalon untuk bertanding. Jeritnya dan tampal la poster sebanyk mana pun.. aku dah tekad. Hahaha.. dan keputusan aku adalah muktamad. Kwang.. kwang.. kwang..

Risau

Aku masih risau memikirkan ke mana sharlinie pergi.. bila la dia dpt kembali ke pangkuan ibubapa tercinta. Minggu lps, aku terbaca suratkhabar yang ntah bila punya date.. ibubapa sharlinie keluar setiap hari slps kul 8 malam utk cari anak bongsunya. Ishk, meleleh air mata ni. Apepun aku iringi dgn doa agar usaha mereka berakhir dgn kejayaan. Dan setiap doa yang mengiring, perlu selari dengan tawakal dan kembali kpd Nya. Kerana setiap yang berlaku, telah ditetapkan dan sebagai manusia, kita perlu redha.

Moga dgn apa yang telah ditakdirkan sekalipun, ia menjadi pemangkin kepada kita semua untuk jadi manusia yang lebih beriman dan tawaduk.

Dari Dia kita datang dan kpd Nya jua tempat kita kembali..

4 comments:

Puteri Satu said...

citer sharlinie pun dah kurang sekarang kan...polis seolah2 tak ambik apa2 tindakan dah....sama2 la kita berdoa pada yang berkuasa...kerana hanya dia mampu memberi takdir untuk sharlinie...wallahualam...

shimahz said...

btol..sibuk dgn kes altantuya n mengundi..

RaFFLeSiA MeRaH said...

workholic tul budak sorg nihhh, ngalahkan org nak masuk bertanding pilihanraya lak dah...

shimahz said...

kak RM : xdela sgt sbnrnya.. hehe

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya