Pages

Tuesday, August 21, 2007

Redha

Redha akan anugerah ALLAH bermaksud bahawa anda harus rela hati dan
bersyukur dengan setiap pemberian Allah, baik yang berupa bentuk tubuh,
harta, anak, tempat tinggal ataupun bakat kemampuan. Dan makna inilah yang
tersirat dari Al-Qur’an seperti berikut :

‘…sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang aku berikan kepadamu dan
hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur. (Al-A’raf : 44)

Sebahagian besar ulama salafus-soleh dan generasi awal umat ini adalah
terdiri daripada orang-orang fakir miskin. Mereka tidak memiliki harta yang
banyak, rumah yang indah, kenderaan yang baik dan juga pengawal peribadi.
Namun demikian, mereka ternyata mampu membuat kehidupan ini justeru lebih
bermakna dan membuat diri mereka dan masyarakatnya lebih bahagia. Yang
demikian itu, adalah kerana mereka sentiasa memanfaatkan setiap pemberian
Allah di jalan yang benar. Dan kerana itu pula, umur, waktu, dan kemampuan
atau ketrampilan mereka menjadi penuh berkah.

Sebaliknya terdapat sekelompok manusia yang telah dikurniai Allah dengan
berbagai jenis kenikmatan berupa harta yang melimpah, anak yang ramai, dan
nikmat yang lainnya, tetapi semua itu justeru menyebabkan diri meraka
sentiasa merasa penuh dengan penderitaan, kecemasan dan kegelisahan. Ini
adalah
kerana mereka telah menyimpang dari fitrah yang suci dan tuntutan hidup
yang benar. Ini menjadi bukti nyata bahawa segala material (kekayaan, anak,
pangkat, jawatan, kehormatan dan sebagainya) bukanlah merupakan
satu-satunya alat yang dapat menyelesaikan segala persoalan.

Lihatlah berapa ramai sarjana atau doktor yang tidak dapat memberikan
pendapat, pemikiran dan pengaruh yang cukup bagi masyarakatnya. Namun
sebaliknya, terdapat manusia yang dengan ilmu dan kemampuannya yang sangat
terbatas, justeru mampu membina sungai yang sentiasa mangalirkan manfaat,
kebaikan, dan kemakmuran bagi sesama manusia..

Sekiranya anda inginkan kebahagiaan, maka terimalah dengan rela hati bentuk
tubuh anda yang telah Allah kurniakan untuk anda, redhalah dengan keluarga
yang anda miliki, suara anda, kemampuan daya ingatan dan pemahaman anda,
dan seberapa pun penghasilan yang anda terima! Bahkan orang yang memelihara
sifat zuud akan bersifat lebih daripada itu. Mereka akan berkata kepada
anda:

“Sayugianya anda berlapang dada terhadap apa yang anda miliki, meskipun
ianya sesedikit dan janganlah merasai kekurangan.”

Berikut ini adalah beberapa tokoh terkenal yang kehidupan duniawi mereka
kurang beruntung :

1) ‘Atha’ bin Rabah : Seorang ilmuan yang terkenal pada zamannya. Beliau
adalah seorang bekas hamba sahaya yang berkulit hitam, berhidung pesek,
lumpuh tangannya dan berambut kerinting.

2) Ahnaf bin Qais : Seorang tokoh bangsa Arab yang dikenal paling sabar dan
penyantun. Beliau sangat kurus tubuhnya, bongkok punggungnya, berkaki
pincang dan lemah tubuhnya.

3) Al-A’masy : Seorang tokoh pembaharu dunia. Beliau mempunyai mata yang
rabun dan seorang bekas hambasahaya yang fakir, baju yang dipakainya
compang-camping, dan keadaan rumahnya buruk.

Bahkan kebanyakan para Nabi dan Rasul Allah pernah menjadi penggembala
kambing.walaupun mereka termasuk mnusia-manusia pilihan Allah dan
sebaik-baik manusia, namun pekerjaan mereka tidak jauh berbeza daripada
manusia yang lain pada umumnya seperti Nabi Daud ‘Alaihissalam adalah
seorang tukang besi, Nabi Zakaria ‘Alaihissalam seorang tukang kayu, dan
Nabi Idris ‘Alaihissalam seorang tukang jahit. Kita tahu bahawa mereka
adalah orang-orang pilihan.

Ini menunjukkan bahawa harga diri anda ditentukan oleh kemampuan, amal
soleh, kemanfaatan dan akhlak yang anda miliki. Oleh kerana itu, janganlah
andah bersedih memiliki wajah yang kurang cantik, kekurangan harta, anak
yang sedikit, dan rumah yang tidak indah! Terimalah setiap pemberian Allah
dengan penuh kerelaan hati!

“…kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan
dunia…” (Az-Zukhruf : 32)

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya