Pages

Saturday, March 17, 2007

motivasi jln masjid india

tadi kuar ngan mak, semalam aku merengek kata sume baju dlm almari ni dah lama tak bertukar. bukan buruk pun baju2 ni, cuma jiwa dah teringin nak tgk wajah baru. almari along yang mcm nak termuntah dgn timbunan baju yang membukit ni, kalau bole bercakap gak nye mau die marah kat aku.. tak bagi aku beli baju lagi. sori la my almari, aku takle lari dr membeli baju baru. aku dah tercakap ngan mak semlm, so schedule arini dah tersenarai dgn acara membeli baju. huhu..
gi kul 11.30 pagi, jln2 sket.. jengah2 arked, byk sangat pilihan. aku mula la rambang mata. mak lak cuma bg pendapat, mana cantik.. mana yang tidak. die ambik sikap "layan_je" ngan aku arini. sporting tul mak aku ni.. muahh la kat mak!
pilih punye pilih, aku beli 3 pasang. rupa2nya skrg musim fesyen baju benang hitam.. kain die lembut, yang penting 'berat'. berat yang aku maksudkan bukan berat macam batu ke ape, cuma kain ni bile buat baju kurung.. die jatuh cantik je ke bawah. tak mengembang.. sedap pakai la. yang penting tak melekat kat badan bile pakai kat tpt ber 'air-cond'. cuma satu je kelemahan kain ni, corak bunga die ade sket ampeh. bunge besor2, tak berapa up-to-date nye fesyen le gamaknye.
oleh kerana aku dah tersuke, beli gak. mak aku dah janji nak jahitkan manik. hehe.. sure cun nye! tak kesahla.. janji harapan nak pakai baju baru dah hampir temakbul. Alhamdulillah.
cuma tadi aku ckp ngan mak (ni kali ke-2 aku bg tau mak), aku nak baju kurung yang ade kancing kat pegelangan tangan. ala.. kalau kite tgk akak2 yang bertudung labuh selalu buat baju kurung mcm tu. selalunya tangan kancing tu dibuat kat baju-baju jubah. cantik kan. sbnrnya bukan cantik yang aku nak, aku nak tutup lengan ni. selalu sgt ter-eksiden (terselak n ternampak bulu roma kat lengan ni!..eee). pakai gak sarung tangan, tapi bg aku lebih baik kalau kancing terus. confirm tak terselak kan.
sbnrnya, aku on-d-way nak melaksanakan impian yang dah lama aku pendam. aku nak pakai tudung labuh, aku tak gemar tudung2 bawal yang ade skrg ni sbb jarang n pendek. nak tutup sume yang sepatutnya ditutup. hasrat ni sejak skolah lagi, tapi aku mcm tak kuat nak teruskan. tak tau kenapa. cuma penah dulu mak aku bantah hasrat aku ni, alasan die die takmo aku kejap pakai pastu bukak lak.. pastu perangai tak berubah. skrg ni tak tau lak. aku tak penah tanya lagi. lagipun aku takut pada penolakan.
aritu imal penah tanya aku, taknak pakai tudung labuh ke? terkejut aku.. mcm tau je keinginan yang aku pendam selama ni. aku tanya die "awak suke ke?", die jawab "ishk.. mmg saya suke sgt" die senyum je. rupa2 nya die mmg suke pmpuan yang bertudung labuh. lagi kuatlah azam aku. cuma aku tak tau bile nak mule.. mcm mana nak mule.. huh.. yang mampu aku lakukan.. tutup sume yang sepatutnya ditutup. takmo jadi tontonan.. cuma sampai ari ni.. aku belum puas ngan apa yang aku buat.. erm.. entahla...

No comments:

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya