Pages

Saturday, April 07, 2007

Logik @ munasabah

Kebanyakan orang melayu tidak tau menguruskan kewangan. Alasan biasa yg kita dengar...gaji kecik,tak cukup makan,perbelanjaan tinggi dan macam2 lagi alasan `logik alias munasabah' untuk mengiakan pendapat majoriti orang melayu...
Ada beberapa kaedah untuk menyimpan duit yg efisyen. Yang paling mudah,risiko rendah seperti berikut :
1. Simpan RM100 sebulan dalam ASB.
Taukah anda,dengan hanya menyimpan RM100 sebulan,dengan pulangan keuntungan dividen,bonus dalam ASB anggaran 10% setahun selama 20 tahun,wang anda akan berjumlah RM75,936.88! kalau RM200 sebulan,20 tahun akan datang berjumlah RM151,873.76! (kalau nak kira...tolong guna FINANCIAL CULCULATOR tau)
2. Simpan dalam Unit Trust
Taukah anda ada unit trust yang menawarkan kadar pulangan sehingga 12-18% setahun? walaupun KWSP memaklumkan ada unit trust yg rugi,itu silap pelabur yg hanya tau melabur tapi tak mau amik tau dengan wang yg dilaburkan. Pergi ke unit trust web site,check mana2 unit trust company yg mencatat keuntungan yang tinggi. Risiko Unit trust lebih rendah berbanding kita melaburkan sendiri di pasaran saham.
3. Jangan simpan duit dalam akaun simpanan/semasa
Simpanlah dalam ASB,tabung haji,bank rakyat atau mana2 institusi kewangan yang menawarkan dividen lebih dari 4% setahun. Akaun simpanan/semasa hanya memberi pulangan sebanyak 2% bermakna kita `kerugian 2% setahun' nilai wang semasa. Ini berkait rapat dengan kadar inflasi. Sebagai contoh,nilai RM10,000 sekarang hanya bernilai RM6000 sahaja kuasa membeli kerana 4% setahun di`makan' oleh inflasi.
4. Beli Insuran Kesihatan/hayat
Ni paling susah org melayu nak paham. Buat apalah beli insuran...insuran tipu.. Tapikan..org cina mana pergi hospital kerajaan...dia org banyak duit..sakit jer masuk hospital pakar..cina lainlah...banyak duit...ish2 depa sebenarnya pakai kad kesihatan. Bayar ><>
Untuk memerdekakan kita dari beban hutang berpanjangan...ada beberapa JANGAN yg perlu dilakukan.
1. Jangan Beli Ansuran
Nak beli tunai tak ada duit. Nak simpan duit,lambat nak dapat so kita bayarlah ansur2. 12bulan,24 bulan,36 bulan,langsailah. Barangpun dapat... TAPI pernah tak kita kira berapa jumlah sebenar yg kita bayar untuk barang tersebut? Hampir sekali ganda..
2. Jangan Guna Kad Kredit
Ala sesak2 pun boleh pakai...kad hutang...nanti dapat gaji bayarlah. Guna seribu,baru bayar 15%...RM150 jer sebulan...tapi pernah kira tak? Dengan kadar interest 18% sebulan (MBF kdt card paling teruk!) kita berhutang sampai mati kalau bayar min... So nak pakai RM1000,bayar RM1000 sekaligus...abis cerita...
3. Jangan ada sikap nak tukar kereta tiap2 tahun...
Ni pun cerita sama. Prinsipnya sama...kereta punya susut nilai..mak aiii... kadar interest flat rate so maknanya walau kita bayar banyak manapun...kita tetap rugi sbb bank kira guna flat rate...maknanya bunga dia amik dulu...pokok kita abyar kemudian... tapi yelah...keta baru best sikit...ada gaya mutu keunggulan...
ha...tu serba sedikitlah nak share2 ilmu yg xseberapa...kalau tak setuju takper...nak ikut tak rugi rasanya...so simpan dulu belanja kemudian....

oleh
kerengga123@yahoo.com

4 comments:

Anonymous said...

azam terbaru nk simpan 200 dlm ASB... ingtkn CP nnt ek..

shimahz said...

insya Allah.. kita saling ingat mengingatkan ae :)

Unknown said...

bagus entri neh wehh.. peringatan utk aku same hehe

shimahz said...

tu yg aku post kat cni..esok start saving tau.. huhu

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya