Pekerjaan yang anda miliki sekarang mungkin bukan pekerjaan yang sempurna. Mungkin pekerjaan anda bukan pilihan terbaik. Mungkin dalam pekerjaan anda mengalami konflik. Mungkin pekerjaan anda tidak memberi hasil memuaskan.
Dalam hidup, hanya ada satu resepi untuk maju, iaitu menganggap masalah besar sebagai masalah kecil, dan masalah kecil sebagai bukan masalah. Kuncinya ada pada diri anda sendiri. Anda yang mengambil keputusan.
Sekarang, mana yang lebih penting - diri anda atau pekerjaan anda...? Bila diri anda lebih penting - maka segala gangguan dalam pekerjaan seharusnya tidak bererti. Anda lebih besar daripada pekerjaan anda.
Bagaimana cara menghilangkan gangguan...? Dengan cara menikmati pekerjaan anda dengan sepenuh hati. Mengapa begitu...? Kerana anda lebih besar daripada pekerjaan anda - dan gangguan dalam pekerjaan tentu lebih kecil daripada pekerjaan anda. Anda-lah yang terbesar, dan di luar itu semuanya adalah perkara kecil...
2 comments:
Buat yang terbaik untuk apa juga pekerjaan yang dibuat. Dan buatlah dengan ikhlas hati..
ye..insya Allah, shma akan try buat yg terbaik.. doakan shma ye :)
Post a Comment