
selamat menyambut Maal Hijrah 1429
moga kehidupan di tahun baru ni lebih dirahmati
dan diberkati Illahi
amiin
Buat Pengetahuan Bersama
Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.
Ganjaran Pahala
Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannya pada hari penuh berkat itu.
Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura ( 10 Muharam). Antaranya:
- Puasa sunat hari Asyura, Allah menjanjikan pahala laksana 1000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.
- Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi sekalian umat Islam berbuka puasa.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qulhuwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.
- Membaca Qulhuwallah 1000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
- Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
- Memakai celak. Allah menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
- Memelihara kehormatan diri. Allah mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Bersedekah. Allah menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
- Menyapu kepala anak yatim. Allah mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
- Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menahan marah. Allah memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
- Memuliakan fakir miskin. Allah memuliakannya dalam kubur.
- Melapangkan belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
- Membaca surah al-Infithaar. JIka seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.
5 comments:
Alhamdulillah shimah, terima kasih kerana mengingatkan.. 10 muharram bersamaan dengan 19 Januari 2008.
subhanallah, walhamdulillah... mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari sebelumya... kejarnya hidayah Allah... ia ada di mana-mana... Selamat Tahun Baru
wawawaaa...cantiknyer blog, dah bertukar wajah rupanyer...slm maal hijrah...
Salam maal hijrah :)
kak sue : thanx kak sue sbb ingatkan.. telupa shima nak mention kat artikel. thanx bebanyak :)
marwani : mudah2an kita sume dpt barakah di tahun baru ni.. amiin
kak RM : tetiba tgerak ati nak tuka la kak.. blog lama dah jelak :p
may : salam maal hijrah may :)
Post a Comment