Pages

Sunday, November 25, 2007

Mendaki Bukit Ketika Sarat Mengandung Ujian Berat Buat Ibu Mithali

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Mendaki bukit ketika sarat mengandung untuk mencari rezeki membesarkan anak-anaknya adalah antara ujian berat bagi ibu kepada 17 anak, Eshah Din, yang hari ini dinobatkan sebagai tokoh Ibu Mithali 2007.

Dengan menitikberatkan soal pendidikan anak-anak, Eshah, 70, tidak jemu menemani suaminya, Sulaiman Saipin, 74, menoreh getah di Ladang Malakoff dekat Tawar, iaitu lima kilometer dari Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah bagi mencari rezeki.

Malah, beliau tidak pernah merungut tentang jerih perih membesarkan anak yang ramai bilangannya itu walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan.

"Ibu seorang yang tabah...masa sarat mengandung sembilan bulan, ibu boleh panjat bukit untuk ikut ayah pergi menoreh. Tapi saya tengok, ibu tidak pernah merungut ataupun bersedih dengan kesempitan hidup yang kami alami pada ketika itu.

"Ibu setia ikut ayah pergi menoreh, buat nasi lemak dan bihun goreng untuk dijual di kawasan estet. Semua itu untuk besarkan kami adik-beradik, " kata Rosilah Sulaiman, anak keenam Eshah, ketika ditemui pemberita selepas majlis anugerah Ibu Mithali 2007 di sini hari ini.

Rosilah, 45, yang juga anak perempuan sulung, berkata meskipun menghadapi kesempitan hidup, tidak pernah sekalipun beliau melihat ibunya menitiskan air mata atau melepaskan kemarahan kepada anak-anak.

Beliau yang kini bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis di sini berkata pada ketika itu, beliau beruntung kerana tidak dibenar mengikut ayah mereka menoreh getah di ladang.

"Saya banyak membantu ibu dengan kerja rumah. Ayah tidak izinkan saya ke ladang kerana saya anak perempuan.

"Umur saya 12 tahun, saya sudah boleh memasak. Bukan ibu atau ayah paksa, tapi memikirkan tanggungjawab dan niat untuk membantu ibu, saya lakukan tanggungjawab sebagai anak perempuan," katanya.

Beliau berkata kepayahan yang dilalui oleh ibunya dalam membesarkan mereka memang tiada tolok bandingnya.

Sementara itu, Eshah berkata penat lelah yang dialaminya selama membesarkan 17 orang anak terbalas apabila melihat kesemua mereka kini berjaya dalam bidang masing-masing, dengan 13 daripadanya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

"Membesarkan 17 orang anak dan melihat mereka melanjutkan pelajaran ke IPT dengan pendapatan kecil sebagai penoreh getah memang memenatkan tapi bukanlah satu bebanan kepada mak cik," katanya.

Beliau berkata kerana tidak mahu anak-anaknya mewarisi kelemahan dan kekurangan dirinya dalam pelajaran, beliau sanggup berjuang habis-habisan sepanjang hari untuk menambah pendapatan keluarga.

Malah, beliau juga tidak berasa susah kerana dikurniakan keluarga besar dalam keadaan kesempitan sebaliknya menganggap anugerah Allah itu sebagai rezeki.

Eshah dan suami yang buta huruf sentiasa mendisiplinkan anak-anaknya dengan membahagikan masa untuk belajar, mengaji al-Quran dan juga masa bermain,

Mengenai rahsia membesarkan anak-anak dalam keadaan serba kekurangan itu, Eshah berkata segala rezeki yang diperoleh dibahagi sama rata antara anak-anaknya untuk mengelakkan berlaku perebutan.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nor Zahirah berkenan berangkat menyampaikan anugerah itu kepada Eshah dan empat lagi calon Ibu Mithali 2007 edisi ke-9 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Ibu Mithali yang terpilih, menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta hadiah iringan plak, senaskah al-Quran, pakej umrah, sijil simpanan premium, barang kemas, selendang dan jubah.

-- BERNAMA
p/s : mak aku ttp d best dlm hati aku.. nothing can beat u mak.. love mak sgt2!

7 comments:

am0i Ida said...

rajin update blog skang..alhmdh bagusla aku pun rajin singgah cni ehe..

ada terbaca kisah ibu mithali nie..respek kat makcik Esah..bkn sumer org mampu jadi cam dia..aku nie anak baru dua dah pening ...tp alhmdh semua tu pahala...sb tu org prm senang masuk syurga sb Allah bagi mcm2 keistimewaan tp disalahertikan..so sb tu prm ramai kat dalam neraka..wallahu'alam

aku dah gi klinik tanya pasal pil mag tu..doc kata tak perlu...dia suggest aku buat blood test..mcm2 leh jadi mcm jantung or maybe tiroid problem..tp aku lebih kuat mengatakan tiroid sb kawan aku penah gitau aku dulu problem aku.

i suggest better u get ur blood test gak la..

shimahz said...

uiks...tiroid?
nauzzubillah
member aku kene tiroid n xle pregnant.. minta dijauhkan la sgt2. amiin

Purpleheart said...

Kagum kan dengan ketabahan makcik tuu.. walaupun susah tapi mampu besarkan kesemua 17 orang anak sehingga semuanya berjaya..

Apa-apa pun mak kita juga yang besh kan, sebab apa.. sebab dia dah kenal diri kita sejak dari dalam perut lagi.. dan dia juga yang besarkan kita jadi begini.. hai, anak sapa tak sayangkan maknyeee..

shimahz said...

kak sue : btol la..setiap org ade mak..dan mak tu ibarat malaikat yg menjaga kita.. uhukk..rindu mak le

me3n said...

aku sangat terharu dan gumbira dengar cerita makcik neh. pengorbanan yang akhirnya terbalas dan berbaloi. neh baru kat dunia. ;).

shimahz said...

ad3ck : kat akhirat nnt msti lebih lg.. amiin

am0i Ida said...

biasakan dengar, mak seorang mampu jaga 10 org anak, tp anak yang ada 10 tu belum tentu bole jaga sorang mak...

jrg dengar anak sapa yg tak sayangkan maknya, biasanya dengar mak sapa tak sayangkan anaknya..ehe.

tp nie kes mak mithali la kan, bkn mak yang buang anak tu..tu tak layak dipanggil mak pun..

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya