aku lihat warna yang bertompok2 atas kain putih.. cantik.. ronanya tercalit bukan dengan niat atau harapan.. semuanya seperti telah ditakdirkan utk bersatu di situ. rona warna itu seperti takdir hidup manusia. di mana dia dilahirkan.. kenapa dia di situ.. siapa disekelilingnya.. semuanya bersebab. maka, alasan.. keluhan.. kemarahan atau apa saja yang punya warna amarah tidak patut jalan seiring dgn kehidupan seseorang manusia. kerana kita punya takdir yang telah ditetapkan.
Allah itu Maha Kaya, dia la pengarah terbaik yang tak terhingga anugerahNya. setiap cerita dlm layarnya punya erti dan kesinambungan. Subhanallah.. aku mahu terus kembali tanpa cela. tanpa keluh kesah di wajah. tanpa dosa yang menoda.
aku lihat lagi rona warna yang menghias kain putih itu, aku perlu basuh setiap warna merah yang tercalit. agar warna2 lain mengadun dengan aman tanpa kekusutan.. aku mahu pulangkan kepada pemiliknya dengan keadaan yang paling indah. paling menyenangkan..
moga harapan yang menggunung, menuntun aku ke jalan yang terbaik.. dan tidak sekali2 memesongkan aku dari jalan yang benar dan yang diredhai.. amiin

2 comments:
tgh tadah tgn baca doa ni sambil mengaminkan setiap kata2 di entry kali ini...amin ya rabbal alamin... indah sungguh kata2 kata2 kat entry ni...teruja lak membaca dan menghayatinya...
RM : amiin.. harap2 kita sume dpt sesuatu dr kata2 bidan terjun ni
nagacute : hehe.. penangan langkawi yg maha dasat aek..
Post a Comment