KESERASIAN
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan
pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
· Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka
berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika
hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam
menjalani hubungan seperti ini.
· Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak
tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang
serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si
sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus
merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah
cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang
cukup serasi.
· Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk
bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah
serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung
dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai
masa depan.
· Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka
sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung
seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu,
mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat
menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan
mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung
tinggi perdamaian.
· Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap
seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan
terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak
diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak
perempuan.
· Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun
bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
p/s : btol ke? toksahla percaya sgt ae..
4 comments:
kalau anak tunggal camna plak???
hehhe
3 years stil stand wit sulung-sulung :)
akak ni kira anak kedua sbb kakak sulung ninggal masa kecik, kira anak tgh la ekk, fiance pulak anak no. 6, tengah gak la yer...hehehe, abih, camane tu pengerusi?? serasi ke x serasi gaknyer yer....hehehe...
13may : uiks.. a'ah kan.. kene la tanya ngan si leman tu.. haha
aria : congratulation.. respek la dhiya
kak RM: apepun.. buh katne pun.. akak n hubby-to-be akan bahagia la hendaknya hingga ke akhir hayat.. amiiin.. :)
Post a Comment