Firman Allah Taala bermaksud:"Sesungguhnya orang yang kembali ke belakang (kepada kekufuran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah jadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka."
- Surah Muhammad, ayat 25.
- Surah Muhammad, ayat 25.
Salah satu cara syaitan memperdaya manusia supaya tidak bertaubat iaitu dengan memperlihatkan sesuatu kejahatan itu indah dan baik. Ada beberapa cara lain yang dipergunakan syaitan dalam usaha menghalang manusia daripada bertaubat. Antaranya. berusaha menimbulkan kesamaran kepada seseorang. Syaitan akan berusaha memperdayakan akal fikiran manusia dengan memberi pelbagai hujah dan alasan terhadap sesuatu yang dianggapnya haram, sebenarnya tidaklah haram sama sekali berdasarkan beberapa pendapat yang tidak sahih dan kuat dalam isu tersebut.
Sebagai contoh, apabila seseorang hendak mengambil pinjaman dengan secara riba untuk membina rumah umpamanya , lalu syaitan berkata kepadanya :" Ini tidaklah haram kerana engkau tidak bertujuan menipu sesiapa, bahkan engkau lakukan itu semata-mata untuk melindungi dirimu dan anak-anakmu, maka kenapa haram pula?
Begitu juga, jika seseorang tidak mahu mendengar lagu dan muzik. Syaitan akan berkata kepadanya:" Kenapa kamu mengharamkan dirimu daripada perkara itu, pada hal sebahagian ulama telah mengharuskannya? Muzik adalah sesuatu yang boleh merehatkan badan dan menenangkan jiwa dan tidak pula memudaratkan orang lain, bagaimana ia menjadi haram? "
Begitu juga, apabila kamu hendak berpuasa Ramadan. Syaitan berkata:"Berbuka puasa itu dibolehkan bagi kamu, kerana kamu seorang pelajar, kamu menghadapi banyak ujian,oleh itu kamu diharuskan berbuka, malah kadang-kadang wajib berbuka." Sedangkan ukuran yang sebenarnya bukanlah berdasarkan kepentingan-kepentingan tertentu yang disangka manusia akan tetapi berdasarkan nas-nas dan dalil-dalil syarak yang ditentukan Allah Taala.
Antara caranya lagi ialah menangguhkan taubat. Sekiranya cara yang sebelum ini tidak berjaya, ia akan mempergunakan angan-angan yang panjang untuk menyekat seseorang daripada bertaubat dan beramal soleh.
Syaitan akan berkata :"Tak mengapa kamu ingin bertaubat, akan tetapi kenapalah terlalu cepat sangat sedangkan kamu masih muda remaja? Tunggulah sehingga kamu tamat belajar dulu. Apabila ia tamat pengajian, ia berkata pula :"Tunggulah sehingga dapat kerja dulu, apabila sudah dapat kerja, ia berkata : Tunggulah sehingga kahwin dulu, kahwin adalah separuh daripada agama dan ia membantu untuk bertaubat. Apabila ia berkahwin, katanya pula : Tunggulah sehingga terjamin masa depanmu dan anak-anakmu. Kemudian ia berkata : sehingga kamu mengerjakan haji, kerana taubat selepas haji adalah lebih afdal, begitulah seterusnya...
Dalam konteks ini, manusia sepatutnya mengingati bahawa kematian itu kadang-kadang datang dengan tiba-tiba. Berapa ramai orang yang bermalam di rumahnya bersama keluarga dalam keadaan sihat akan tetapi tidak sempat sampai esok pagi atau sebaliknya. Berapa banyak berlaku kepada bandar-bandar yang penduduknya hidup dengan penuh kedamaian, tidak terlintas kematian sedikitpun, tiba-tiba ditimpa gempa bumi yang dahsyat sehingga bangunan-bangunan runtuh dan hancur, ribuan manusia menjadi korban dalam sekelip mata. Maka siapakah yang boleh memberi jaminan kepada kamu untuk terus hidup beberapa saat sehingga dapat bertaubat?
Antara cara tipu daya syaitan juga ialah ia menjadikan seseorang memandang remeh terhadap dosa yang dilakukan, seumpama ia berkata :" Kenapakah kamu bertaubat? Apakah yang kamu lakukan? Kamu sebenarnya berbanding dengan orang lain jauh lebih baik.
Demikianlah antara helah dan tipu daya syaitan dalam kehidupan kita sehingga secara tidak sedar manusia menangguh-nangguhkan taubat sampai ke saat ajal menjelang.
Mudah-mudahan melalui peringatan ini kita sentiasa bertaubat kepada Allah setiap masa agar tidak menyesal di kemudian hari (akhirat). Wallahu'alam.
4 comments:
Selamat Hari Raya!
shimahh.. bape byk kueh raya ade? utkimal ade? eheh.. weh byk kad raya.. meh nak satu! eheks
13may : samat ari raye :D
lindosh : bgla address..
lindosh : lupa nak jwb : kueh utk imal takde.. die tu diet so xmkn kueh :P hehe
Post a Comment