Pages

Wednesday, January 03, 2007

tiada lagi

pernah terfikir tak.. andai keputusan utk berpisah itu menjadi realiti? sanggup ke? cukup kuat ke kita utk menghadapinya? aku? kucing aku mati pun aku menangis 3 hari 3 malam.. inikan lagi nak berpisah... bukan tak pernah rasa, pernah.. sebab pernah tu la aku dah takmo alami perpisahan lagi..
seperti yang pernah rubi ckp kat aku (rubi - opismate aku)... sekali kita setuju utk berjuang.. jgn sesekali kita berundur. maksudnya, sekali kita terima dia sbg kekasih, jgn sesekali kita berpaling kepada org lain ataupun mahu berhenti mencintai dia, kerana percintaan juga adalah satu perjuangan. perjuangan yang tak mengorbankan darah tapi perjuangan yang menuntut pengorbanan hati dan perasaan...

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

p/s : tika perpisahan adalah satu titik nokhtah yang kita pilih.. ada lagi ke kenangan yang mahu kita kenang?

1 comment:

shimahz said...

jodoh dan suratan mmg bukan di tangan kita, tapi dengan meletakkan namanya tegap di hati kita juga salah satu usaha dalam sesebuah perhubungan. tapi kan, kan kita kuat mcm mana pun kalo takdir kata 'tidak' maka apa lagi yg bole kita buat kan..
lagipun apa yang Allah tentukan tu adalah yang terbaik buat kita

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya