ALLAH tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali DIA menggantikannya
dengan yang lebih baik.Tetapi,itu apabila anda bersabar dan tetap redha
denagn segala ketetapannya.
"Barangsiapa yang AKU butakan kedua belah matanya lalu ia bersabar,nescaya
akan AKU gantikannya dengan syurga" (Al-Hadith)
"Siapa sahaja di dunia ini yang kekasihnya AKU cabut nyawanya,kemudian
dengan cubaan yang AKU timpakan ini,dia (bersabar dan) mengharap
pahalaKU,nescaya akan AKU gantikan dengan syurga" (Al-Hadith)
Barangsiapa yang kehilangan anaknya dan tetap berusaha untuk bersabar,maka
di alam keabadian kelak akan di bangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd
(Istana Pujaan).Silakan anda kiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan
kehidupan anda kerana yang di paparkan di sini adalah sebagai contoh
semata.
Maka itu,kita tidak seharusnya bersedih dengan setiap musibah yang menimpa
diri sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga sebagai balasan,
pengganti dan ganjaran yang besar.
Para Waliyullah yang pernah di timpa musibah,ujian dan cubaan akan
mendapatkan penghormatan yang agung di syurga firdaus.
ALLAH berfirman
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar
dalam mentaati ALLAH dan menerima cubaannya.Syurga adalah sebaik-baik
tempat
kesudahan" (Ar-Ra'd:24)
Betapapun begitu, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik
musibah terdapat ganti dan balasan dari ALLAH yang akan selalu berakhir
pada kebaikan kita.Dengan begitu,kita akan termasuk
"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari RABB
mereka,dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"
(Al-Baqarah:157)
Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan
khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.
Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat
miskin.Adapun akhirat lebih baik dan kekal.Sehingga barangsiapa di dunia
yang mendapat musibah,ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak.Dan
barangsiapa yang sengsara di dunia,ia akan hidup bahagia di akhirat
kelak.Lain halnya dengan mereka yang memang mencintai dunia,hanya
menginginkan kenikmatan dunia saja dan lebih senang pada keindahan
dunia.Hati mereka akan selalu gundah gulana, cemas tidak mendapatkan
kenikmatan dunia dan takut tidak bahagia hidupnya di dunia ini.Mereka ini
hanya menginginkan kenikamatan dunia saja sehingga mereka selalu memandang
musibah sebagai bala bencana besar yang sungguh menyakitkan.Mereka juga
akan memandang
setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap gelita selamanya.Ini adalah kerana
mereka selalu memandang ke arah bawah tapak kakinya dan hanya mengagungkan
dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.
Wahai orang-orang yang tertimpa musibah, sesungguhnya tidak ada satu pun
yang hilang dari kalian. Kalian amat beruntung kerana ALLAH selalu
menurunkan sesuatu kepada para hambanya dengan "surat ketetapan" yang di
sela-sela huruf KalimahNYA terdapat satu kelembutan,kasih-sayang,pahala,ada
balasan dan juga pilihan.Maka dari itu,siapa sahaja ynag tertimpa musibah
yang hebat,ia akan menghadapinya dengan sabar,mata yang jernih dan pola
fikiran yang panjang.Dengan begitu,ia akan menyaksikan bahawa buah manis
dari musibah itu adalah
"....Lalu dirikanlah di antara mereka(orang-orang mukmin dan orang-orang
munafik)dinding yang mempunyai pintu,yang di sebelah dalamnya ada
rahmat(syurga) dan sebelah luarnya ada seksa(neraka)" (Al-Hadid:13).
Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi ALLAH itu lebih baik,lebih
abadi,lebih utama dan lebih mulia.
p/s : Emel yang btol2 memberi kesan pada aku.. Alhamdulillah
Tuesday, August 28, 2007
Allah akan menggantikan dgn yg lebih baik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CONTROL-Q
Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME See ya
-
Deru angin yang memburu melujur laluan Membikin dedaun hati bergetar Beliung melanda kejam laungkan kepiluan Naluriku biru warnanya mera...
3 comments:
tuhan dah tetapkan manusia yg baik pasangan pun yg baik2 jugak, percaya dgn janji tuhan...itulah tandanya org beriman...
Insap2.. God Almighty
kak RM : alhamdulillah.. shima bersyukur sgt2
ien : Allahu Akhbar!!!
Post a Comment