Pages

Monday, February 18, 2008

Saat Berlalu

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah...

Setiap hari pasti ku curi sedikit waktu utk ku luangkan bersama salah satu karya Kang Abik, buat mencari inspirasi untuk mempelajari kehidupan seorang muslim sejati. Mencari makna sebuah kehidupan yang sebenar. Sesungguhnya dakwah melalui tulisan juga mampu memberi kesan yang besar. Dan sebagai penghargaan buat Kang Abik, aku mula meminjamkan buku2 ku buat teman2 terdekat. Dgn sebuah harapan, mereka juga akan terpanggil utk menjadi seorang muslim dan muslimah sejati. Biar tersebar dakwah Kang Abik yang byk berjasa.. juga sbg tanda terima kasih buatnya.
Dunia sendiri ku yang penuh dgn tanggungjawab membataskan aku utk memberi sepenuh waktu buat menceduk resam para muslimah dalam kisah itu. Masa di pejabat semestinya perlu diberi sepenuh komitmen dgn kerja, itu perlu.. krn itu janjiku pada si pemberi gaji.. juga janjiku sbg hamba Allah.. juga janjiku sbg khalifah di muka bumi. Sememangnya setiap gerak dan langkahku hanya krn Allah. Lillahi ta'ala.. itu yang sering aku ungkapkan setiap kali aku melangkah. Takut sekali bila hati mula nakal berdetik, tika lirikan mata terpaut dek keanehan duniawi. Ampunkan aku Ya Allah.
Hidup di kala ini penuh kerinduan, penuh resah yang tak berkesudahan. Rasa masa yang ada tak cukup utk ku laksanakan semua tanggungjawab. Tidur di mlm hari, celik seawalnya.. merebut waktu tahajud penuh berkat.. qiam bersama kekasih abadi. Berlari menyediakan santapan, agar aku bisa meruang perut demi mendapat nikmat taubat. Ahh.. sbnrnya aku tak cukup masa. Kerana telah byk masa yang terbuang dulu. Andai mampu kuputar masa.. andai.. masakan boleh.. cuma aku perlu bersyukur krn aku diberi peluang menikmati hari2 indah ini buat diriku.
Kala dinihari menjelang, aku terus berirama bersama ayat2 suci Al-Qur'an. Biarpun masih merangkak, tetap ku teruskan tanpa kenal putus asa. Tika azan ishak berkumandang, hati sayu sambil mendakap mushaf kesayangan, itu tandanya sudah masanya utk berpisah utk hari ini.. krn jadual yang telah ku lakarkan perlu dipatuhi. Maha suci Allah yang mengurniakan nikmat hidup ini. Segala puji selayaknya hanya buat Mu Allah Yang Maha Agung.
Takutnya dgn bayangan silam, sempatkah aku kejar sisa2 yang berciciran.. mampukah aku raih redha dan barakah dari Nya.. Ya Allah.. ampunkan aku hamba yang penuh dosa ini.

p/s : sesal dan kesal.. tangisan ini tak akan berhenti

6 comments:

risanur said...

akhirnye akak dah beli & dah baca pun novel ayat2 cinta tu..ada tak novel yg best lagi...boleh la akak beli lagi..mmg bestla novel yang kang abik ni tulis..taubat & insaf...

RaFFLeSiA MeRaH said...

ni copy dari novel ke shimahz? akak dah x larat nak baca novel dah, baru baca tajuk mata dah lena...huhuhuhu...dasyat betul pas kawin ni....

shimahz said...

kak risa : best kan.. Alhamdulillah.. moga memberi kesan pada kita
kak RM : ni ayat sndiri la.. hehe

Unknown said...

wah rumah baru.. comel2

iEn said...

sentiasa dekatkan diri ngan Tuhan agar segala kesulitan dpt dikurangkan.. Insyallah :D

am0i Ida said...

kalo ko teruskan istiqomah tulis dgn nada begini aku yakin lebih memberi impak terhadap pembaca, dan yg penting impak besar di 'sana' nanti...

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya