Pages

Thursday, January 25, 2007

Perempuan Itu Mangsa

Perempuan, seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang lembut, cantik atau apa jua yang berkaitan dengan yang indah. Tetapi juga tak lepas dari gelaran lemah.. not independent dan yang paling pathetic bila perempuan selalu menjadi 'mangsa'.
  • Mangsa keganasan
  • Mangsa dera
  • Mangsa cinta etc
Baru-baru ni aku dan keluarga dikejutkan dengan berita, salah serog dr ahli keluarga terdekat kami menjadi mangsa dera suami yang baru dikahwini sepuluh bulan. Seserius mana penderaan tu, tak pula aku tahu tapi yang pasti.. bila suami dah mula naik tangan kat badan isteri, perkara ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri" dah tak boleh diguna pakai.
Menurut khabar yang aku dgr, hampir setiap hari saudara aku tu dipukul tanpa belas. Dan puncanya selalunya kecil je (tak tau la pulak kalau ada perkara lain yang menjadi sebab), cth : lambat blk dr kerja..
Yang paling sedih, dia gugur kandungan pertama kerana dipukul suami. Huh.. aku termenung masa pertama kali dgr cite ni, tak sangka. Saudara ku itu, yang aku kenal sejak kecil bukan jenis yang byk mulut. Cantik.. lemah lembut. Dia selalu jadi perhatian kerana kesantunannya. Aku tak nampak sebab2 yang boleh membuatkan seorg lelaki (yang mengaku cintakan dia dan yang sanggup buat apa saja asalkan saudara ku itu menjadi isterinya.. uwekkk!!) mahu memukulnya.
Kalau aku? mungkin (huh, nauzzubillah hi min zallik'.. mohon dijauhkan dari nasib sebegitu), yelah.. aku kan kuat melawan. Tapi yang pastinya bukan dia. Mmg tak patut. Sgt2 tak patut. Tambahan lagi perkahwinan yang dibina belum mencecah setahun. Seperti kata org, masih lagi di musim'honeymoon'. Keluh kesah aku memikirkannya. Takut pula bila teringat ttg perkahwinan.
Selain dia, aku terpempam dengan khabar beberapa org teman yang baru putus cinta dengan lelaki yang selama ini dipercayai dan dikasihi. Punca : malasnya nak sebut.. "tak setia". Patut ke seorang lelaki yang mengaku sayang dan cintakan seorang perempuan dan mengkhianatinya? Susah sangat ke nak setia?
Huh.. naik angin la bila ckp psl lelaki yang tak setia ni.. diorg ni tak patut disayangi oleh sesiapa pun (emosional tahap cecipan daaa...).. malas la.. kang lagi emosional.
Dan kat radio (hari apa aku tak ingat, tp dlm minggu ni la).. peratus lelaki yang bersikap malas makin meningkat dan menjadikan wanita lebih maju ke depan. Lelaki sudah mula memilih utk duduk di rumah bebanding bekerja dan membenarkan isteri bekerja bg mencari rezeki. Erm.. takmo komen hal ni.. menyampah sesangat.. Ni la yang berlaku bila Islam hanya sekadar agama dan bukan lagi diamalkan sebagai cara hidup.. Astaghfirullah~hal`aziim.
Alahaiii...

p/s : aku dah kehilangan kata2..

3 comments:

Anonymous said...

shima lak hangin 1 badan..
no komen psl lelaki x setia tuh..

RaFFLeSiA MeRaH said...

Mcm mana agaknya suami tu boleh terdorong boleh mencederakan isteri. Dalam Islam ada syarat kalau nak mendenda isteri dan cara mendenda juga ada byk peringkatnya. Takde pulak sampai level dera bini camtu sekali. Sepatutnya kita bersyukur Tuhan telah menjadikan pasangan yg terbaik utk kita. Kalau rasa pasangan kita tak berapa kena, fikirla balik kita sendiri tu kena ke tak kena....muhasabahkan diri selalu...

shimahz said...

CP : angin ni.. angin sepoi2 bahasa :p
RF : tu la..kita yang jauh ni hanya bole doakan je

CONTROL-Q

 Been a looongggggg pause for this blog Planning to go blogging again with new ME  See ya