Pages

Wednesday, April 18, 2007

mimpi

Alhamdulillah, malam semalam aku tido lena sgt. Berkali2 aku bersyukur pd Allah masa terjaga pg tadi. Takde mimpi2, mcm dua malam sebelumnya. Mimpi2 yang aku alami betol2 memberi kesan pada aku, sampai seharian aku dok berfikir. Biasalah, aku mula merenung diri. Mesti ada yang silap sampai dpt mimpi2 mcm tu. Mimpi malam pertama tu.. erm.. takdela ape sgt. So, takyah cite kat sinila ye.
Malam seterusnya tu, aku tido awal. Pas mandi and solat ape sume, aku saje set jam. Ingat nak bgn kul 3 pg, nak study. Maklumlah.. minggu dpn kan nak exam.
Mmg alarm aku bunyik, aii..pepahamla org tgh sedap tido.. aku buka mata sket... capai jam.. off dan tido blk. Sedap melayan tido sampai dah terlupa matlamat asal aku. Pehtu kul 5 aku terjaga. Masa tu rasa mcm nak bgn, dlm dok pikir2.. sempat terlelap. Sekali lagi punah matlamat aku. Ermm.. ntah bila la nak study ni ye..
Masa terlelap tu la aku mimpi.. arwah abah dtg ngan muka sedih sgt. Takde suara, tapi aku faham apa yang abah minta. Dia mcm dlm kesusahan. Erkk.. byk kali aku tanya abah.. "Nape bah?".. die sugul je. Dia mcm bg tau aku, dia nak jumpa along, akak, ateh ngan mak. Tapi masa tu diorg sume sibuk. Aku cuba peluk dia tp tak dpt. Mcm jauh sgt. Huk..
Aku terus gak panggil diorg tp diorg ttp kata nnt jap.. dlm sibuk2 panggil diorg tu aku pun terjaga dr tido. Jam masa tu tepat kul 5.30pg. "Abah.." kata aku perlahan dlm kegelapan bilik tido aku tu. Aku mcm termangu jap, dah lama sbnrnya tak mimpikan arwah abah. Terasa mimpi td tu mcm real je.. rasa mcm abah tak penah pegi meninggalkan aku.
Cepat2 aku sedekahkan al-Fatihah buat arwah. Tetiba terasa rindu kat dia.
Pg tu aku call mak, bg tau apa yang aku mimpi. Syahdu jap la conversation yg berlangsung ant aku ngan mak. Yela, aku ngan mak sama2 teringatkan arwah abah.
"Mgkin dia minta anak2 sedekahkan Fatihah utk dia. Korang ni dah leka sgt sampai lupa tanggungjawab korang sbg anak".. air mata aku jatuh lg mendengar kata2 mak. Sedey ler.. btol la tu. Khamis mgu lepas, ingat nak baca surah Yasiin, tapi badan ni terasa penat. Pehtu lupa terus nak baca. Apela aku ni..
Utk pengetahuan, 4 April 2007 aritu genap 9 tahun abah tinggalkan kami. Tapi terasa mcm semlm je aku pandang muke die. Ishk. takleh taip dah.. sebak tol. Buat yang sudi.. aku mohon sedekahkanlah al-Fatihah/ surah buat arwah abah aku (Sim Ahmad). Moga rohnya senantiasa tenang dan dihimpunkan bersama mereka2 yang soleh. Al-Fatihah..

4 comments:

Anonymous said...

al fatihah.. kalo ada masa kite sedekah yassin mlm ni utk semua umat islam yg dh kembali kerahmatullah

shimahz said...

insya Allah

Purpleheart said...

MArilah kita sedekahkan alfatihah padanya dan semoga dia ditempatkan ke dalam orang2 yang beriman...

shimahz said...

ph : amiin

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya